17 October 2012

Hukum Hakam bermain KUTU pada pandangan Islam




السلام عليكم & Hi...






Korang ade pernah main kutu? xkira lah kutu duit ke, emas ke, barang letrik ke, etc.. Hehehe me pernah main. Kutu emas pernah, kutu duit lagi lah pernah.

Mase keje kat Assunta dulu kan me main kutu emas ~ gelang. Gelang tu me hadiahkan kat arwah adik me.. :)



Kekadang ade jugak terdengar hukum hakam  main kutu nih. Huihhh mane nak tau ianye salah di sisi agama ke kan.. Takut oooiihhh.Tapi bila me baca satu info ini, terus lega.. Meh me nak share tentang hukum dalam Islam tentang hal ini. Me copy & paste dari satu blog ini.. Ustazah Azimah.. Mohon share info ya Ustazah.. Terima kasih...


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Berdoalah kita semua agar hidup kita, kesihtan kita rezeki kita akan bertambah dan tercapailah hajat kita pada tahun ini InsyaAllah.
Suka ustazah pada kali ini  berkongsi tajuk “HUKUM MAIN KUTU”
Pengertian main kutu ialah sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.
Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…
Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.
Benarkah  melakukan cabutan pada setiap bulan kerana ini mengandungi unsur2 judi atau menjadikan ianya sebagai cabutan bertuah??.
Kita lihat jawapan dari ustaz Zaharudin.net
Pendapat Ustaz Zaharudin :-
Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.
Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.
Kesimpulannya:-
Sebaiknya semasa mula2 mencari ahli untuk aktiviti main kutu ini, kita tetapkan terus pada bulan berapakah ahli hendak menerima giliran mereka berdasarkan keperluan mereka masing2 dAan juga jumlah wang. Ini juga berlaku kepada ustazah dan rakan2  lain di sekolah yang mana ‘kepala kutu’ akan merekodkan siap2 bulan, jumlah dan nama penerima wang kutu itu.
Alhamdulilah, cuba bayangkan jika kita pinjam dgn bank pun ada interest jugakan walaupun pembiyaan islam tetap juga ada upahnya. jika main kutu bersih sebersih2nya dari semua itu.
Wassalam
-ustazah azimah-



Lega x??


Semoga mendapat manfaat dari Info ini.. Sekian, terima kasih... :)



 sudi clicks?? :D

Related Posts by Categories



1 comment:

  1. Tu kutu duit rasanya yg uzar ulas. Emas rasanya dh lain sikit
    Soalan

    Minta pandangan ustaz pada skim kutu emas seperti di bawah:

    10 orang main kutu, selama setahun, setiap bulan setiap seorang dikenakan RM 1k sebagai tabungan/bayaran pendahuluan/ bantuan pendahuluan kepada peserta lain. Maka setiap bulan akan terkumpul Rm 10 ribu. Orang yang mendapat cabutan pertama akan mendapat barang kemas dari emas telebih dahulu, walaupun wang yang dikeluarkanya baru RM 1 ribu, baki Rm 9 ribu akan dibayar pada setiap bulan dalam tempoh 9 bulan berikut. Setiap bulan bila terkumpul Rm 10 ribu akan dibeli barang kemas emas untuk diberikan kepada peserta yg mendapat giliran yg berikutnya sehingalah bulan terakhir dibeli emas yang sama untuk diberikan kepada peserta terakhir. Jual beli ikut proses biasa, tidak bertangguh. Persoalannya peserta pertama sehingga kesembilan dapat beli emas bukan dengan duit mereka yang terkumpul tetapi duit pungutan dari 9 peserta yang lain. Hanya orang yg kesepuluh baru duitnya yang terkumpul selama 10 bulan. Adakah ini dibenarkan?

    Jawapan:

    Bermain kutu ada amalan sebahagian masyarakat Islam khasnya wanita di Timur Tengah (dipanggil “Jumu’iyyah) , Afrika (di Nigeria ia dipanggil “adashi”dan Malaysia khasnya di Pantai Timur. Adapun apabila dilakukan secara amalan uruf masyarakat melalui pakatan atau persetujuan, tidak melibatkan cabutan bertuah, tidak melibatkan riba, bukan secara komersial, hukum perbincangan hukum asal adalah seperti berikut:

    Isu Shariah ialah mensyaratkan hutang dibalas dengan hutang iaitu “aqridni uqriduka”, yang bererti: “Bagi hutang kepada saya, saya akan bagi hutang pada kamu”. Kebanyak Fuqaha tidak membenarkan hutang bersyarat sebegini kerana ada unsur mengambil manfaat dari hutang.

    Namun, perlu kita fahami bahawa manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat yang dikhususkan kepada pemberi hutang (lender). Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Contohnya: “Pinjamkan saya duit RM 1k, dan tuan kena belanja saya makan”. Contoh riba ialah: “Pinjamkan saya 1k, saya akan bagi diskaun harga barang jualan saya”. Dalam kontek kutu, semua ahli akan memperolehi manfaat dan tidak disyaratkan siapa yang dapat dahulu atau hutang diberikan kepada individu tertentu.

    Mazhab Maliki pula membenarkan mewaqafkan duit secara bertempoh melalui dana waqaf yang menyediakan khidmat pinjaman hutang kepada ahli/sesiapa yang memerlukan. Dalam konteks kutu, seolah olah duit simpanan bulanan dikumpul kemudian diberi pinjam kepada ahli secara bergilir. Ia tidak melibatkan dua pihak peminjam dan pemiutang, tetapi satu kumpulan peserta yang bertujuan untuk bekerja sama mengeluarkan duit pendahuluan bagi membantu anggota lain mendapatkan dana.

    Berdasarkan pandangan Mazhab Maliki yang membenarkan berhutang dari waqaf, dan konsep kerjasama, persepakatan dan persetujuan di antara ahli peserta kutu, (bukannya hubungan antara dua pihak), tanpa melibatkan bayaran riba, saya berpandangan bahawa ia boleh dipertimbangkan.

    Adapun apabila dikaitkan dengan pakej emas, atau bertujuan untuk membeli emas, ia akan menimbulkan masalah dari segi Shariah.

    Ini kerana:

    1. Masalah bagi pinjaman dan meminjam bukan lagi di atas keperluan biasa, tetapi disyaratkan dengan pembelian emas. Ini akan menimbulkan isu Shariah “gabungan bay’ wa salaf, (jual beli dan beri pinjaman). Lebih lebih lagi jika penganjur program kutu/penjual emas juga ahli dalam kumpulan kutu tersebut.

    2. Tujuan program ialah untuk membeli emas, dan setiap peserta akan memperolehi emas, maka di sini ada shubhah melibatkan jual beli emas secara bertangguh, samada pada bayaran atau serahan emas.

    3.Harga emas berubah-ubah sepanjang tahun. Akan berlaku ketidak adilan kepada peserta munkin ada yang dapat emas lebih dgn nilai RM 10k, ada yang dapat kurang. Ia melibatkan unsur perjudian.

    Dengan itu, saya lebih cenderung kepada tidak mengharuskan program “kutu emas”.

    Wallahua’lam

    ReplyDelete

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy