26 April 2012

Capacity baby stomach | Tips Pemakanan si Ibu menyusu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



 السلام عليكم


Hello... Hari ni masih bergelumang dengan case, cuma hari ni saya nak share2 dengan ibu2 di luar sana yek... Info ini saya share dari SINI..






TIPS PEMAKANAN SEIMBANG IBU MENYUSU
----------------------------------------------------
~Feel free to tag, share or like (^^) ~

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

• Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan.

• Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

• Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

• Pakar-pakar mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

• Pastikan anda minum banyak air – keperluan air setiap orang adalah berbeza mengikut berat badan. Setiap 25kg memerlukan 1L air.

• Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan yogurt drink. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

• Namun, sebaik-baiknya kurangkan pengambilan air manis dan lebihkan air masak.

• Sentiasa berwaspada dengan apa yang anda makan kerana apa yang anda makan akan ‘disampaikan’ kepada bayi anda melalui susu anda. Elakkan makanan yang terlalu pedas, panas atau ‘berangin’ untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada bayi anda.

• Penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

• Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi boleh mengurangkan bekalan susu anda.

sumber: webmd

Kompilasi Ibu, hebat kan.







 sudi clicks?? :D

Related Posts by Categories



2 comments:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy