السلام عليكم
Hari ni saya nak kongsi info tentang edah... Ini edah wanita yg kematian suaminya... Lama dah kan saya x share info dlm blog ni.. Sharing is caring.. :)
ps: saya still ade di kampung.. Hari ni insyaAllah saya pulang ke Shah Alam.. Home Sweet Home..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soal 1: Apakah perkara perkara yg dilarang dilakukan oleh seorang wanita yg masih dlm edah (4 bulan 10 hari) kematian suami?
Jawab: Yang dilarang ialah: 1. Berkahwin 2. Keluar rumah 3. Berhias (Tidak berkabung)
Soal 2: Jika dilakukan perkara yg dilarang semasa edah, apakah kesannya kepada roh suami?
Jawab: Jika isteri melakukan perkara yang dilarang semasa iddah, roh suami tidak menerima kesan apa-apa. Si isteri yang melakukan larangan syarak, maka dia sendirilah yang akan menanggung dosanya. Orang lain tidak terbabit dengan penanggungan dosa berkenaan.
Ini bermakna, si suami di dalam kubur akan mendapat nikmat kubur jika dia seorang yang mukmin soleh, sekalipun si isteri melakukan larangan semasa iddah. Dan, sebaliknya si suami akan mendapat siksa kubur jika dia gagal menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Munkar dan Nakir. Siksaan ini bukanlah disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh si isterinya di dunia kerana melakukan perkara yang dilarang ketika iddah, tetapi kerana dosa yang dia sendiri lakukan ketika hidup di dunia.
Namun si suami akan menanggung dosa jika dia semasa di dunia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap ilmu-ilmu fardu ain isterinya. Pengabaiannya ini menyebabkan si isteri tidak kenal dosa dan pahala, halal dan haram. Suami menanggung dosa ini adalah kerana pengabaian tanggungjawabnya, bukan kerana maksiat yang dilakukan oleh isteri. Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menanggung dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Jika kawan serumah anda meminum arak, maka dia sendirilah yang menanggung dosanya. Anda tidak akan dibebankan sama dengan dosa kawan anda itu. Tetapi, anda akan dikira berdosa seandainya anda tidak menasihatinya. Dosa ini adalah dosa pengabaian tangunggjawab terhadap amar makruf nahi munkar, bukan dosa meminum arak oleh kawan anda.
Soal 3: Bolehkah wanita yg di dalam edah meninggalkan rumahnya untuk tujuan seperti bekerja, ziarah ibu, dsb...?
Jawab: Sila lihat di sini… Dan sudah menjadi kelaziman wanita hari ini keluar bekerja. Ia sudah menjadi perkara yang perlu dengan keadaan ekonomi yang semakin mencengkam. Dahulu si isteri terpaksa membantu suami memperbaikki keadaan ekonomi keluarga. Kerana jika tidak, anak-anak tidak bersekolah, bil itu dan ini yang menjadi keperluan asasi tidak dapat dilunasi. Pekerjaan zaman ini bukanlah boleh keluar masuk sesuka hati. Kalau terniat mahu pergi kerja, kitapun pergi. Kalau terasa malas, maka kitapun ponteng. Terlintas nak cuti, cutilah kita. Pekerjaan sekarang ada peraturannya yang ketat. Ada tatacara yang membelenggu. Kalau seorang guru wanita itu kematian suami, mungkin dia akan diberi cuti beberapa hari. Dan apakah dia boleh meneruskan cutinya untuk duduk di rumah selama 4 bulan 10 hari? Sudah tentu tidak boleh. Oleh itu wajarlah guru wanita ini keluar rumah untuk pergi bekerja, tetapi dengan syarat dia menjaga ketat peraturan-peraturan lain semasa menjalani iddah.
Menurut Dr Yusof al-Qardhawi:
"Namun bukanlah bererti dia (perempuan yg sedang iddah kematian suami) tidak boleh keluar rumah langsung. Jika ada keperluan, dia dibenarkan keluar rumah. Keperluan tersebut seperti berubat atau membeli keperluan yang tidak ada orang lain yang membelikannya, atau pergi ke tempat kerja sesuai dengan profesionnya seperti guru, doktor, jururawat, atau sebagainya.."
Lain-lain perkara, keluar rumah dengan tidak ada keuzuran adalah haram samasekali.
Soal 4: Apakah perkara perkara yg sebaik baiknya dilakukan oleh wanita yg masih dalam edah kematian suami?
Jawab: Perkara terbaik (yang paling minimum) yang perlu dilakukan oleh wanita yang sedang beriddah ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak ketika iddah.
Wallahu a’lam
------------------
Rujukan
Mughni al-Muhtaj – al-Khatib al-Syarbini
Fathul Wahhab – Syeikh Zakaria al-Ansari
Al-Iqna’ – Al-Khatib al-Syarbini
Fatawa Mu'ashirah vol. 1 - Dr Yusof al-Qardhawi
Sekian... Selamat beramal... :)
0 comments:
Post a Comment
Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)