11 November 2010

Rahsia





salam..

Tadi sessi menyapu sawang @ gmail saya... Nak share ngan uols.. >.<


RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan

tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat

dalam bidang fotografi.



Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum

warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi

tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau

waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki

dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu

Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan

menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.


Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang


mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan

masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita

cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap


optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep

resonan pada waktu rukuk dan sujud
. Jadi mereka yang

terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.




Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)


dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada

waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan

sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan

keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya

berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di

perut dan hilang sifat cerianya
. Orang yang tengah

sakit perut ceria tak ?





Waktu Asar



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya


waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi

prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem

reproduktif
. Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih

malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur

la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ

reproduktif kita.





Waktu Maghrib



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan


oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna

pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna

jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada

waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan)

berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib

atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.





Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan


seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia

ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan

otak
. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan

selalu berada dalam kegelisahan. Alam

sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh

berada dalam kerehatan.



Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna


putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi

kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit

kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini

sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor

adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan

sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah


di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.
w.t tanpa

perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini

seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas

hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu

hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan

manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam

menghadiri kelas taichinya.







-dipetik dari Zahazan.net-



Ok... Selamat beramal.. Sharing is caring..


Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy