10 April 2017

Cerita saya.. Ape khabar uolsss..




...السلام عليكم & Hi...

Alhamdulillah... Berapa minggu (dah dekat 2-3bulan actually) kebelakangan ni, my Gmail Acc ade pencuri masuk, huhuhu. Sy mmg xleh log in langsung..
Siap si pencuri tukar no phone lagi. Tak boleh nak trace, no kuar *******62. Tak tau mcm mane boleh jadi mcm tu. Banyak step mommyHaza verify dengan pihak GMAIL, termasuklah story about my gmail activity. Akhirnye xsampai sejam semua settled. Alhamdulillah...



Saya maaf kan kamu si pencuri, ingat sebelum Tuhan cabut nyawa tu... Mmmm tau ke, si pencuri akan perasaan takut tu ntah la...
Mak sekarang baru jek lepas fasa Trimester 1.. Hilang dah, mual, pening, nak marah macam org xbetul.. etc. Alhamdulillah umur dah masuk 35thn ni di beri rezeki / peluang mengandung anak no 5 :D



Ade ke yg rindukan makcik ni.. T.T
Serius rindu blog.


29 June 2016

Celina Yong, hard to say good bye







السلام عليكم & Hi... 

Salam 24 Ramadhan buat semua..


Awal June lepas.. berpisah la saya dengan best friend/baking sifu si Celina Yong. Dapat better offer di Bangsar South. Huhuhu selama 7tahun ngadap muka dia.. Now maybe susah nak jumpa dah lepas ni T.T



Asal Alpha OT staff. + SR Norlaili. Time ni Sr xdapat join, dia ade meeting. Kami ber3 je pi Nando's for 1st farewell lunch. Good luck both of u. Yg tengah tu pon Chinese gak Jenny. Dia left Alpha earlier.  Dia full time housewife dah sekarang. Tinggallah saya di sini dgn SR. 



2nd farewell for Yong. Dr Ong (anaesthetist) belanja kami lunch di Bangkok House, Kota Damansara. Sedih sangat2... Korang je faham dengan mokcik ni.. Dah cakap awal2 kat husband, nnt bu benti dr Alpha, means bu akan jadi housewife. Tak larat dah nak keje.



Maaf ye.. Gambar makan pulak time pose2 ni, kikiki
Ini lunch kami time tu.



Yong & Dr Ong.
Paling sporting Dr ni.



3rd farewell celebration. Hamboihhh.. hahaha ni rezeki namenye. Rezeki makan. My ex-matron, Ms Gan belanja makan di Rimba & Rusa, Dataran Sunway. Sodap makan kat situ. matron tiap2 tahun melawat kami kat sini (Alpha). Tak pernah sekali pon dia miss. Ade hal tertentu dia xmau balik ke Alpha. So sad..



Western Lunch treat. Thanks Matron...



Till we meet again.


Love;
Your friend, Haza





28 October 2015

Buat mereka










Pagi ni dikejutkan berita seorang lagi makcik pergi menghadap Ilahi... Allhuakbar.. Semoga roh arwah mak anjang diletakkan dikalangan mereka yg beriman...

Al-Fatihah




 sudi clicks?? :D

16 January 2015

3 tahun sulam rindu





السلام عليكم

Kami redha... Sudah melepaskan dia pergi tenang.. Rindu lama dekat hati kami..
Rindu sangat...


Pergi la dik... Masih ade kenangan manis antara kita.. Kak Yang rindu.. Perit, sakit semua ada...








07 January 2015

Apa dosa anak itu




Saya tak suka ini. Saya marah.
Allahuakbar... Apa salah anak2 tu.
Saya tak percaya akan istilah 'tiada jalan lain' utk dapatkan rezeki lps di lihat keadaan fizikal ibu tersebut.

Ini cara kau bawa anak ke syurga?



Lokasi: Pasar Malam berhampiran Johawaki sana



Sedih.
100% mmg budak tu kena suap ubat tido @ kesan ubat ngantuk

Bodoh, tak fikir kesan pada tumbesaran anak, kesan pada buah pinggang. Aduhai...



Anak tu anugerah.
Saham kita ke syurga inshaAllah jika betul gaya didikannya..









 sudi clicks?? :D

03 December 2014

Sakit Hati jadi mari kita teruskan



السلام عليكم & Hi...



Sebelum tu marilah kite selfish selfie dulu depan cermin ajaib kat changing room ni.



Al kisahnye member kiteorg nak resign December ni. So, my roti sifu pi le purchase 4 keping voucher kat groupon. Ingatkan boleh la sambut bday dia sekali. Mane tau makin meningkat usia makin cerewet tahap gaban.



Nampak x redeem sampai 13hb ni jek. Haiihhh malas nak banyak citer, banyak reason dia, ╰(◣﹏◢)╯ so kami ber3 (me, sifu dengan sr) proceed ke Kenny Rogers dekat The Strand.



Kenny's Chicken & Garden Meal

Lupakan amarah.. Nanti berkedut muka tua jadinye, wakaka... Set lunch kami tadi. Pi after gynae case. Xpernah kuar lunch dari OT kalau uols nak tau (ai nurse yg baik, ok) 
╰(*´︶`*)╯♡ Lambat sikit masuk ke OT xpe kaannn.. Hahaha


Chicken Mushroom Soup

Mula2 nampak aneh sgt mushroom soup tu.. Kata sifu macam bubur melayu, mane taknye likat melekat kat sudu. Wakaka


Single Happiness

Last served. Dengan sebijik home made muffin. Tapi kami tapau. Full tank sudah, kikiki


Sampai sini dulu ye. 
Lagi 1 vorcher ai yg amik. Xnak sudahkan. Org dah x hingin, aku lagi x hadap! Ehhhh boleh gitu? Hilang sifat kelembutan & lemah gemalai ai.. Wakakka.. Just Gurau. May be dia sedih kan.. Kite mane tau. At least share la ngan kami ni ha...







 sudi clicks?? :D

10 November 2014

Al-Fatihah




Di kejutkan berita malam tadi @11.45 malam.
Mak sedara col kasi tau atok ude Mat dah meninggal di Hosp Selayang. Atuk Ude adalah adik arwah atuk saya..

Sedih sangat...


...Al-Fatihah...



19 October 2014

Burger Pink




السلام عليكم & Hi... 

19.10.2014 @ 10:20pm


Me & husband masih di Kedai Burger Bakar FoodCourt PrimaWalk, Puchong Prima.



Petang ni terasa diri ini si penjual beger bako yg amat seksi, lagi gugurl. Auwww my paper plate warna fink uolssss
Kikiki..

Lepas hantar kunci rumah kat new owner kul 3 tadi, kami terus ke mrDIY, Space U8. Niat di hati husband nak cari penyambung paip ke getah tu, dah terpatah pagi tadi. Husband jadi Hulk Hogan, konon. 
Tapi stress bini dia pi beli benda2 x paedah kaedahnya.. Wakakka i love DIY store (*´∇`*)



Sedih tau. Awal kat rumah husband dah pesan turun sekali masa penyerahan kunci. Tapi wife sangat sememey.. Sedih meninggalkan banyak wardrobe, kitchen cabinet bagai rumah yg kami diami selama ni.. Sedih amat..



Semoga ada rezeki kami di tempat baru nanti.. InshaAllah, doakan kami ya..





Sudi clicks?? :D

11 October 2014

Nikmat Hidup




السلام عليكم & Hi... 

Hati & perasaan




Setiap kejadian ade hikmahnye.
Alhamdulillah masalah yg amat berat utk saya, telah perlahan selesai.. Alhamdulillah.. Terima kasih atas doa kalian.

Bukanlah kekayaan dunia yg kami kejarkan.

Jauh sangat... Saya kenal suami sebagaimane suami mengenali saya. Amat kenal. Xberubah apa.

Mungkin terkeluar / tersasar sedikit dari paksi. Mungkin...



Semoga kita sama2 usaha untuk keluarga, anak2 sebetulnye. Semoga Allah beri kekuatan tidak beralih hati perasaan kita.. 
Jangan siakan.

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ



Semoga Allah lindungi kita semua..







 sudi clicks?? :D

07 October 2014

Tabahlah wahai hati





السلام عليكم & Hi... 




Gambar Eidul Adha di surau kg kelmarin.

 Senyumla.. walaupon hati perit sangat... Saya tau Allah sayangkan saya, saya tau...
Allah maha adil walaupon khilaf datang dr kami sendiri.. Allahuakbar..



Saat hati ku sedih.. Aku memilih utk diamkan diri...



 sudi clicks?? :D

21 August 2014

Hari Berkabung Malaysia | senarai mangsa




السلام عليكم & Hi...

Me share di sini. Copy paste dr page our PM



Senarai jenazah esok

Crew:
1) Mastura Mustafa (F)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (M)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (F)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (F)
5) Dora Shahila Kassim (F)
6) Lee Hui Pin (F)
7) Angeline Premila Rajandaran (F)
8) Chong Yee Pheng (F)
9) Azrina Yakob (F)

Passengers:
1) Foo Ming Lee (M)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (M)
3) Ng Qing Zheng (M)
4) Mabel Anthony Samy (F)
5) Paul Rajasingam / Sivagnanam (M)
6) Elisabeth Ng Lyeti (F)
7) Ariza Ghazalee (F)
8) Muhammad Afif Tambi (M)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (F)
10) Mohd Ali Md Salim (M)
11) Hasni Hardi Parlan (M)

Sedih sangat..

Al-Fatihah buat semua yg telah kembali kepadaNYA..




Sudi clicks?? :D

18 July 2014

Innalillah... MH17 terhempas



Dalam perjalanan dari Amsterdam-Kuala Lumpur
Suppose sampai KL pukul 6.10am.

Im shock! Terkejut.. Sedihnye.. Our MH17 di khuatiri di tembak jatuh oleh peluru berpandu darat di ruang udara Ukraine. 295 nyawa tu T.T





Al-Fatihah

06 June 2014

Terhina






Sekadar renungan di petang Jumaat..

Kekadang terlalai...
Kekadang xterfikir perasan mereka yg teraniaya...
Kesian sangat...

Xpe Allah s.w.t kan ada...

28 May 2014

Al-Fatihah- Kemangkatan Sultan Perak





السلام عليكم 

28.5.2014 bersamaan 28 Rejab 1435

Kemangkatan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Shah 




Semoga roh dicucuri rahmat...
:(




Secara peribadi, saya sangat kagum dengan Sultan berjiwa rakyat ini.. Saya anak jati Perak..
:( 

Masa kecik dulu selalu rebut dengan adik beradik Sultan paling hensem...


17 May 2014

Kunang2 Syurga






Al-Fatihah
16.5.2014
Mohammad Adam Hayqal (4mon)

Gambar me snap mid April lepas... Bertemu dengan mereka (ayah Baby ni, adik angkat me masa di sekolah menengah) di majlis akikah anak cousin husband di Cenderiang. Baby Adam anak sulung Wan & Anis... :`(

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.. Tenangla di sana sayang...

Al-Fatihah buat anakanda kecil itu.. Sedihnye... Harap parent bertabah, banyakkan berdoa memujuk hati kepadaNYA. Me tau sukarnye terima hakikat kehilangan insan tersayang... Wordlesss.. 


Ps: Baby dipercayai tersedak susu T.T


24 March 2014

#MH370 berakhir di Lautan Hindi







Al-Fatihah buat keluarga penumpang & kakitangan #MH370. Berderau, sedih sangat2, kelu lidah...

PM baru jek umumkan yg #MH370 'has ended' kawasan paling terpencil di dunia, Lautan Hindi (Southern Indian Ocean) :(




KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK'S ON MH370


Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.
ENDS
Alfatihah



19 February 2014

Kisah Ayah




السلام عليكم & Hi... 

Sharing dari FB

Syukur la pada mereka yg masih ade ayah. Me hanye ade ayah mertua...



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat..

Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


....Rindu kat arwah abah....



 sudi clicks?? :D

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy