21 February 2014

Appt & Hayaki Kopitiam Acappella




السلام عليكم & Hi...

Bz

Gambar lama. Masa kimie appt with Dr Ling @KPJ Isnin lepas.


Kimie n ayah, happy bila dah sihat♥


Ok, Dr Ling cakap kimie much2 better. Asked for stop oral med except serbok Singulair ( 1 sachet on night) dengan Flixotide puff. 2 med ni wajib amik sampai next appt ~March.



Dah lama xciter tentang makanan yg sedap kat restoran org kennn, so lepas appt tu, husband bawak kami ke Hayaki Kopitiam di Acappella Seksyen 13. Atas tu poto makanan yg me order. Sodapppp. Budu tu menggugat!



Bandung cincau soda. Pon besh



Dak Kimie dengan roti telor goreng. Aduhaiiii mane diorg dapat roti gebu tuuuu. Sedappp



Me n Kimie. Moga anak ibu ni xsakit2 dah.. Sesema batuk berlarutan. Xmau dah.



Sampai sini dulu ya.
Anakanda ni pandai merajuk dah. Kadang2 tahap melampau guling atas lantai hukhuhuk



 sudi clicks?? :D

19 February 2014

Kisah Ayah




السلام عليكم & Hi... 

Sharing dari FB

Syukur la pada mereka yg masih ade ayah. Me hanye ade ayah mertua...



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat..

Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


....Rindu kat arwah abah....



 sudi clicks?? :D

15 February 2014

Kereta Pertama





السلام عليكم & Hi... 





Ini kereta pertama saya 2004 
Masih setia bersama me. Husband sayang nak jual. Me? Lagi la... Kete ni dah jadi hak milik arman, anakanda ku no 2 yg baru 7 tahun tu, ade hati!!  hahhaah

Cumanye baru2 ni je dapat drive balik kete kancil ni bila my husband tuko kan balik gear ke auto. Lepas saya ade 'anak ramai' jarang guna kete ni sebab xmuat. So husband jek bawak tuko2. Tumpang rumah orang sebab xcukup tempat parking (✪▽✪)

Dah berbelas tahun usia si kancil ni..


Uols???



 sudi clicks?? :D

13 February 2014

Rt @ Lt Handed?



Anak uols guna tangan mane utk buat kerja? Hari ni me nak share sikit tentang tangan kiri @ kidal..


Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg menggunakan tangan kanan.


Maknanye mereka yg kidal sgt kretip!??

Meh me tunjuk sape yg kretip..

Me snap mase masuk sekolah agama awal tahun ni. Dia punye terkejut bila me snap gambo dia tengah menconteng kertas.. Haaa kretip ke tu? Setakat kete bu lagi terer (*^ー゚)b

Hahaha ini satu2nye anak me yg kidal. Abang Irfan. Mase dah start makan sendiri tu, susah sgt ajar dia makan guna tangan kanan. Dia lupa. Sometimes dia akan tanye "bu ni tangan kanan ekk?" Before start pegang nasi. (๑´`๑) 



Yg ini pulak anakanda beta yg bongsu. Dia boleh guna dua2 belah tangan untuk menconteng hahaha...



Belah kanan pon okeh. Tapi me tengok dia banyak guna sebelah kiri. Jangan terlalu "kreatif" macam abang Irfan ya..





Sampai sini dulu.


Fakta mengatakan pengguna kidal lebih pintar. Mmm klu dah malas belajar xkan jadi pintar, ye dakkk??


“only left-handed are in their right minds”



 sudi clicks?? :D

11 February 2014

Alhamdulillah




السلام عليكم & Hi... 

Alhamdulillah, Ahad petang yg lps Kimie dah keluar dr hospital. Syukur sgt2...

Lepas chest physio & suction pagi tu Dr Ling datang check. Katanye makin better. Me mntk balik.. Susahla lama2 duk spital kan.


Terima kasih pada yg mendoakan.. Kimi better dah. 
Kadang2 kite fikir ianye sakit simple. Just normal flu cough. Tapi end up (dah kasi segala tx dari clinic) jadi early asthmatic (T_T)



Buah hati



Lepas balik dr keje makin kuat susu. Tapi makan xberapa.



Kimie started on ventolin {4x perday} & Flixotide puff (pencegahan ~ twice perday) sampai doctor ask to stop. Utk ventolin puff kena amik 2 mggu tapi Flixotide tu kena amik everyday (><。)



 sudi clicks?? :D

08 February 2014

Masih cerita anak2 |KPJ



السلام عليكم & Hi...

Gambar abang irfan, arman & kakak icha datang malam tadi lepas habis sekolah. Bau masham2 tu datang ke hospital. Rindu nih..



Happy tgk abang2 & kakak icha datang. Klu idak Kimie sendiri bosan sampai xmau duk atas katil. Ke hulur hilir sampai me pon naik rimas dia xnak tdo, baring semua. 
(๑´∀`๑)



Happy bila kakak icha rajin layan Kimie makan2. Sedap pulak cheese marrie layer cake yg jual kat kedai bawah hospital ni. Sodap.



Sedap...



Pagi ni pulak ayah bawak Abang Tomato datang ke hospital. Rindu la tu, me pon rindu dengan anak2. Cepatla discharge.



Elan sempat lunch kat ward. Hari ni western tekak makbonda. Hahaha.



Rindu???




 sudi clicks?? :D

Menjerit bila kena suction




السلام عليكم & Hi...


Sabtu, 8.2.2014
KPJ Selangor

Semalam dah start Chest Physio & suction phlegm. Menjerit2 Kimie, kesian anak ibu. Semalam phlegm whitish colour tapi hari ni dah greenish, xtau bila nak start atau perlu antibiotic. So far, Dr Ling belom prescribe antibiotic untuk dak Kimie.



Lepas di Physio Department, me pulak continue chest percussion di ward. Tapi secara manja. Betul la kan, walau ibu tu nurse (me x-nurse) bila tang anak jadi lain sikit. Naluri keibuan tu kannnn.. Hahaha



Muka xdek mood bila balik dari physio.
Me nak tanye Dr Ling, bila boleh discharge. Boring sgt2. Rindu uwan, anak2, rumah, kedai burger, rindu nak mandi secara normal. Ehhhh???? Hahaha



Eksen je tu. Mane dia nak duk dlm baby cot. Baby cot warne hijau kat umah yg me beli before lahirkan Kimie tu, jadi katil abang Elan. Langsung xmau dia duk dalam tu.. So, tdo berkepit dengan ibu atas katil yg diorg provided ni. Hehehe jangan jatuh ke bawah ya.

Sampai sini dulu. 







 sudi clicks?? :D

07 February 2014

1st time in his life




السلام عليكم & Hi... 

Salam Jumaat buat semua


Bersiaran dari KPJ, Shah Alam. Kimie admitted semalam petang. Pagi tu kami ke Klinik Dr Zaini. Lepas check Dr Zaini adviced Kimie masuk ward due to his flu & cough yg ntah berapa lama xmau ilang.

So, ptg dalam 2pm mcm tu jumpa Dr Ling. Mmg phlegm+++ kat paru2 Kimie. Was diagnosed Acute Bronchitis with early Asthma. Alamak. Katanye kena nebulizer every 3-4hourly. Mmmm 


Nampak sihat sgt2. Lincah kemain anak kecik ni. Xmau duk diam pon.



Ye, cium2 dulu sebab utk berapa mlm akan datang dah xjumpa ayah. Tdo xnyenyak dia. Mungkin 'tuko tempat tdo'. Tambah lagi neb timing tu.



Gambar malam tadi.



Yeayy, semalam malam orang lain tukang served makan untuk makbonda ni hahaha (;>_<;) sebenarnye fikiran kat umah. Ntah ape diorg gaduhkan, ntah makannye potpet2... 



Lepas neb ngan ubat terus tido. Tangan xlepas kete halus tu.
Tdola sayang



Eceehhhh gambo pagi ni before bateri kong then hphone terus mati. Cehhh



Menanti Dr Ling.
Then lepas Dr Ling dtg examined budak hero me, ordered chest physio pagi ni.
Kesian me tengok lps chest physio dak Kimie kena suction hingus kahak semua. Menjerit2 hero ni. 



Lepas makan lunch...
Cepatla sihat anak.
Kesian ibu tengok.
Semoga membesar dengan sempurna...




 sudi clicks?? :D

05 February 2014

Pekasam goreng





السلام عليكم & Hi... 


#ww#
Pekasam goreng dengan cili & bawang by my mom (uwan) pon dah buat me makan bertambah.

Mmg x leh suh uwan goreng ape2.
Nak diettttt



Love u forever



 sudi clicks?? :D

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy