
12 June 2012
Pencuri masuk umah

Budak kecik nonton TV

11 June 2012
Keropok sedap | teringah kat my late abah

1 mon baby

10 June 2012
Tiba2 di Gambang
Salam...
Tiba2 saya & keluarga berada di sini... Hehehe masih amalkan gaya berpantang cuma acik lupa sarung stokin... :)
Happy weekend.

09 June 2012
Salam Sabtu

08 June 2012
4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )
Saya ade copy & paste 1 artikel yang agak takut saya baca.. Kadang2 ia terjadi di luar kesedaran kite... Jom baca artikel ini... Link saya dah x ingat tapi Sumber artikel, dari ceramah Ustaz Kazim Elias.
( WAJIB BACA )
Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.
Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..
" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.
Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.
Curang pada suami.
Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.
" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.
2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).
Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.
" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "
Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.
" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "
" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "
" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."
3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."
" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "
" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.
Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

Hari2 menu sayur ini :)

Anak2 ♥

Salam Jumaat buat semua..
Selamat pagi... Dah breakfast ke? Saya, wan & anak2 dah makan pagi tadi. Hari ni Jumaat dah kan... Cepat jek masa berlalu. 3 hari lagi baby Kimi dah sebulan... alhamdulillah...
Ok la.. Saya sibuk nak menaip entry ni, si kecik dah berbunyi2. Lapar dah kot :) ok jumpa lain entry yek..
Thanks singgah sini...

Resepi Ibu Pantang | Sup sayur
Bahan-bahan
- 1 ulas bawang putih (mayang)
- 1 ulas bawang merah (mayang)
- 1 inci halia muda (hiris)
- Sedikit serbuk black pepper
- 1 batang cili hijau/merah
- Sayur sawi, lobak putih, lobak merah
- Sedikit garam
- Air secukupnya
Cara-cara
- Tumiskan bawang2 sehingga wangi. Saya tumis sekejap ajek.
- Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
- Masukkan lobak putih. Diikuti lobak merah. Kacau seketika.
- Masuk sawi, halia & cili selepas lobak2 menjadi sedikit lembut.
- Akhir sekali, masukkan garam & serbuk black pepper.
sudi clicks?? :D

07 June 2012
Today 27.
Salam...
My bby Kimi dah berusia 27 hari.... Alhamdulillah lagi 17 hari saya akan habis berpantang... Then habia baki cuti seterusnye saya akan naik keje pulak... Haihhhh cepat jek rasa masa berlalu.
Tadi saya col along... Adik along, Mira dah kuar dari ICU tapi tekanan darah masih dalam pemerhatian... Baby boy pulak masih di NICU. Harap2 semuanye selamat...
Terima kasih di atas doa anda semua...

Tetamu di nanti

06 June 2012
Morning | Powerful of TANGAS
السلام عليكم
Tangas adalah amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata. Malah, amalan ini dapat membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan mengecutkan urat badan yang menyebabkan lendir angin dalam tubuh.

05 June 2012
3+1 Askar

Selamatkanlah nyawa si ibu | Baby itu perlu di keluarkan!
السلام عليكم
Ya Allah, pagi ni saya dapat berita yang adik bongsu kepada kakak ipar saya [Along] masuk ICU Hospital Temerloh. Adik along preggy baby sulung 7 bulan terpaksa di bedah untuk selamatkan nye & jugak kandungan.. Baby wt +-800gm. Adik Along ke ICU sebab x sedarkan diri.
Baby pulak ke NICU... Ya Allah selamatkan lah kedua2 nyawa itu... Adik Along tiba2 di serang fit a.k.a sawan. x pernah ade history before ni... Kesian Mira (adik Along)
Sebelum ni Along ade cerita kat kami yang Mira alami bengkak 1 badan... xtau pulak serius sampai cam ni... Ingatkan water retention [in pregnancy]
Kawan2.... Saya harap sgt2, doakan lah untuk Mira yek... sedih saya.. Adik Along, adik saya jugak... Entry masa kawen Mira hari tu ade kat SINI..
Dalam hati ni sgt2, meronta2 nak pi sana... Tapi apakan daya saya masih dalam pantang..
Semoga Mira & baby di lindungi olehNYA... amin..
sudi clicks?? :D

04 June 2012
Alhamdulillah | won Peraduan Johnson's baby Rahsia Kecantikanku

Kangaroo Pouch

Lama x jumpa \ member secondary school

02 June 2012
01 June 2012
Pulang Kg Lagi

Salam Jumaat / my assistant
Salam...
Morning.. Hari ni dah 21 hari berpantang... Hehehe lagi 23 hari nak habis. Fuhhh... Alhamdulillah dari hari pertama Kimi di lahirkan rezeki susu ibu ini ade buat Kimi & jugak baby besar Eizlan... :)
Untuk kelahiran kali ini saya x memerlukan pengepam susu. Pengepam ni penting bagi ibu2 yg bekerja yang eklusif BF kan... Sebab kali ni ibu ade 3 assistant yang sgt2 memahami kehendak ibu ini... Ececeh... Pam2 ni saya purchase masa time Eizlan 2 tahun lepas. 1st sekali saya pakai swing... Best... Tapi lepas tu teringin nak pam sekali dua2 belah then saya purchase FS.
Hari tu pam Freestyle saya menyorok ntah kat mana. Jenuh cari.. Janganlah hilang. Yg ini saya guna di tempat keje. Pam sekali 2 cepat sikit. At last jumpa kat tepi almari baju. Haiihhh sape taruh kat situ ntah. Alhamdulillah x hilang klu idak saya nangis darah la alamatnye... :)
Yg pinky terbeli sebab me gila pink. Ya saya akui macam buang duit tapi berbaloi sebab me berjaya nyusukan baby besar sampai 2 tahun dan sampai kini... Alhamdulillah.. Hehehe alasan yg melampau.
Tunku besi ngan tunku elektrik tu pun assistant yg penting buat saya sebelum pakai corset kan... Uolss pakai daun x mase nak bertunku guna tunku batu atau besi tu? B4 bungkus dalam kain uncang, saya selalunye balut dengan daun mengkudu... Bau sedap sgt bagi saya.. Ini amalan org dolu2... Saya follow jek :)
Ok la...
Sampai sini ya...















.jpg)
.jpg)













