19 August 2020

Bz



Dalam sebulan ni mesin jahit mak buat hal.
Mesin lama ni kena selalu belai😂

Dah 2x agen singer (walaupon mesin saya brand lain) dtg service mesin2 yg ade ni. Mesin jahit tepi ni problem benang melangkau jahitan. Adeh.. menyakitkan hati.. Lepas service, mesin jahit lurus pulak merajuk. Reverse motor buat benang bersimpul kat bahagian bawah. Fed-up betul. Lagi sekali dia dtg service. 




Sementara menunggu mesin jahit ok, sy mengait. Boleh release tension crochet ni..






Ada tempahan untuk casing car perfume. Dress kembang2. Alhamdulillah rezeki PKPP.
RM8/pcs sy jual.




W.I.P this week.
Unicorn baby blanket

14 August 2020

Bento Haza



Alhamdulillah.. 
Masih ade kesempatan utk sediakan bento/bekal utk anak2 ke sekolah.

Spagetti carbonara
Nasi goreng daging
Alhamdulillah mak & mertua berkorban tahun ni..


Bubur nasi & serunding daging kering

Mee goreng



Pasta cheese



Nasi lemak hijau
....

Semua nye simple2 bento ajek.
Ada jugak order dengan cikgu sehari sebelum kelas. Cikgu2 pon sgt ambil berat tentang makan anak2 murid. New norm anak2 xboleh berada di kantin waktu rehat. Semua kena makan dalam kelas..

24 July 2020

22.07.2020



Alhamdulillah..
Dah 3 hari sesi Sekolah Kebangsaan bermula dengan new norm. Saya pon dah start balik bento untuk anak2. Abang2 sekolah menengah pon start bawak bekal.

Saya masak tapi simple2 la.. bangun pon 5 minit sebelum 6am😂




Spegeti carbonara & kek pisang.




Macaroni sosej & ayam goreng.


Nasi goreng telor mata & pisang.

Alhamdulillah anak2 xbanyak kerenah. 
Semoga anak2 kite sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. 

16 July 2020

#hazacrocheting


Alhamdulillah.. masih boleh crochet.. 
dah lama tinggalkan crochet & yarn😂
PKP haritu lagi la saya rajin mengait sbb kurang ambil tempahan menjahit baju.

Antara hasil sepanjang musim PKP. Alhamdulillah masih ada rezeki😂



Pillow anak dara



Baby blanket utk Cik Aisyah Sayang💕
Throw Blanket


Ini pon beg uncang utk Aisyah. Tapi jadi sling bag utk dia.



Aisyah dengan abang sulung dia. Manja.


Newnorm sekarang face mask penting kan?
Saya amik tempahan face mask extender. Save ear la macam tu😂 Lebih 200pcs saya kait fme ni.. FME ni saya jual RM2.80 sekeping yg sz standard. alhamdulillah saya happy. 













Last week husband bawak kami bercuti di PD.
Lama anak2 duk berkurung dlm rumah. Happy diorg dapat mandi laut..


Baby hat yg saya kait untuk dia💕

Sampai sini dulu ya..



Current WIP. Baby blanket💚💕💙

15 July 2020

PKPP school start back


15July2020

Assalammualaikum..

Lama xjengah blog.. 
Hari ni anak2 dah kembali ke sekolah.
Bercampur baur perasaan. Takot ade.. semoga baik2 sahaja.. ikot SOP insyaAllah..


Anak sulung & ke2. Sekolah yg sama. Waktu belajar pon dah bertukar. Hati2 ke sekolah ye. 

10 April 2020

Extended till 28th April




Semoga cepat berakhir..

C&P

JEMAAH MENTERI 8 APRIL 2020
MEMBENARKAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR TAMBAHAN UNTUK BEROPERASI DALAM TEMPOH PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19

Senarai Sektor Pengilangan; Perkhidmatan yang Dibenarkan:

1. IndustriAeroangkasa

2. IndustriAutomotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan.

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air
bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan
bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja
seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
    1

(hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman;
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan
beroperasi sahaja; dan
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi(full service dan bukan layan diri)

09 April 2020

Tailor Kecil



Assalammualaikum..

RMO Day22

Apa khabar semua..? Semoga kite semua sentiasa berada dlm lindunganNYA..

Susah hati sangat keadaan sekarang ni kan.. 
Semoga virus covid ni cepat berakhir.. Semoga kite tenang menjalani ibadah puasa xlama lagi ni.. Allahuakbar..


~Baju kurung pesak Pahang~

Saya masih menjahit.. Ada tempahan sebelum terjadinya covid ni.. Memang dah xamik sejak kerajaan perintahkan RMO/PKP. Memang agak terbatas untuk menjahit.. Bahan2 jahitan bukanlah sentiasa ade je kat rumah ni.. Me tailor bilis...



Sempat amik gambar twinning dengan anak dara kat tepi rumah.. Sejak RMO Aisyah memang xpernah kuar😢


~baju kurung kedah~
kain selisih batik.. Bawah baju tu memang saya jahit guna jahitan sims. Untuk budak2 mcm comel je.. hehehe



Ok. Sampai sini dulu ye..






08 April 2020

Nisfu Syaaban




Hari ni masuk waktu maghrib maka bermulalah Malam Nifsu Syaaban. Jom sama2 kita manfaatkan mlm Nisfu Syaaban dgn baca Quran, zikir, mohon doa byk2 agar diri, keluarga, jiran, negara & dunia di rahmati & di lindungi Allah💕

06 April 2020

Eizlan is 10🎉


Simpan kat sini.. Anak ibu Eizlan Shah..





Born on April 4th, 2010 at 9:20AM (suppose EDD 3/5/2010). Weighing 2.9kg and 50cm in length.

Ibu kuar ke DEMC sesudah subuh sbb dah ade tanda2 bersalin 😂 35w6d dah nak masuk 36wk time tu.

Sampai DEMC Dr Mazita pulak on leave😂 Dr Norleen take over.. alhamdulillah keluarla anak ibu yg paling beso time tu 2.9kg😆









Eizlan.. Abg penyayang tapi cepat merajuk, tapi lebih rapat dgn ibu.. maybe sbb ibu duk jaga dia kat PPUM sampai ibu benti keje as a nurse kot🤣 





Di sebab kan sekarang RMO, ibu buat kek cekelat & topping cekelat yg beli kat Langkawi tu hari.. Happy 10th birthday anak ibu.. We love u more!💕

05 April 2020

PKP


Assalammualaikum..

Allahuakbar..
Dunia sedih.. semoga kite semua di lindungi olehNYA..

#StayAtHome
#RMO

Hari ni dah hari ke 19.




12 March 2020

Run Tasek Shah Alam


08.03.2020
Assalammualaikum..

Hi, Ahad lepas saya pi berlari kat Tasek Shah Alam. 
Dah lama x lari. Utk JomRUN nxt week baru ade husband join. Night run.

Kebetulan Ahad tu husband bertugas Hari Tanpa Kenderaan. 


Habis keliling tasek kami berdua lari.. total 4.1km ajek??.. Rase dah habis jauh kami berlari😂


Harus bergambar kan??🤭

11 March 2020

Sew mommy sew


Sejak last week mak bz menjahit..
Sampai nak shopping groceries pon xsempat😂😂
Ni gara2 banyak merayap la ni.. kena cepat2 habiskan tempahan orang.. 
Super hectic!
Benti pon utk masak lunch, makan, solat, susukan Aisyah. Then sambung balik jahit.. tapi stop sewing bila husband dah sampai depan pintu😂

Buat masa sekarang saya xambil tempahan dah ye. Dah tutup.. yg ade kat rumah ni pon xpotong lagi kainnye.. Dan memandangkan mak kuat ikot husband merayap.. merempit... haihhhh



So utk seminggu ni.. Alhamdulillah siap 4-5 pasang baju. Ni semalam siap. Kurung modern.


Tadi siapnye.. kurung pesak gantung. Kain selisih batik.

Bila dah penat mata, mak diy kejap baju utk anak dara.


Kat rumah ni banyak shawl2 mak yg lepas.. dah xpakai. Kain batik pon banyak yg xpakai😂
Diy kan buat baju utk anak dara.. Sementara badan Aisyah masih kecik, cukup tau shawl tu utk baju dia.


Baju batwing dengan kain batik duyung.

Sampai sini dulu.. baru susukan Aisyah. Sat lagi sambung menjahit kat bilik belakang.

03 March 2020

My 1st born



My dear son... Abang Irfan.

I wish you all the success for your exam! PT3 tahun ni💕




No matter, how difficult exam you will face, my prayers are always with you.

Allahumma ameen

02 March 2020

Again bento😂


Assalammualaikum..
.
Bento untuk anak2 sepanjang minggu2 yg lepas.
Walaupon simple.. mak xpandai nak deko2 😂 tapi... mak percaya yg air tangan ibu tu ialah cinta tanpa syarat kan☄️



Burger ayam
Buah2


Sandwich cheese egg
Apple with raisins


Nasi lemak pink💕


Sandwich tuna
Biscuit mini oreo


Nasi goreng telor mata dgn kicap.
Mini orange


Spiral pasta 
Buah2 + raisins


Roti piza dengan sosej


Bihun goreng
Biscuit sapu spread coklat


Waffle with black cherry spread
Chocolate muffin


Maccheroni goreng
Mini cookies
 

Nasi goreng telor dadar
Mini chocolate cookies


Wanpaku sando sandwich
Manggo


Pancake with blueberries + black cherry spread

Selalunye bento yg saya buat ni, diorg habiskan.. happy mak, happy their tummy, 🤭

Sampai sini dulu...



Love
Ibu💕

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy