08 April 2013

Bagaimana mau ESP yg sedap




السلام عليكم & Hi... 



Hari ni Isnin. Kelmarin ngan semalam xbukak blog. Singgah menjeling ajek. Bz sungguh walaupun kat umah ade en Unifi. hehehe Okeh hari ni makbonda mau kasi resepi yg best untuk sedapkan ESP {of course Shaklee}. Nak share ni sebab for me own self susahnye nak nelan klu ko minum ESP tu sajek. Tapi lain belalang lain padang nye.. Eh eh siap kasi bidalan lagi ekk.. hehehe Me xberapa sangat nak minum soy protein tanpa di gubah2. Dulu minum macam tu, xhabis.. sedih jek tengok berlebih, bazir kan amalan syaitan.. :D




Acik Haza pakai bawal tribal ini hari.. RM10 ajek. Berminat? Sila la ke page makbonda iya.. hehehe



Alhamdulillah masih bernafas... 
Syukur


Ok sambung balik mengenai resepi ESP :)


Bahan2 cara acik Haza;

1. ESP
2. Shaker (klu ade ball spring tu lagi best, mencepatkan ESP anda melarut}
Ball spring tu dari my shaker Herbalife..
3. Any yogurt drink (0% fat) me itself suka Life Yo ~Manggo + peach
4. Air sejuk (peti ess) :)


Yogurt drink tu me tuang dalam 150mls ajek sebab manis2 macam tu kan, ESP 3 sudu besar + air sejuk ke dalam shaker anda. Then shake!! Minum lepas buih tercipta.. Woohoooo sedap, segar gilos..

After 1 hour gitu akan rasa macam ko nak mengepam.. hehehe ini utk mereka yg breast feeding ya.

ESP ni bukan untuk BF mommy ajek, banyakkkk sgt khasiat.. lain2 khasiat di entry yang LEPAS.



Shaking2!



Nampak buih tu??? Sedap sgt2



Hanya untuk dak Kimie






Eh eh x LUPA


& untuk abang tomato jugak hehehe



Sekian... 





 sudi clicks?? :D

26 March 2013

Susu merundum




Makbonda having stress sekarang. Sejak case bertambah ni, makbonda jarang dapat mengepam 3x/day tmpt keje... Pump sekali jek lps kul 4pm gitu. Kat umah jgn mimpi boleh lari dr si Kimie
( ╥ω╥` )



Rezeki utk Kimie hari ni. Alhamdulillah.. Ohh anak...


\
Ape motip taruh gambo makbonda tersengih sikit aje yg kononnye tengah stress ebm utk butterbun seplastik ajek??



13 March 2013

Shaklee ~ESP best



السلام عليكم & Hi...




Hari ni nak citer pasal Kebaikan ESP. Tak kira la for ibu mengandung, ibu menyusukan anak.. anak2.. org dewasa.. Ia adalah suppliment yang sangat2 Bagus..







ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.



Apakah itu ESP?


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




KELEBIHAN ESP

-Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.

-Bantu hilangkan parut jerawat di muka.

-Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.

-Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

-Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.

-Menyokong kesihatan imunisasi badan.

-Mengawal paras kolesterol.

-Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

-Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sekian, untuk kali ini ya..


Mari kite berESP untuk kesihatan badan sendiri jugak seisi keluarga.. heheheh








 sudi clicks?? :D

21 December 2012

ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



 السلام عليكم



Sharing ya... me copy & paste dr page Persatuan Inu Ibu Comel Mengandung


ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??

Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

`
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..'


Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut 

Susu ibu basi?

Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..

Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.


Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Susu ibu boleh bertukar warna

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

PETIKAN : WANITA HARI INI




ps: unik nye bottle susu ni, comel jek shape nye kan.. :)



 sudi clicks?? :D

24 July 2012

EBM kala puasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


 السلام عليكم 





Dalam sehari, sepanjang kerja saya sempat mengepam 3x. Pagi, lunch & tea time. Alhamdulillah dapatlah 5 botol susu.. :)

Sekarang case x tentu masa, suka2 doktor nak operate pagi, suka2 dia nak buat tengahari... Sure time mengepam saya lari..





Ni gambar 1st puase Sabtu lepas.. Yg kurang tu cik B sebelah kanan.. Macam kurang.. Sekarang bz mencari solution yg boleh membanyakkan susu.. Macam time Eizlan dulu.. Oh ye sebelum terlupa, saya masih menyusukan si Eizlan.. Si abang yg ini masih mencari2 nenen ibunye kikiki.. Sometimes dia byk mengalah dengan adiknye.. Tapi kadang2 bila angin dia datang, klu dia nak la tu, la tu jugak la jawapnye.. Ada masa saya praktiskan tanderm nursing.. happy >.<


Kala ini, vision acik sekarang : Mengepamlah selagi daya ya ibu..,. Ini semua hanya untuk budak kecik ni

v


v



v


v


v





ps: Rindu saat mengepam time pantang Eizlan yg lepas... Saya berjuang habis2an.. 84 botol terkumpul sebelum saya masuk kerja... Tadddaaaa...


sudi clicks?? :D

21 June 2012

1st drive car with shaking hand | berpeloh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



 السلام عليكم 





Helllo semua... 


Tadi saya drive my maroon car ke Alpha S.C. Ade benda yg saya nak settle kat tempat keje tadi.. Hehehe dah sebulan lebih x drive, hari ni rasa my hand is shaking bila pegang stereng... Fuhhh

Saya ke sana di temani si tomato, bby Kimi tinggal dengan wan.. Nauzubillah bawak budak kecik ni yg x reti nak duk diam dalam kete, WAJIB beli car seat cenggini, yg dulu2 milik abg2 tomato dah selamat di bawa oleh lori syammpahh.. (dah uzur sgt)

Lagi 2 hari tamatlah confinement saya.. Kena jaga baik2 kan kata org2 tua.. Ibu jari kaki kena di beri perhatian, jgn tersadung nnt bentan.. Silap2 kena berpantang balik 44 hari.. Hehehe.. Mintak di jauhkan.. 


Ok lah.. Saya baru habis mengepam susu utk stock EBM.. Bila confinement completed, makanye saya hanye ade 2wks +- sebelum masuk keje kembali.. Kena bekerja kuat tahap max sekarang :D






Sekian, untuk tengahari ni yek..



 sudi clicks?? :D

08 June 2012

Hari2 menu sayur ini :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



 السلام عليكم 


Dah lunch uolss...?? Saya belum.. masih kenyang. Hari2 menu sayur sepanjang saya berpantang hingga kini adelah sup sawi + lobak merah + lobak putih. X lupa jugak saya akan hiris halia sama msk dlm sup tu... Sup ni, my hubby x suka.. dia suka yg bertumis ajek.. Sup ni sy akan share sama dgn my lil tomato, dia suka sgt apa jua sup... :) Tapi dia hirup sup ajek... sayur2nye di tolak ketepi..

Sup ni penambah susu bdn ibu2 kan.. Tapi itu ikut penerimaan bdn masing2... Saya serasi dgn sayur2 ini.. Alhamdulillah... sedap jek saya telan.. Hasil susu pun boleh jugak di share dengan abg Eizlan & pumping bekalan sy kuar kerja nnt,,...






My lil tomato pantang ade sup.. di hirup sup tu penuh perasaan, kikiki





Gambar tadi ni... saya suap dia mkn nasi... Sekarang dia dah knock off... pengsan lepas lunch & mkn ubat flu... He having flu sekrg... kesian...




Oklah.... Tetiba nak berMoto hari ni... 

moto: Telanlah ape jua yg halal utk menambah susu ini, boleh gitu? kikikiki



sudi clicks?? :D

Resepi Ibu Pantang | Sup sayur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 السلام عليكم 




# Resepi



Bahan-bahan 

  • 1 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 inci halia muda (hiris)
  • Sedikit serbuk black pepper
  • 1 batang cili hijau/merah
  • Sayur sawi, lobak putih, lobak merah 
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang2 sehingga wangi. Saya tumis sekejap ajek.
  2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  3. Masukkan lobak putih. Diikuti lobak merah. Kacau seketika.
  4. Masuk sawi, halia & cili selepas lobak2 menjadi sedikit lembut.
  5. Akhir sekali, masukkan garam & serbuk black pepper.









 sudi clicks?? :D

17 November 2011

#Mode: Campur Baur

السلام عليكم 


Mode : Sayu, Rindu, Geram
Reason : susu merundum ++++++




 #EBM tika susu meriah ~ rezeki buat si manja saya


# EBM 3hari 2malam bawak balik dari Bali, Indonesia

Impian saya mahukan Tandem Nursing buat anak ini dengan baby next year.. InsyaAllah...




sudi clicks?? :D

14 September 2011

Yayy!!! MASTER dalam genggaman??

السلام عليكم

Alhamdulillah... Baby Eizlan dah nak melangkah ke setahun 6bulan.. Makin nakal, ala2 nak 'lawan manja' ngan ibunye.. Takut dengan 'Johnny' a.k.a anjing toddler kat kg hubby.. Anjing sesat ;p

Pandai cakap 'nanak', 'mommok', ayah... tapi sebut 'ibu' masih xkedengaran :) ... Nampak muka saya terus pandang ke nenen... huwaaaaa, elan xmau lepaskan ibunya bila ibunya balik dr keje. Ini kes EBM yg makin mengurang... :( (dalam erti kata lain, siangnye Elan kekurangan EBM)


Jom ikut saya terbang setempat dengan ultramen ni.. weeee :)


Hallo.... gigi saya kurang baik bentuknyer... tapi ibu tetap sayang kat saya...


Nyum2... Suka dengan semua jus anggur @ Rabena


Saya xmau di pegang yek.. Ini gambar Hari Raya lepas, ibu lupa nak bawak balik kg songkok saya ngan abang2... hikhikhik

Pesan ibu...

~Moga jadi anak yg baik, soleh kepada ibu bapa, org tua jugak agama...
~Taati Allah swt & ibu ngan ayah..
~Jgn gaduh ngan adik beradik...


ps: mummyHaza dah boleh dapat Master kew....??? hikhikhik

Sekian, terima kasih sebab singgah sini...




 sudi clicks?? :D

08 September 2011

Happy breastfeeding | new geng!

السلام عليكم 




Berita petang ini, sekarang saya dah ade geng mengepam susu kat tempat keje... 
Si Yong dah masuk keje balik dah.. Cuti bersalin baby boy.. Dia decided nak nyusukan baby baru dia.. :)


Ok.. agak bz sejak 2 menjak nih...



Sekian, terima kasih singgah yek..





 sudi clicks?? :D

28 February 2011

my new 'bobot'


السلام عليكم

Dah lunch ke uols..? Saya dah alhamdulillah kenyang makan mee goreng tadi.

Gadget baru saya dah sampai last week... Semua ini untuk anak kecil saya itu.. Alhamdulillah moga2 susu saya bertambah... Nak usaha lebih lagi ni.. Ini sekadar membantu saya untuk mengumpul balik EBM yg dah merosot since September last year.. Saya tetap BERKERAS menyusukan anak kecil itu hingga 2-2 1/2 tahun.. InsyaAllah....






*


*


*




Yayy!! Dah sampai..



Ibu try... sangat comfortable..
Moga ini boleh membantu..

Masih lagi jadi minuman penting saya..



Ok, untuk mommies... selamat berBF..






awak click sini, sy click anda di sana :)

20 December 2010

i punye makan daa





Selamat petang... Salam... Animated Emoticons


Hari ni punye makan... (entry utk si Haza a.k.a tuan punye blog)

Breakfast - sup sawi + telur x 1mangkuk, wholegrain bread x2slice

Lunch - nasi 1/2 + 1slice jantung pisang + 1slice tempe goreng + cili kerang

TeaTime - susu anlene 1 kotak + kudap (cornflakes)

Dinner - Nasi + ??? - belum decide! Animated Emoticons



hehehehe... Moga2 ape yg ibu makan hari ni Elan, akan banyak lagi EBM dapat kumpul... InsyaAllah..


p.s: EBM ade 2 1/2 botol...

17 December 2010

YaAllah betapa rindunye saya...




Salam...

Selamat pagi.. Saya masih lagi hot mengepam..Animated EmoticonsEmoticons

Pagi ni dah pam dapat 4oz. Memang betul kata2 mummy yg b'EBM..
Kena rajin / kerap mengepam. Barula susu akan lebih skt sebab badan kite terima signal permintaan susu yg banyak..

Ok, sebetulnye saya amat merindui keadaan yg engorge... Sungguh rindu saat2 tu, bila saya direct breast feeding kat bby sebelah kanan, yg sebelah kiri pulak menitik... Sampai baju banyak kali kena tukar, basah dek air susu.. hehehe.. Sungguh rindu.

Sekarang Bby Elan minum susu yg fresh jek kat taska.. Alhamdulillah saya masih boleh bekalkan fresh EBM 4botol (4oz) sehari untuk Eizlan..


Ohhh mummyHaza rindu dengan bakul biru tu...


Ini EBM 3hari 2malam saya dari cuti ke Bali tempoh hari...

Saya xkan pandang @ jeling fm kat Supermarket tu!! Serius!!


ps.: Ptg nanti nak bwk elan amik ubat ngan jumpa Dr Emoticons , still having running nose..

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy