01 October 2014

RotiBoy Buns / Mexican Coffee Buns




السلام عليكم & Hi...

Uols dah breakfast? 
Saya dah..
Hari ni xdek case. Tenang sikit.. hehehe



Petang semalam lepas balik keje saya sempat mem baking Roti Boy. (atau Mexican Coffee Buns)

Rasanye roti boy ni jadi fav seisi rumah dah skrg.

Bila dah siap bakar, comot sangat2 roti boy saya... Amat comot, sbb piping bag dah habis rupanye hehehe

Nak share resepi Roti Boy di blog saya ni

1st sekali kena buat overnight sponge dough
Bahan2:
215g bread flour
130g fresh milk
2g dried yis
* Mix semua bahan. Masuk dlm frigde semalaman.




 Bahan2 butter filling:
100gm butter
30g Caster Sugar
1/2tsp Vanilla Paste (Tapi saya guna vanilla Essence)
*Pukul semua bahan then chill dlm fridge. Bahagikan dlm 10 equal portions.



Ni topping ya.
Bahan2:
50g Butter
50g plain flour
40g icing sugar
1/2 Egg
1tsp serbuk nescafe bancuh dengan 1stp air panas
* Pukul butter dengan icing sugar hingga sebati. Masukkan beaten egg & nescafe.
* Masukkan tepong.
* Masukkan dlm piping bag dan ketepikan.


Utk Bread Dough, bahan2 nye:

110g bread flour
12g fresh milk
30g egg
7g dried yis
5g salt
50g sugar
12g milk powder
45g butter (tapi saya gantikan myk masak)

Cara:
* Uli semua bahan termasuk overnight dough (kutil2 kan jadi kecil2 - senang nak uli) kecuali minyak masak hingga dough jadi smooth. Lepas tu barula masukkan minyak then uli lagi. Time ni mmg dough akan lembik macam kita bancuh cekodok pisang tu.. Tak pe, teruskan uli sampai jadi smooth & elastic. Then biarkan dough jadi double sz.

* Roll kan dough utk keluarkan udara & devide kepada 10 equal portion. Bulatkan then rest dough 15minit.



* Roll out each dough balik then isikan butter filling tadi. Bentukkan bulat then letak dlm baking paper cup. Biarkan sebentar utk dough naik lagi.




* Utk topping tu, (jgn ikot gambo saya tu.. comot amat) just pipe a spiral pattern on each bun.

* Sementara tu boleh panaskan oven ikot jenis oven masing2. 185c - 20minit.



Ini secret admire ibu..
kikiki




 sudi clicks?? :D

1 comment:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)