05 May 2010

~Jaundis~



 ♥Salam mommies εïз.. 
Baby saya dah 1 bulan semalam... ;)

Hari ini saya ke DEMC untuk post natal appt wif Dr Mazita, my baby tomato saya pula follow up ngan Dr Roliza for immunization ..Kami di bawa oleh Mr Hubby. Alhamdulillah Dr Mazita check my uterus's size back to normal.. She advised me continue wif fully breast feeding.Katanye saya dah boleh start BP sekarang untuk bekalan bby semasa sy start keje nanti.. Byk sangat tip yang di beri oleh beliau, saya happy sangat.. sekurang2nye ade jugak orang support selain hubby saya.. Ok part saya dah settle.. Follow up PRN jer.. hehehe Oh ye.. b4 that Ms Misi2 tlh mengambil wt anak saya 4.2kg..Hehehe cayok2 BF..

Kami ke bilik Pediatrician Dr Roliza pulak.. Ape yang saya jangka betul belaka, Dr Roliza kata anak saya ade jaundis. Alamak... nampaknye rawatan jaundis baby tomato saya sebelum ni x berkesan..She took my tomato's blood for LFT, Renal profile n bilirubin count.. Sian sangat bby tomato menjerit sekuat hati sampai terberak di cucuk oleh Dr, she said will call us immediately once result ready (if worse) otherwise follow up  after 1 wk.. Alahai baby ibu, poor boy.. So, Dr Roliza kata ini adalah Breast Milk Jaundice dimana saya harus b'henti sebentar dlm pengambilan jamu pantang... huwaaaaa... TAPI for my baby.. ape saje ibu akan lakukan.. saya berdoa agar blood result baby tomato saya normal..

Ibu2... Di sini saya ade skt info about jaundice..

Apa itu jaundis?

Adalah warna kekuningan yang kelihatan pd kulit yang di sebabkn peningkatan kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.  


Apa itu bilirubin?


Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.




Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?


Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:


  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak merbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.


Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?


Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :


  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami G6PD defisiensi.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.



Apakah yang doktor akan lakukan?


Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.




Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?


Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:


  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).


Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.



Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

  1. Rawatan foto
  2. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

    ( pic dr google)



  3. Pertukaran darah.



Pencegahan jaundis


Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Haa info ni dr myHealthPortal ye..

 Okla.. Bertemu kembali nanti yer.. Saya nak beri baby tomato BF..



hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy