27 December 2018

#dietMakanNasi


Uols.. ape azam korang utk tahun depan? Saya nak kurus🤣 Tiap tahun pasang azam tu, haihhh mcm x tercapai ajek.

Skrg saya amalkan diet #sukusukuseparuh.
Berat badan saya xtbang lagi.
Start diet lepas tumit lutut saya sakit, macam org2 yg dah berumur rasenye. Lagi2 time naik tangga.

Saya masih bf baby Aisyah. Tu arr.. nak diet pon rase susah (nak minum lemon juice konon2) Tapi effect cery bery kat dia sekali. Saya dah try😬 Dia xmau susu formula. Alhamdulillah dia dah setahun 4 bulan.

Nak share kat blog ni. Gambar makanan mcm biasa. Dari zaman keje @ zaman xkeje ni mmg saya la tukang masak. Alhamdulillah husband & anak2 lebih suka saya masak.





































Masakan yg mmg simple2. Kadang2 sendiri rasa malas nak masak. Penat pon ada. Idea nak masak pulak selalu ajek xdek. Hahaha

Sampai sini dulu..


02 December 2016

December sudah ~ misi tak tercapai




السلام عليكم & Salam Jumaat buat semua...


Hello December!

...Ya Allah.. Kuruskan lah hambamu ini...
Aduhhhh berat naik cepat mcm MRT, turun kilo mcm siput sedut, haihhh
Target 2016 x tercapai.. huhuhu

Ok baru beberapa hari start balik diet. Me & husband. Selain ke Gym buat workout.
Tapi turun dia mcm susah nye. Tak pe la.. Pelan2 ye.
Maklumlah bulan dobelas banyak org kawen, perut berlagu riang mintak nasik minyak, acaner nak diet. Hahaha.. 



Sanggup tu klu gi kedai mintak kambing bako semata. Nasik xpayah. Hewhewhew



Masak adalah aktiviti tetap di rumah walaupon mak diet.
Simple jek macam ni, si Kimie suka beno dengan lala sekarang. Bertambah makannye.



Dah hampir seminggu saya buat bento sarapan utk husband>
Tapi xjugak buat utk diri sendiri. Selalu je ngelat.



Hahha, hari tu gas habis. Roger husband balik keje tolong beli utk dinner..
Taddddaaaaa
Sushi.



Akak sekarang.
Jauh lagi perjalanan nak kurus macam model, hahahah



23 November 2016

Deep Heat Lotion




السلام عليكم & Hi...

Uols dah tea ke? 



Jom ikot ibu Kimie pi exercise.
Lari2 atas mesin, jommmmm



Tapi sebelum tu wajib sapu deep heat lotion ni baru ibu Kimie start exercise.
INSPIRERICH fragrance Lancome 
Terima kasih kat kak Nieza sebab kenalkan lotion ni. D

Panassss uolssss TAPI best & semestinye saya nak yg ade hasil. Bagi saya banyak peluh kuar tu baru power kan. Kalau sapu kat lutut/sendi2 mmg selesa sangat. Tak berminyak, xmelekit, yang penting takdek org tanye ko sakit perut ke? Sbbnye dulu saya pakai heat lotion bau ginger.. Bau ginger kuat sikit la. Hehehe InspireRICH ni pulak mcm aroma (international fragrance) ade. Jadore, Lancome, Chanel, Bulgary, Escada, Gucci etc. Utk men pon ade. Husband saya guna Desire Blue. 
~Worry No More~

Di jamin halal ye, saya bawak sembahyang. Dalam mase yg sama boleh bantu pecahkan lemak2 tu.

Berminat meh bisik2.
1 tube 65ml
RM25 (exc pos)


Fungsi Deep Heat Lotion best ni.



Boleh sapu kat dagu jugekssss

Ok sampai sini dulu ye. Klu berminat mari lah WA 014-6281305





me vs G.Y.M




السلام عليكم & Hi...


Salam Rabu buat semua...


Semalam saya MC. Sakit perut u. Ceri beri, nauseated. Malam kelmarin teringin makan ayam tandoori. Sebelum tu lunch dengan ayam goreng & sayur.. Tak tau ape yg tersalah telan.. Huhuhu terus cramp perut & start ceri beri semua tu. Ehhh??? saya dah start diet balik leee, sebab tersedar yg diri makin membulat, mihmihmih. Ok serius!

Weekend lepas saya follow husband sign up kat gym depan shop-lot sana, nasib baik husband nak belanja (tolong bayo fess & monthly) hahaha kalau idak takdek la saya nak masuk gym. Ok saya akan berada di sini senantiasa, mcm rumah ke2 konon, ewahhh



Dah 3 malam ni saya ade kat situ dlm sejam lebih sikit.
Xleh lelama. Banyak koje mak kat umah. Beading tudung sikit2 tu.



Husband
Tujuan dia masuk sini asalnye nak buang roti sebuku di perut beliau. Hahaha tapi ade sedikit hati mau 6-pack! Gitteww



Lari bang...



Bulat kannnnn... Huwaaaa lari nangis tepi bucu dapor gas, sobsobsob
Nasib baik saya tinggi 163cm klu idak sah2 bolat menonjol.



Dapat mcm ni je pon alhamdulillah.
Ni gambo Raya AidilAdha lepas.
Aduhhh tersilap makan terlebih banyak ni.



29 May 2015

Green Tea



Salam Jumaat buat semua...

Sejak dua menjak ni, saya makin banyak makan.. Niat nak kurus. Walaupon tiap kali makan xberapa banyak kuantitinya, tapi rasanye banyak makanan saya bukanlah Clean Diet. Alahai bersalah kat badan sangat menebal.. Member suggest amik teh hijau. Jadikan amalan tiap pagi, minum tengah suam2 tu. Tambahnye lagi perahkan sikit jus lemon & jangan guna gula biasa kalau nak manis. Guna alternatif lain, Stevia ke macam tu..

Maka start Isnin lepas bermula la Teh Hijau sebagai minuman pagi saya. Nak tak nak telankan aje. Hihihi




Nak share dalam blog ni khasiat Teh Hijau... Antaranya:

Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori ~Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Pencegah kanser ~ Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan hayat ~ Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan berat badan~ Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolestrol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Mencegah penyakit gigi ~ Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu cegah gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Mencegah keracunan makanan ~ Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Menurunkan tekanan darah~  Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Banyakkan khasiat teh hijau.. Tapi jangan minum berlebihan sbb green tea ni ade ciri2 caffein jugak. Kang xleh tdo pulak..


Info : SINI, tq :)




Kadang2 xsempat minum pagi, me amik lepas lunch.



Sarapan pagi, terkulat2 telan teh hijau.. Huhuhu
"kuat"




Makan kat luar pon cari teh hijau, tapi versi ais :D huhuhu




Bukan selalu tea bag ni berkhidmat dgn baik, mesti ade terpecah sesekali, hahaha


11 June 2014

Start Back - Atkins Diet




Ehh tetiba blog x update..
Bz me.


Mokcik dah makin comeyyy
Huhuhu

Dah 3 hari start induction balik. Sadis...


Atkins diet. Ya ya start balik dgn diet ni.
Tapi xleh klu xpedas.
Rindu nasik tapi kena kuat kan semangat.
Banyak refer kat blog Zura
 (*´³`*)♡ ♬*゜




Semalam buat magic drink ni. Water + lemon + ginger.

 Nak sexy stomach meh consume sassy drink ni 
**(ू•ω•ू❁)**



Harapan untuk raya tahun ni kurusla hendaknye. Me xbeli baju baru pon utk raya ni. Pakai yg lama yg match dengan baju melayu husband & anak2.. Baju Melayu husband & anak2 dah beli. Tinggal lagi baju gugurls & my mom nak cari nnt.


#Tudung bawal Aidijuma - Hello Kitty yg terbaru :)


Last weekend kami bercuti di PD sebelom anak2 start sekolah balik ISnin ni..
Nnt me update holiday kat sana




28 January 2014

Atkins Diet || makin 'comel'





السلام عليكم & Hi... 

Holla.. Me dah ade di kedai. Hari ni my brother yop balik awai nak start kete veteren dia yg dah lama tersadai bawah umah. Hehehe kang start2 enjin jatuh ke lantai d=(^o^)=b 
So mokcik masuk koje lepas hantar bebudak ke sekolah kebangsaan..


Lihatla lunch mokcik. Sedih tengok. Terasa diri makin 'comel' nak kata mkn banyak idok, mungkin telan asap burger banyak hahhaa. Makcik a.k.a mak uda kata klu peniaga ni selalunye sentiasa rasa kenyang, ye ke???
Ok, lunch tu telor 2 biji me grill atas kuali leper then tabor moza chese. Cicah dengan sambal belacan. Ehhhh sukahati jek. Hehehe boleh ke Diet Atkins begini?? Nak tanye Zura nanti.



Yeahhh, itu muko bulat menjelma. Kannnn tombam dah. Gambar pagi tadi {amik bebudak dr sekolah agama}



Pagi tadi xsempat bento kan makanan utk anak2, so untuk sekolah kebangsaan me bekalkan makanan yg simple2 jek sebab tadi lunch nasi kat umah.
Roti sapu kaya
French fries dengan cili sos.



Anak ramai, lain2 cara, lain2 permintaan. Lain2 kesukaan. Lain2 ragam (=^_^=) Sorang nak panda, sorang nak ke bintang. Abang Irfan jek xbanyak songeh. Xpayah bentuk2 janji ade kepala animal yg cute (picker) kat situ. LOL


Ok, sampai sini dulu.. Diet, nak dietttt



 sudi clicks?? :D

01 October 2013

Atkins Diet? / Gugurl away




السلام عليكم & 





Haaa nampak tu.. Percubaan pertama tu ke arah Diet Atkins. Kikiki tapi sambal dengan kicap xleh mkn kan?? Nk kena tanye sifu Zura ni ^___^



Anak dara saya balik kg ptg tadi. Ayahnye dtg amik. Cuti sekolah 3 hari nampak gayanye.. Diorg saling merindui tu. Terpaksa rela diorg pi sebab ade alasan munasabah, Sabtu nnt family nenek sana buat kenduri arwah ibu diorg, ie arwah adik me la... sometimes klu rindu tu dtg mcm menusuk2 dada ni.. sebak xtertahan.. Rindunye adik T_T


Google




Hi... sudi clicks?? :D

08 February 2013

Azam mau kurus...

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ



 Ø§Ù„سلام عليكم


Me dah tukar blog templete... Hehehe masih menunggu turn nak naik bas utk blog resign yg baru....

many thanks & creadit to Arcane Palette Creative....

Me masih orang yg sama...



Cuma azam tahun ni dak buang 8kg atau lebih lemak di badan.. kikiki azam jugak kan? Nak dapatkan badan yg sihat, jauh dari segala penyakit... Kualiti hidup mesti nak tinggi... InsyaAllah.. Doa2kan mummyHaza kurus tahun ni ya :D






 sudi clicks?? :D

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy