15 October 2010

Puri2 si Pari2

Salam pagi Jumaat ya... Penghulu segala hari ^__^

Malam tadi saya bz dengan projek makan si kecik saya.. Membuat puri?? hehehe actually saya sejuk bekukan sayur2 yg dah saya steam & blend. Senang sikit kerja saya.. so far boleh bertahan untuk 2-3 hari ni insyaAllah...moga di permudahkan.. ^^

Ok saje pulak saya nak upload picca yg saya snap time buat projek 'busau' nih.. Hubby tengok geleng kepala.. ~wink!!


Beli sayur ni dulu, kacang buncis, pumpkin & carrot.

Cuci bersih2 & rendam b4 chop2 sayur tu

Potong2 kecik sayur tu ya..Senang nak blend nanti

Steam sayur2 tu hingga lembut..

Then blend hingga halus

Time masukkan dlm ice cube tray

Beberapa jam lepas puri keras, asingkan drpd ice cube tray tadi

Masukkan dalam bekas kedap udara, then jgn lupa simpan dlm freezer ya..



Selamat mencuba..

14 October 2010

Nyumnyum..



Gambar cute ni bukan saya punyer ya, Encek Google yg PUNYA, hahaha

Salam~

oKEH..

Ape uoll lunch hari ni?? Berat ke ringan2 jek..?? Hari ni saya makan sushix2 & fried chickenx1.. Hehehe boleh diet ker..? Ape yang anak2 kecik makan lunch hari ni yek.. Okeh ade sikit info kat blog ni, sumber dari Info Sihat


Makanan Pelengkap
Pengenalan
Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur 6 bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal. Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.
Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.
Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.
  • Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.
  • Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
  • Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin & mineral.
Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur
Umur
Kemahiran
Jenis Makanan
Jumlah & Kekerapan
6 Bulan
Mula menerima makanan pepejal
Makanan lembut
  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras)
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7- 8 Bulan
Mula belajar mengunyah
Makanan lembut
  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu.
    - Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 Bulan
Makan sendiri
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu
    keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut
    - kacang panggang dan tauhu
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
  • 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 Tahun
Makan sendiri
Makanan keluarga yang diubahsuai
  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • 2 snek antara waktu hidangan makan utama.

Ok.. Info kat atas tu amat2 berguna kepada ibu ini, sebab anak kecik saya sekarang dah start makan plain porridge.. Ibu? hehehe makan banyak sangat..plain porridge x boleh masuk la..


(^__^) kiss kat uolls...


29 September 2010

Bby Tomato nak makan..

Salam mommies.. Hehehe kat tempat keje ni.. x dek case , so saya nak buat entry 1 lagi b4 mengemas utk pulang ke umah 5.30pm kang..

Bby tomato telah saya train melihat2 kami makan sambil mulutnye mengemut-ngemut.. Opahnye dah suap sikit aiskrim dalam mulut.. alahai acceptable.. tapi bila saya suap nasi lembek yg di tenyek2 dia luah balik.. oooOoo pandai budak kecik ni x nak yg tawar yek..

Ok... Abang2 yg dulu memang terus makan porridge yg x di blender cuma hancur gitu2 jek masa boil.. Diaorang x makan nestum jugak..

Oo yee tadi saya baca Metro, ade article ni 'ASUH TABIAT MAKAN SEJAK KECIL'.. Best article ni.. Klu boleh undur masa (yg time menyediakan mkn shj yek, sebab bagi saya sepanjang journey anak2 saya adalah masa/kenangan indah bagi saya) saya akan sediakan makanan yg bagus2 terutama sayuran..

saya suka bahagian ini...





Ini? Lunch saya tadi.. Pumpkin chicken porridge..
yummy!




Love;

21 July 2010

Pumpkin Chicken Porridge



♥Salam mommies εïз..


Semalam saya & kawan2 OT department lunch pumpkin chicken porridge.. 1st time try msk porridge jenis ini..

Bahan2:

  • Beras ikut suka banyak
  • Isi ayam (potong kecil2) & gaul dengan sedikit tepung jagung-utk lembut
  • Labu x2 potong (dopotong dadu kecil)
  • Carrot 1 batang (potong dadu kecil)
  • Halia hiris halus2
  • Secukup Rasa

Beras dicuci & dimasak seperti bubur nasi biasa.. Masuk labu + carrot + ayam..
Agak2 dah nak masak, masuk halia & secukup rasa...
Siap..
1 lagi porridge ni sedap di makan dengan Alfalfa sprout..Sedap.. For me, lepas makan sprout ni susu mencurah2.. =)


OOoooooooOOo ini sessi mengepam susu pagi tadi..
=)


OOooOOoO..Okeh..OOooOOoO


P/S: Sprout jenis ni jugak dalam kumpulan ALFALFA..Yang jenis ni senang di cari berbanding yang bunge purple tu.. Fresh & crunch lagi.. yummy!




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


 



glitter-graphics.com

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy