08 May 2015

Triffle Pudding



Salam Jumaat buat semua..

Hari ni anak2 bwk bento triffle puding yg saya buat malam tadi. Pagi ni sempat goreng mee je..




Nak share lagi resepi triffle kat sini..



Bahan2:

1. Swill roll cake (me suka pandan)
2. Crystal jelly 1 kotak~Nona me guna perasa strawberry mlm tadi.
3. Susu cair 1 tin~ carnation + air sukat 1 tin tu jugak
4. Gula sesenduk kecik
5. Buah dlm tin @ fresh pon boleh
6. 3 sudu besar tepong castard

Cara:

1. Potong swiss roll, susun dlm bekas yg anda mahu. Padat kan sikit kek tu supaya bila adunan castard nnt tak meleleh sampai ke bawah. Nnt x cun :)

(Kalau nak kasi kek tu lembap, renjiskan air dari dlm tin buah tu)

2. Dalam bekas lain (me guna periuk masak terus) camporkan 3 sudu tepong castard dengan susu cair. Masukkan satu lagi sukatan air guna tin susu tadi. Sessnduk kecil gula jgn lupa.. Kacau sebati campuran tadi, bila dah sebati terus je letak atas dapor dgn api sederhana. 

3. Kacau kerap sampai adunan jadi likat. Bila dah mengelembung keluar buih tutup api. Tuang adunan castard dlm bekas swiss roll tadi. Then taborkan buah tin @ fresh.

4. Utk jelly, masuk serbuk crystal jelly tdi dengan 400mls air. Kacau sampai sebati atas api sederhana. Tutup api, tunggu dah agak2 sejuk baru tuang ke atas adunan tadi. Jgn time panas pi tuang, nnt adunan castard merekah/terbelah. Sejukkan dlm peti ais.



5. Dah boleh serve sejuk2. Yummy!


Related Posts by Categories



1 comment:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy