10 June 2011

Alhamdulillah rezeki di bulan June :)

السلام عليكم




Alhamdulillah saya terpilih sebagai pemenang kategori Gambar Terbaik.. :) Thank to ...Pasal Aku... Pasal Noi.. Aku Noi.....


Terima kasih byk2 yeki Noi...


Ini gambar yg saya pertaruhkan.. hehehe





awak click sini, sy click anda di sana :)

09 June 2011

Ade ape dengan June | Happy B'day


السلام عليكم

Hehehe June ni birthday my 2nd son Arman, my late father & me as well... Hehehe..

So kelmarin Nuffnang ade hantar email pi amik hadiah.. Hadiah?? hehehe 4keping tiket TGV tu la... Tapi ntah le, bila nak pi amik.. Last year pun x terambik, this year x tau lagi... xretila jalan ke sana...

Ok sesaje jek nak citer2.. Orang lain x heran pun kot kan.. :p


awak click sini, sy click anda di sana :)

Sedap | kami gelar ini tepek @ lempeng pisang

السلام عليكم

Last week kami balik kg, bermalam sehari di rumah MIL. Saya bawak mak sekali :)
FIL, 2 minggu lepas ade kasi saya 2 sikat pisang.. hehehe rasanye name pisang tu restali kot.. Lepas 2minggu jek baru pisang tu nak masak.. hishishis lama nunggu..

Semalam my mum buat tepek pisang ni, atau orang2 di sini sebut lempeng pisang.. Sedap nyummy... Sebesar yg my mum buat tu, saya pernah nampak org jual RM1.. mahal jugak. Actually buatnye senang & murah modalnye. Hehehe....




Ok le.. uols breakfast ape? Saya makan bihun goreng ngan ayam masak merah pagi ni.. :)



awak click sini, sy click anda di sana :)

07 June 2011

B/fast saya | capati

السلام عليكم

Uols breakfast ape hari ni? Saya makan capati 1 keping ajek... hehehe sedap pulak.. Boleh diet ke klu makan capati ni..?

Hehehe klu uols perasan, (dlm gambar, atas belah kanan = hijau + brown) macaroon saya masih berBalance 2 bijik.. xboleh nak makan le.. x berminat.. :)




Ok.. sekarang mau makan lunch pulak... Jemput sumer.. :)


awak click sini, sy click anda di sana :)

Kelinci | Arnab | Rabbit

السلام عليكم

Hari ni tensi sebab nak mengUpload gambar punye payah...

Ok, hari ni mummyHaza nak kasi tgk gambar arnab adik ipar saya.. Dia buat bisness.. Jangan tanye saya ape nama / jenis / baka arnab2 ini.. Klu minat, boleh tinggalkan comment atau senang add jek adik ipar saya (Azhar Bakeri) kat SINI yek.. :)







Banyak2 rabbit, saya suka yg ini jugak... Ntah mane pi bijik mata dia.. :p







Last but not lease, ni wife dia ( a.k.a biras saya ) si Asmida dengan rabbit dia.. Saya ade minat satu rabbit tu, saya gelar 'peter rabbit' sebab berbulu oren. Sukerr...
Ingat nak pelihara tapi husband kata sure dia yg kena jaga sumer makan minum, sikat bulu, trim bulu.. hehehe.. ok...



awak click sini, sy click anda di sana :)

06 June 2011

Ade ape dengan soya | me suka ini!!


السلام عليكم

Saya suka soya... Tapi bukan yg dah add macam2 perasa tu.. Tekak xleh nak telan :) Suka yang plain jek.. Traditional tu...

Ok, since hari tu termakan soya + rice ball kat Sunway Giza, saya terus jek buat sendiri lepas tu bila tiap kali terasa nak makan.. Sedap, senang & paling penting murah :)

Bahan2 sangat mudah.. Soya sekotak, rice ball (beli kat Giant ade, mcm2 perisa.. Saya suka inti coklat @ red bean.. nyum2) Rice ball tu uols boil la dulu dalam air sampai masak.. Then ambil rice ball tu campur jek ke dalam soya, air x payah tau.. Soya tu uols boleh panaskan before serve.. Nyum2..


Alamak, lupa nak tegakkan gambar soya ni.. hehehe


Kali Yg ini saya beli red bean..


Nyum2.. Cuba2 cepat.. Soya membantu meningkatkan susu badan jugak kan.. :)


awak click sini, sy click anda di sana :)

05 June 2011

Rindu abang Irfan


السلام عليكم

Saya dah sampai ke rumah.. Alhamdulillah.. Sempat berzuhur kat rumah :) Balik awal sebab singgah rumah mak mertua adik saya, Emy. adik ipar Emy kawen.. Selamat Pengantin Baru yek..

Abang irfan masih b'mood kat kampung.. Cousin dia sumer balik ke kg.. So, dia xmau balik sini.. Katanye next week b4 start sekolah dia akan balik.. Haii anak ibu sorang ni...


Stop sampai sini dulu, saya sedang menunggu washing machine complete membasuh sebab byk kain baju dr kg yg kiteorg guna belum bercuci..

Daaa...


awak click sini, sy click anda di sana :)

Info edah | Autopublish

السلام عليكم

Hari ni saya nak kongsi info tentang edah... Ini edah wanita yg kematian suaminya... Lama dah kan saya x share info dlm blog ni.. Sharing is caring.. :)

ps: saya still ade di kampung.. Hari ni insyaAllah saya pulang ke Shah Alam.. Home Sweet Home..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Soal 1: Apakah perkara perkara yg dilarang dilakukan oleh seorang wanita yg masih dlm edah (4 bulan 10 hari) kematian suami?
Jawab: Yang dilarang ialah: 1. Berkahwin 2. Keluar rumah 3. Berhias (Tidak berkabung)

Soal 2: Jika dilakukan perkara yg dilarang semasa edah, apakah kesannya kepada roh suami?
Jawab: Jika isteri melakukan perkara yang dilarang semasa iddah, roh suami tidak menerima kesan apa-apa. Si isteri yang melakukan larangan syarak, maka dia sendirilah yang akan menanggung dosanya. Orang lain tidak terbabit dengan penanggungan dosa berkenaan.

Ini bermakna, si suami di dalam kubur akan mendapat nikmat kubur jika dia seorang yang mukmin soleh, sekalipun si isteri melakukan larangan semasa iddah. Dan, sebaliknya si suami akan mendapat siksa kubur jika dia gagal menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Munkar dan Nakir. Siksaan ini bukanlah disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh si isterinya di dunia kerana melakukan perkara yang dilarang ketika iddah, tetapi kerana dosa yang dia sendiri lakukan ketika hidup di dunia.

Namun si suami akan menanggung dosa jika dia semasa di dunia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami terhadap ilmu-ilmu fardu ain isterinya. Pengabaiannya ini menyebabkan si isteri tidak kenal dosa dan pahala, halal dan haram. Suami menanggung dosa ini adalah kerana pengabaian tanggungjawabnya, bukan kerana maksiat yang dilakukan oleh isteri. Perlu diingatkan bahawa di dalam Islam tidak ada konsep menanggung dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Jika kawan serumah anda meminum arak, maka dia sendirilah yang menanggung dosanya. Anda tidak akan dibebankan sama dengan dosa kawan anda itu. Tetapi, anda akan dikira berdosa seandainya anda tidak menasihatinya. Dosa ini adalah dosa pengabaian tangunggjawab terhadap amar makruf nahi munkar, bukan dosa meminum arak oleh kawan anda.

Soal 3: Bolehkah wanita yg di dalam edah meninggalkan rumahnya untuk tujuan seperti bekerja, ziarah ibu, dsb...?
Jawab: Sila lihat di sini… Dan sudah menjadi kelaziman wanita hari ini keluar bekerja. Ia sudah menjadi perkara yang perlu dengan keadaan ekonomi yang semakin mencengkam. Dahulu si isteri terpaksa membantu suami memperbaikki keadaan ekonomi keluarga. Kerana jika tidak, anak-anak tidak bersekolah, bil itu dan ini yang menjadi keperluan asasi tidak dapat dilunasi. Pekerjaan zaman ini bukanlah boleh keluar masuk sesuka hati. Kalau terniat mahu pergi kerja, kitapun pergi. Kalau terasa malas, maka kitapun ponteng. Terlintas nak cuti, cutilah kita. Pekerjaan sekarang ada peraturannya yang ketat. Ada tatacara yang membelenggu. Kalau seorang guru wanita itu kematian suami, mungkin dia akan diberi cuti beberapa hari. Dan apakah dia boleh meneruskan cutinya untuk duduk di rumah selama 4 bulan 10 hari? Sudah tentu tidak boleh. Oleh itu wajarlah guru wanita ini keluar rumah untuk pergi bekerja, tetapi dengan syarat dia menjaga ketat peraturan-peraturan lain semasa menjalani iddah.

Menurut Dr Yusof al-Qardhawi:
"Namun bukanlah bererti dia (perempuan yg sedang iddah kematian suami) tidak boleh keluar rumah langsung. Jika ada keperluan, dia dibenarkan keluar rumah. Keperluan tersebut seperti berubat atau membeli keperluan yang tidak ada orang lain yang membelikannya, atau pergi ke tempat kerja sesuai dengan profesionnya seperti guru, doktor, jururawat, atau sebagainya.."

Lain-lain perkara, keluar rumah dengan tidak ada keuzuran adalah haram samasekali.

Soal 4: Apakah perkara perkara yg sebaik baiknya dilakukan oleh wanita yg masih dalam edah kematian suami?
Jawab: Perkara terbaik (yang paling minimum) yang perlu dilakukan oleh wanita yang sedang beriddah ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak ketika iddah.

Wallahu a’lam
------------------
Rujukan
Mughni al-Muhtaj – al-Khatib al-Syarbini
Fathul Wahhab – Syeikh Zakaria al-Ansari
Al-Iqna’ – Al-Khatib al-Syarbini
Fatawa Mu'ashirah vol. 1 - Dr Yusof al-Qardhawi


Sekian... Selamat beramal... :)



awak click sini, sy click anda di sana :)

04 June 2011

Happy Holiday | Autopublish

السلام عليكم

Kami kat kampung... Selamat bercuti semperna Birthday Agung yek..
Banyak keje nak buat sebenarnye.. Nnt la dah siap projek mummyHaza mengecat kerusi rotan warna putih, saya publish kat entry yek.. :) Buat masa sekarang kerusi rotan saya still warna coklat..

Jom layan mata tengok Rattan Seat English Style mereka2 ini.. Pic dari google yek :)






Cantik kan,,? Bila la gamaknye my dream come true, blueewwkkk hahahaha




awak click sini, sy click anda di sana :)

03 June 2011

Giler sama | happy nengok

السلام عليكم

Good morning uols.. Hehehe sekarang mummyHaza dah sesangat giler kentang, terlalu obsess dengan baju anak2.. Mate nak tengok diorang berbaju sama jek.. Hehehe macam kembar lain saiz.RO Poring Emoticon Jom tengok gambar yg sempat saya upload pagi ni Cute Rabbit Emoticon


Kami sefamily

Hehehe ini abang Irfan ngan Abang Arman.. Merah...Kao Smiley

Diorang jugak Kao Brown Emoticon

3 twin lain saiz Monkey Girl Emoticon


hehehehe lain kali saya upload lagi gambar diorang berbaju sama yek

Girl Monkey Emoticon


ps: Lain ibu lain cara gayanye.. Uols suka x baju sama2 cam ni?? me jugak guna sistem baju abg di waris2 ke adik2... Cute Cat Emoticon



awak click sini, sy click anda di sana :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy