30 October 2017

Sunat



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم

Apa khabar semua? Bz sekarang dengan anak kecik hehehe. Alhamdulillah semua dah sihat kecuali bby kecik kena selesema semalam. Kesian dia hidung sumbat, ni abang2 bwk dr transit😅

28/09/2017

Hari Sabtu lepas saya & husband bwk bby ke Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam untuk di sunatkan. Baby Aisyah dah 48hari masa sunat tu. Ini 1st pengalaman bagi sy. 4 abang Aisyah semua dah selamat di sunatkan.. Alhamdulillah

Sampai2 je kat sana dah ramai org. Rupanye masing2 bwk bby girl utk disunatkan selain antenatal check up kat situ. Baby Aisyah dpt no 14. Kena dtg awal2 tau kalau nak sunat bby. Tapi kalau lambat menunggu tu boleh la ke restoran sebelah utk minum2 kopi dulu.



Mak & anak. Procedure lebih kurang 5 minit aje. Dr akan tunjuk kat mommy darah di kapas (syarat setitis darah). Baby Aisyah menjerit kejap aje. Terkejut dengan kapas sejuk antiseptic utk cuci sebelum procedure tu rasanye.



Lepas bayaran terus kami balik ke Puncak Alam. Oh ya bayaran hanya rm40 sahaja. Termasuk underpad bertukar 2x sebab Aisyah terkencing sblm procedure tu.

Info

Klinik Ajwa Seksyen 15
No 14 G, Blok 1,
Jalan Pahat G 15/G,
Dataran Otomobil,
Seksyen 15,
Shah Alam

No phone: 03-55112135

25 November 2016

Still setia MAB




السلام عليكم & Hi...

Saya masih mengamalkan (MAB) Maajun Anggun Bistari. Dah hampir 2 tahun saya bersama MAB. Alhamdulillah serasi, cumanye jerawat kat muka tu biasa la naik on & off time period.



Pil perancang saya ni. Hihihi.
Uols makan ape? Maksud saya as OCP (Oral Contraceptive Pill).
Nak pil.. Dah hampir 10 tahun saya mkn pil.
Nak cucuk2, tak berani.
Nak implano... Mmmm hahaha (awat nurse sorang ni takut sangat?)
Nak naturally.. Tak pandai. Wakakaka




Fungsi & problem inshaAllah dpt di selesaikan dengan MAB, dengan izin Allah swt..



Saya & adik makan MAB ni utk kesihatan. Arwah opah dulu sihat jek tubuh badan, opah dulu amalkan maajun. Buat sendiri lagi, cumanye xdek sape2 yg sempat belajar membuatnye.

Macam adik saya baru 5 bulan bersalinkan baby Muhammad. Alhamdulillah baby Muhammad full breastfeeding. Kata adik saya susu melimpah ruah. Dia mmg lepas bersalin terus makan MAB ni. Utk proses penyembuhan & pengeluaran susu. Saya pulak utk menjarakkan/control kehamilan. Hahaha ape2 pon Allah swt yg aturkan. Mane tau tetiba preggy kan...

September lepas, harga MAB bukan lagi rm18.. dah naik rm21/sebotol
Sekarang dah ade tablet MAB lulusan KKM, tahniah.. maju setapak lagi..


Ok, sampai sini dulu.
ByeBye.

08 June 2015

MAB





السلام عليكم & Hi... 


Sharing about Maajun Anggun Bistari again.. :) 
Kebaikkan sangat banyak, so saya ambil untuk ini :)

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) adalah produk berasaskan herba digunakan untuk family planning (merancang keluarga). Kelebihan MAB ialah produk muslim, suci lagi halal dan tiada sebarang unsur bahan kimia. Fungsi MAB bukan setakat untuk family planning malah untuk penjagaan kesihatan dalam luaran dan untuk kecantikan wanita secara semulajadi. Pengambilan MAB tiada kesan sampingan jangka panjang malah boleh diambil berterusan   hingga ke usia tua. Pengambilan MAB secara berterusan menjadikan anda lebih anggun dan awet muda dari usia sebenar.


1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan/family planning.


2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.



3. Mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.



4. Memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.



5. Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.



6. Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.



7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan jg mengembalikan darah haid yg terhenti selepas penyingkiran toksin atau darah-darah kotor.



8. Membuang/menyahkan darah-darah kotor dan toksin dalam badan.



9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari.



10. Mencantikkan kulit iaitu selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan.



11. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.



12. Merawat/memecah ketulan angin bagi yg mengalami masalah angin di dalam badan.



13. Melawaskan pembuangan air besar.



14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.



15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (segugut).



16. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.



17. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi.



18. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.



19. Merawat sakit-sakit sendi, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.



20. Mengempiskan perut dan menegangkan kembali otot-otos perut terutama bg ibu yg lepas bersalin.



21. Kelihatan awet muda bg wanita yang mengamalkan secara berterusan.




Source: http://majunanggunbistari.blogspot.com/







Sebotol harganye murah je.. RM18 sahaja (21 biji) 
Kalau berminat SMS/WhattApp ye 
010-334 5154





 sudi clicks?? :D

02 June 2015

Maajun





السلام عليكم & Hi... 


Uols makan maajun tak?
Kite baru start makan Maajun Anggun Bistari (MAB) ni lepas di syorkan oleh member. Asalnye terpandangkan kesan pengambilan Yasmin (OCP) yg kite amik sejak bertahun dulu diviralkan... Huhuhu takut pulak saya.. Terus terang saya ambil MAB ni selain utk kesihatan dalaman, jugak as OCP :)

Kalau dulu arwah opah ngan mak memang amalkan makan maajun (x ingat ape brand tapi bekas putih pelekat kuning) dulu2 sendiri yg kena gentel sebelum telan. Selalulah saya ni curi2 makan maajun, jangan terkejut ye sbb saya (time tu budak) suka rasa & bau maajun tu hahaha...



Botol yg comel senang simpan dlm handbag.



So, yummy!!!


Ok, itu dulu2.. Meh nak share sekali kat sini...


Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:


1. Kacip Fatimah 
- Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir



2. Serapat
- Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh



3. Senduduk
- Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama



4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin



5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating



6. Manjakani
- Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan lelehan mukus
- Membantu menstabilkan hormon
- Melancarkan darah dan memberi tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat
- Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut



7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.



Sumber : http://melur.com/myherba.asp




Sebotol harganye murah ye.. RM18 sahaja (21 biji)
Kalau berminat SMS/WhattApp kite ye
010-334 5154



 sudi clicks?? :D

21 April 2015

Kambing Bakar sedap & murah



Selalunye menu berkaitan kambing bakar mesti mahal kan... Tapi member2 husband suruh weols try kat satu warung ni...
Warung Kambing Bakar, Ayam Penyet Sahara di Meru, Klang. Dah 3x saya ke sini. Tapi kali pertama datang mmg xdek meja kosong, so kami balik rumah, kuciwa sangat. 

Lepas tu kali ke 2 & 3 alhamdulillah... Ade rezeki nak rase.. Kalau uols takut xdek meja, uols boleh col owner & order awal2. Macam me kan ramai..

Mmg best. Harga makan yg murah for me.


Me, uwan & anak2.
Org ramai tau kalau datang malam2..



Senarai harga.
Murah & mestila teruja. Mane nak dapat harga cenggini...



Portion utk sepinggan. Banyak gile.

Kedai ni dalam kawasan kampung. Landmark Jalan Kassim. Warung sebelah kiri kalau dari jalan utama. Maaf sangat2, alamat warung ni me kurang pasti. Ade no phone je.. 

012-9434 664

11 February 2015

Plantar Fasciitis & Heel Spur yg terAMAT sakit






السلام عليكم & Hi... 


Korang... Im sad ok. Sakit ya amat..
Ingatkan uric acid mokcik meninggi, rupanye sakit lain.

Alkisahnye hampir sebulan ni, dua2 tumit sakit, tambah lagi 2 minggu lepas saya terseliuh di buku lali belah kiri dekat Pasar Karat Stadium tu. Hukhukhuk



Lepas husband urut sakit sedikit kurang. Susahnye bila sembahyang terutamanye time sujud. Rasa nak nangis.. Di sebabkan dekat 2 mggu my left ankle still bengkak, sister suruh jumpa our MO.

Xray sudah.



Sekarang masih terasa sakit. Alhamdulillah takdak patah ke ape. Cuma small spur. Sakitnye nauzubillah.. Tu baru kecik. Yg teruk ntah la ape rasenye...



Dapat ubat dr centre. Pain killer, anti inflammation dengan cream. Ade membantu tapi x berapa kesannye.



Senaman heel spur ni dr Google ye. Harap2 boleh membantu.
InshaAllah..



Pagi tadi saya amik half day off. Sempat bawak uwan dengan Kimie ke kedai mamak lepas hantar abg Tomato ke kindergarden.
Kena settlekan before CNY then lepas tu audit for ISO. Mmg centre xkasi cuti. Frozen leave activated!



Baby tiba2 demam pulak pagi ni.. Harap2 tak lama demamnye.. Risau sgt..



Ok, saje gedik2 ni. Dah lama X rayau page pandora. Tak tahan godaan..



Ok, ini dinner kejap tadi.
Ikan Tahu masak kari
Sup udang dengan sawi
Sambal petai ikan bilis
Coral salad dengan cencaluk melaka.

Auwwwww..

Alhamdulillah.








 sudi clicks?? :D

25 January 2015

Fai&Ruz Kitchen, KD


Sunday/25.1.2015


السلام عليكم & Hi... 

Tadi pagi saya & hubby ke Kota Damansara (opposite updown KD) merayap kat car boot sales sana. Cuci2 mata. Sejak dua menjak kepala mata sgt tired. So pujuk husband nak jln2 kat situ.. Release tensi le konon. Anak2 & uwan xikot. My sis & bro bermalam kat umah. Jumpa cousins langsung xingat ape2 dah.

Then bila dah kat sana, saya ajak dia meniaga car boot sales every Sunday. Hahaha macam2 otak ni.

Singgah breakfast di Fai&Ruz Kitchen. Husband nak makan nasi ambeng. Terbaik mmg best. Lagi2 ikan masin halus goreng tu. Aduhai.. Sampai teringat2. Tapi husband lebih suka ayam kicap dia. 



Saya try ini. Soto. Cili kicap tu hot n sexy! Beshhh



Ni nasi ambeng tersebut. Torbaekkkk.. Mane nak cari makan nasi dlm talam kecik tu kat kedai makan.. 



Pencuci molot. Cucur / jemput2 bilis. Boleh cicah dengan sambal cili @ sambal kicap.



Empunye blog kecik. Nak jugak interfram. 
(❁´◡`❁)



Husband empunye blog.
Muka garang tapi hati cepat lembut (dgn ai only) ( ˘ ³˘)♥
Tapi beliau serius.
Tapi cakap pakai lepas. Melako ko apo.. Wakaka.. Jgn amik hati ye warga Melaka. Kite banyak dikelilingi orang2 daerah sana. Memahami sangat.. Hahaha



Ok.. Suasana dalam kedai. Sejuk mata memandang... Deco cantik. WIFI is ready.



Restoran pilihan TV3.
JJCM



Balik bawak susu. Hehehe ini power bank 2600mah je. Sebab cute ai beli. Price below rm10. Mau??? Meh kite beli kan..




 sudi clicks?? :D

15 January 2015

Dah renew Pasport uols?





السلام عليكم & Hi...

Ok just share info di blog kecik ini... Jabatan Imigresen dah review charge baru utk permohonan & renew passport uols... Ade % sampai rm100. 

Yg dua tahun tu dah di mansuhkan ye.. Terus jek utk 5 tahun gitu... Jom buat/renew jom..





Mokcik punye ade berbaki lagi 3 tahun.. Hehehehe

Berikut adalah senarai harga baru pasport antarabangsa Malaysia (untuk tempoh lima tahun):

1) Pemohon biasa (13 tahun - 59 tahun) - RM 200

2) Warga emas (60 tahun ke atas) - RM 100

3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 100

4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) - RM 100

5) Jemaah haji - RM 100

6) Orang kelainan upaya (OKU) - Percuma



Info berguna ni me c&p dari sini ye..





So, darling mari ke Bali lagi! 
(ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)



 sudi clicks?? :D

02 January 2015

Karipap KingKong




السلام عليكم

Salam Jumaat buat semua..


 sudi clicks?? :D





K A R I P A P   K I N G K O N G




Pernah try??

Sedap, percaya la..
Landmark: Jalan arah ke Puncak Alam, Batu Arang. Dekat dengan traffic light simpang 4 ke Jalan Paip tu.



Sebijik RM4.50.
Ada karipap kentang ayam & daging.
Diorg jual air teh bunga sekali. So klu korang beli 2 bijik karipap dengan air teh bunga, totalnya RM10.



Makan panas2, nyum nyum



Mata macam baru lepas nangis, tapi tak sebenarnye... Hahaha chinese look le konon2 nye tu, perasan betoi mokcik nih...


Sampai sini ye.

08 October 2014

8 October 2014





السلام عليكم & Hi... 

Masih di sini.. 
Tapi bukanlah perasaan biasa.
Allahuakbar..



InshaAllah kita dapat saksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekitar Maghrib nanti.. Fenomena ke 2 dlm tahun ni. Last April lepas, tapi xdapat di lihat dari langit Malaysia..

Info penuh di SINI.







 sudi clicks?? :D

03 October 2014

Puasa Sunat Wukuf / 9 Zulhijjah ~4.10.14




السلام عليكم uols.. Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari


Esok kelendar Islam ialah 9 Zulhijjah..

Ganjaran berpuasa Hari Arafah,

Ehsan: Google



Selamat berpuasa sunat untuk esok sempena wukuf di Arafah. Bagi mereka yg tidak mengerjakan Haji, adalah sunat untuk berpuasa esok...


Niat,

Ehsan: Google jugak


Kalau ikot arwah abah, ape2 bahasa pon boleh, janji Allah tu Maha Mengetahui.. So, masa kanak2 dulu mmg choose bahasa melayu.. :) "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah, 9 Zulhijjah kerana Allah Taala"






 sudi clicks?? :D

26 September 2014

AIDIL ADHA SALE 2014 / AIDIJUMA {cun nakkk}



السلام عليكم & Hi...



Petang Jumaat sehari sebelom AIDIL ADHA SALE 2014 esok (Sabtu, 27.9.2014)
Nak tempek gambo mokcik pakai Aidijuma Green Label beli tempoh hari.. Yg ini dwi-tone ya.. Xdek jual di CS. Hanye di Aidijuma Konvo Mobile Store. 



Yg ini pulak bukan AJ. Saje tukar angin. Ini adik beradik Pridah. Awning keras. Warna hitam cun.. Tapi hatiku tetap intai ke AJ.


Esok cepat2 le ke CS di tempat masing2 ya. Design sungguh comel.
Mokcik tolong uols C&P dari page Datin & tempek di blog kecik ni.



Dear everyone, Aidijuma Sale Aidil Adha @ 27 September 2014 @ RM 33 @ all Concept Store seluruh Malaysia & FB Aidijuma Online Store @ limit pembelian 2pcs/design. Thanks 
c&p page AJ



Aidijuma Brown Flower 



Aidijuma Pink Modern Flower



Aidijuma Rainbow Flower 



Aidijuma Purple Flower



Aidijuma Black Label Flower Curve Grey



Aidijuma Black Label Vintage Black Flower 



Aidijuma Black Label Peach Flower 



Aidijuma Black Label Mushroom Owl 



Aidijuma Black Label Green Flower  


Macam mane?? Hukhukhuk sampai 9 pattern kuar terus kali ni.. Berpeloh mokcik nak siap sedia esok....

Cepat2 grab.
Me minat yg Brown Flower, Peach Flower & Rainbow Flower tu...
InshaAllah..










 sudi clicks?? :D

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy