اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم
Apa khabar semua? Bz sekarang dengan anak kecik hehehe. Alhamdulillah semua dah sihat kecuali bby kecik kena selesema semalam. Kesian dia hidung sumbat, ni abang2 bwk dr transit😅
28/09/2017
Hari Sabtu lepas saya & husband bwk bby ke Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam untuk di sunatkan. Baby Aisyah dah 48hari masa sunat tu. Ini 1st pengalaman bagi sy. 4 abang Aisyah semua dah selamat di sunatkan.. Alhamdulillah
Sampai2 je kat sana dah ramai org. Rupanye masing2 bwk bby girl utk disunatkan selain antenatal check up kat situ. Baby Aisyah dpt no 14. Kena dtg awal2 tau kalau nak sunat bby. Tapi kalau lambat menunggu tu boleh la ke restoran sebelah utk minum2 kopi dulu.
Mak & anak. Procedure lebih kurang 5 minit aje. Dr akan tunjuk kat mommy darah di kapas (syarat setitis darah). Baby Aisyah menjerit kejap aje. Terkejut dengan kapas sejuk antiseptic utk cuci sebelum procedure tu rasanye.
Lepas bayaran terus kami balik ke Puncak Alam. Oh ya bayaran hanya rm40 sahaja. Termasuk underpad bertukar 2x sebab Aisyah terkencing sblm procedure tu.
Info
Klinik Ajwa Seksyen 15
No 14 G, Blok 1,
Jalan Pahat G 15/G,
Dataran Otomobil,
Seksyen 15,
Shah Alam
No phone: 03-55112135