31 October 2014

Pizza Pisang





Baru selesai dinner. Alhamdulillah..

Husband xbalik2 umah lagi. Pi mancing udang galah kat kedai katanye, kikiki. Cepat balik sayang. Jangan lupa bawak udang galah yg busau & banyak. Haihhh



Tadi meroti buat pizza. Malam ni kami makan pizza pisang. Tapi mcm xsedap je nak sebut, mari kite sebut Banana Pizza yek.

Mari tengok bahan2 & cara nak buat. Simple jek.


Bahan2:
Bread flour 250g
Susu segar 80mls
Air 30mls
1/2 tsp Garam
1 tbsp sugar
1 tsp instant yeast
1 tbsp butter




Topping:
Banana slice
Jem kaya (fav abg Irfan)
Moza cheese (xdek so me pakai brand beqa)

Cara2:
1. Yis di campor dengan 1sudu besar air suam. Kacau rata & biarkan setengah jam.
Then masukkan susu, gula & garam kacau sebati.

2. Tepong di masukkan dlm bowl, tuang camporan yis & susu tadi. Jugak masukkan air sedikit demi sedikit & knead till smooth.



3. Add butter & knead till elastic pulak. Ketepikan & biarkan sejam (kasi doh naik)




4. Roll kan doh bentuk bulat then start le sapu kaya anda, taburkan banana slice & cheese. Bakar 180° selama 20 minit @ till golden brown. (Sebelum tu panaskan dulu oven korang okeh)




Alhamdulillah..
Rezeki meroti
Di Penghujung October






1 comment:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)