26 November 2010

Info Pneumokokal Inj.

Salam...Emoticons

Malam tadi saya ke TTDI bawak si kenit pi jumpa doktor sebab flu x mo hilang..
Jugak nak ambik injection Pneumokokal untuk semua anak2.. ^_^
Makcik sangat tidak boleh tahan tengok anak2 sihat sejahtera kecuali kat hidung tu..

Hidung diaorang akan sihat untuk 1-2wk only, lain2 minggu hidung kembali x sihat..
Hilangla kacak klu idung berair jek kan.. ;p

Ok, acikHaza ingat boleh terus jep malam tadi, rupa2nye harus order dulu yek kat klinik nih..

Jadinye acikHaza sudah order utk 3 orang budak lelaki yg kurang kacak dek ingus tuu.. blewwekk...

So, kat depan mummyHaza sekarang ade pamphlet by Pfizer regarding...


"Vaccinate now for Broader Protection against Pneumococcal Disease"

Apa itu Penyakit Pneumokokal?
Bakteria Streptokokus Pneumoniae (pneumokokus) boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal.

Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak2 & disebarkan melalui batuk @ bersin

Kini terdapat lebih drpd 90 jenis Pneumokokal yg diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yg serius di seluruh dunia.

Apakah akibat penumokokus?

Emoticons Meningitis ~ Jangkitan selaput otak & saraf tunjang.
Emoticons Bakteremia ~ Jangkitan dalam darah.
Emoticons Pneumonia ~ Jangkitan paru2.
Emoticons Otitis Media ~ Jangkitan telinga tengah.

Bagaimana seriuskah Penyakit Pneumokokal?

Emoticons Kerosakan otak
Emoticons Hilang Pendengaran
Emoticons Kematian

Siapakah yang perlu dilindungi drpd Penyakit Pneumokokal?

Font Emoticons Kanak2 di bawah umur 5 tahun.
Font Emoticons Kanak2 yg tinggal di pusat jagaan harian.
Font Emoticons Mereka yg mempunyai sistem imun yg lemah.
Font Emoticons Mereka yg menghidap penyakit kronik (kencing manis, jantung, paru2, buah pinggang @ hati)

Bagaimanakah cara utk melindungi drpd Penyakit Pneumokokal?

* Penyakit Pneumokokal boleh dirawat dgn antibiotik. Beberapa tahun kebelakangan ini, bakteria pneumokokal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yg biasa digunakan.
Ini membuatkan rawatan menjadi sukar & mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yg lebih panjang & kos perubatan yg lebih tinggi

* Cara terbaik utk melindungi daripada Penyakit Pneumokokal adalah melalui vaksinasi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yg boleh dicegah dgn vaksin sebagai punca no 1 kematian kanak2 di bawah 5 tahun di seluruh dunia.

Kebimbangan Ibubapa & soalan yg kerap ditanya.

Selamatkah jika diberi bersama vaksin lain dlm jadual imunisasi rutin?
Ya, boleh diberi bersama DTP @ DTPa, Hib, QPV @ IPV<>

Kesan sampingan?
Vaksin, seperti ubat lain, pun ada kesan sampingan tetapi ramai kanak2 yg diberi tanpa masalah langsung. Seperti vaksin lain yg diberi melalui suntikan, kesan sampingan yg kerap berlaku termasuk kemerahan & bengkak ditempat suntikan @ demam. Risiko lebih rendah drpd risiko tidak diberi vaksin.

Umur yg tepat utk dapatkan vaksin ini?
2 bulan - 5 tahun. Umur anak menentukan bilangan dos suntikan yg diperlukan. Jadual dos perlu dirujuk utk pemberian vaksin yg terbaik.

^^Vaksin pneumokokus juga terdapat utk golongan dewasa.

Adakah apa2 sebab anak tidak boleh diberi vaksin?
Kebanyakan kanak2 boleh disuntik vaksin, tetapi ada yg tidak boleh diberinya - selalunya disebabkan alergi / alahan @ masalah perubatan, @ dlm keadaan2 di mana risikonya melebihi kebaikan.

Reaksi terhadap vaksin?
Keadaan alergi jarang berlaku, biasanya reaksi ini akan berlaku dlm masa bbrp minit @ jam setelah disuntik.
Gejala2 alergi: nafas berbunyi @ sesak nafas, ruam alergi, rasa lemah, pucat, kadar nadi jantung cepat, pening, bengkak tekak @ pucat.
* Sekiranya simptom dialami, SILA rujuk kepada Doktor anda ya..

Ok.. terima kasih kerna membaca info ini yek...sharing is caring!



Luv u ols la...

Related Posts by Categories



5 comments:

  1. bagus info ni..hari tu ada juga jumpa doc tanya vaksin utk rotavirus. tapi doc suggest ambik vaksin Pneumokokal. After that baru ambil rota virus

    ReplyDelete
  2. gud info...teliti weols membacanye hehe

    ReplyDelete
  3. @Hezesuze heehehe terima kasih uols.. sharing is caring ^__^

    ReplyDelete

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy