20 May 2014

Resepi Pumpkin Black Sesame Bread





السلام عليكم & Hi... 

Mari sharing resepi.
Me amik resepi dari my good friend Celina Yong.




Pumpkin Black Sesame Bread

200g high protein flour
110g puri labu (lenyek lepas steam)
35g air\susu
30g gula kastor
1\2 tsp instant yeast
1\4 tsp garam
20g butter-softened

Filling

Boleh guna black sesame spread

Putih telor


Cara:

1. Camporkan semua bahan kecuali butter hingga menjadi rough dough.

2. Then start uli dengan butter sedikit demi sedikit hingga jadi elastik & smooth gitu.

3. Masukkan dlm bekas & biarkan is mengembang hingga double size. (Yg ini me kept in microwave) ~ dalam 1 jam.





Utk jadikan doh makin lembut, buat cara me duduk atas lantai then start 'mencampak' doh dr ketinggian anda duduk tu ke lantai. Pastikan tempat bersih & cover la guna pelapik getah yg utk menguli tu.. Hehehe ulang dlm 1/2 jam gitu.

4. Selepas 1 jam, bahagikan dough tadi kepada beberapa bahagian. Bulat2kan dough then biarkan lagi 15 minit. 







5. Then start la decorate bentuk yg korang nak. Rasa me utk senang explain dlm blog ni kan, korang buat la bentuk dandan rambut tu. He he he.. Roll up kan doh bentuk petak then taroh filling then roll kan mcm swiss roll. Potong 3 tanpa putus & start mendandan OK! Biarkan lagi 15minit sblm bakar.




Gambar atas selepas dibentukkan.
Gambar bawah sebelum dibakar.
15min tu utk kasi ie mengembang lagi :)





6. Sapukan putih telor then bakar dlm oven 20min. 180°c.




Selamat mencuba!





Sudi clicks?? :D

Related Posts by Categories



2 comments:

  1. wah, sedapnya… pandai haza meroti…

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Saya ni ntah bila nak meroti. Salin resipi jer rajin ☺

    ReplyDelete

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy