20 February 2012

MILO 'kaw' = MILO 'O'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



 السلام عليكم 



Dah lunch uols..? saya dah.. hikhikhik hari ni rajin pi JCM lagi.. mencari Wantan Mee.. Air?? hehehe air kosong jek.. :)

Pagi tadi saya cerita tentang mengapa saya x ambik MILO hari ni... Actually bukan x boleh amik.. Saya kena kurangkan pengambilan makanan @ minuman yg manis2.. Saya xdekla kuat minum / makan benda manis2 sebab x berminat, tapi ntahla.. Sabtu lepas kan saya ade antenatal check up.. Dah habis scan si boboi, Dr Zaini tunjukkan result GTT hari tu... Huhuhuhuhu... panjang keluh, my sugar level after 2 hours glucose drink was 7.4mmol.. Aiseehhh, dah borderline ke Mild Diabetic ni..

So, kata Dr Zaini kena kurangkan segala bergula, amik yg 'O' ajek.. :(
so, MILO kegemaran saya yg kaw kaw tu kena amik MILO '0' pulak..

Ok la...



Meh nak share info mengenai Diabetik Semasa Kehamilan, info dari SINI



Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM) Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan  ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan. 





Faktor yang berkaitan dengan GDM:
∼ Obesiti atau kegemukan
∼ Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM 
∼ Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg) 
∼ Air ketumban yang berlebihan  
∼ Wanita yang berumur 35 tahun keatas 




Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus
Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan  
kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal. Rawatan yang disarankan  
termasuklah: 

  • Diet yang khusus 
  • Senaman  
  • Paras gula dalam darah perlu diawasi secara harian 
  • Suntikan insulin




Ujian Toleranse Glukosa Secara Oral (OGTT)
Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L) 
Puasa   < 6.0 
1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0 
2 jam selepas mengambil glukosa  < 7.0 



Risiko mengalami GDM bertambah jika seseorang ibu mempunyai:
• Keturunan keluarga kencing manis (ibu bapa atau abang dan kakak.) 
• Mengidapi GDM pada kandungan sebelum ini 
• Berlaku kecacatan pada kelahiran anak sebelum ini 
• Obesiti atau kegemukan berlebihan 
• Menjadi ibu pada usia matang(melebihi 35 tahun) 
• Sejatah kejadian bayi meninggal dalam kandungan 
• Pernah melahirkan bayi melebihi 4 kg 
• Air ketumban yang berlebihan 
• Mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung





Ok, harap2 sangat janganla ke tahap mengidap DM.. x nak!!


ps: mode tetiba happy, terselak novel yg di beli tahun 2009 (ingat nak repeat baca) terjumpa sekeping RM50 + RM5... weeeee....




 sudi clicks?? :D

Related Posts by Categories



2 comments:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy