31 July 2010

Selamat tinggal July

♥Salam mommies εïз..

oOooooOOOoo... Selamat tinggal July, selamat muncul August.. Baby tomato saya nak masuk 4 bulan dah.. Macam2 dah kerenah bby saya ini.. salah satunye dia suka duduk..  tak mau berbaring. Try capai toy yg saya pegang. Isap jari jemari.. =)~

EBM saya pulak, setakat hari ini bby dah amik 11 botol untuk bulan July, total semua ade 82 botol range 4-5oz per botol..

Malam tadi saya ke Poliklinik An-Nisa' bawa bby saya sebab heat rashes saya tengok bertambah2 kat muka ngan kepala.. Dr kata its normal but take time skin back to like before.  Huhuhu.. kesian bby saya. Saya lihat bby seperti menggaru kawasan sekitar muka.. Dr prescribe syr Piriton & Calamine Lotion untuk bby saya..




Abg @rman dah 95cm height! OMG lepas ni mane2 nak pi taman tema dah kena bayar.. ;)
 



hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos
 



glitter-graphics.com

29 July 2010

Tadi hangin..sekrg sukeee

♥Salam mommies εïз..

Hiii...Saya dah balik dari Cova Square..  JuaLan nampak ok tapi area tecikk sgt ..=)
Sempat sambar yang ini ya..


& lunch tadi sempat sediakan mee kicap..mmpp sebab warna hitam saya letak nama mee kicap jek la...




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos




glitter-graphics.com

Hangin

♥Salam mommies εïз..

Mak aii pagi ni saya berangin dengan broadband g*la ni..Kejap biru kejap ijo.. Kubuang kang...

mmmm aaahhh tarik nafas...lepas..tarik lagii...lepas... fuhh.. ok dah..

ok sekarang saya sesaja nak kasi tau sumer kengkawan yang mana x tau lagi tu (khas yg suke cOkLAtt) mulai semalam sampai 1st Aug ade Ramadhan warehouse sale kat Cova Square, Kota D'sara by Quantum Supplies (M) S/B..

Before lunch kang may be saya ke sana kejap sebab after lunch ade 1 case...

Daaa...





hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos





glitter-graphics.com

28 July 2010

Ahad lalu | Azura dah kawen

♥Salam mommies εïз..

Hari Ahad lalu saya ke Kedah..Best friend saya kawin.. Akhirnye kawin jugak kawan saya ini.. =)

Saya pergi awal pagi Ahad Mr Hubby drive.. oOooohh saya sayang lelaki ini hubby sepanjang hayat..
Ececeh..ayat bodek ni..

Azura n Zaidy


Semoga kekal till jannah ye dear... Luv u friend!! :')



Me ngan tomato b4 bertolak


Arman kaki telor ayam.. hehehe


Abang Irfan





Sekian

 
hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos



glitter-graphics.com

23 July 2010

+Booster

♥Salam mommies εïз..

 Hari ni x da nak cite ape2. Cuma nak kasi tau tadi saya makan dessert ini sebagai booster... =)
Sweet Dessert (Longan+Red Date+Biji Lotus+Kembang Semangkuk) Jgn lupa daun pandan ya..

Sedap ni...Cubala yek..




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos






glitter-graphics.com

21 July 2010

Pumpkin Chicken Porridge



♥Salam mommies εïз..


Semalam saya & kawan2 OT department lunch pumpkin chicken porridge.. 1st time try msk porridge jenis ini..

Bahan2:

  • Beras ikut suka banyak
  • Isi ayam (potong kecil2) & gaul dengan sedikit tepung jagung-utk lembut
  • Labu x2 potong (dopotong dadu kecil)
  • Carrot 1 batang (potong dadu kecil)
  • Halia hiris halus2
  • Secukup Rasa

Beras dicuci & dimasak seperti bubur nasi biasa.. Masuk labu + carrot + ayam..
Agak2 dah nak masak, masuk halia & secukup rasa...
Siap..
1 lagi porridge ni sedap di makan dengan Alfalfa sprout..Sedap.. For me, lepas makan sprout ni susu mencurah2.. =)


OOoooooooOOo ini sessi mengepam susu pagi tadi..
=)


OOooOOoO..Okeh..OOooOOoO


P/S: Sprout jenis ni jugak dalam kumpulan ALFALFA..Yang jenis ni senang di cari berbanding yang bunge purple tu.. Fresh & crunch lagi.. yummy!




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


 



glitter-graphics.com

20 July 2010

Happy Birthday Sayang...


♥Salam mommies εïз..

Laaa... x perasan saya blog comey saya ni dah berusia 1 tahun 5 hariii....

Moga di permudahkan my BF journey..

...myWish...
Jangan tulis melalut...
Sharing is Caring...
Sentiasa comel...
Love with new post...
Sharing info wif wonderful mommies...(saya baru belajar)
InsyaAllah


  hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos 



 

DHA & The Brain


♥Salam mommies εïз..


Ada sedikit info untuk tuan2 puan2 para ibunda... Today info is DHA & THE BRAIN.

^ Perkembangan otak dan sistem saraf b'mula semasa kehamilan sehingga kelahiran.
Satu2nya organ yg x lengkap semasa dilahirkan & beratnya sekitar 340g & akan terus membesar dalam beberapa tahun pertama kehidupan. Otak mencapai 80% saiz sebenar apabila usia 3 tahun..

^ Otak mengandungi sekitar 60% lemak. Asid lemak omega-3, terutama DHA dijumpai dgn jumlah yang banyak dlm otak & sistem saraf.

^ Trimester terakhir kehamilan merupakan tempoh bagi otak berkembang dengan paling pesat & memerlukan jumlah DHA & AA yg mencukupi.

^DHA & Asik Dokosaheksanoik adalah asid lemak politaktepu berantai panjang (LCP) dlm keluarga omega-3 & merupakan blok binaan utk sel2 dlm otak, mata & sistem saraf pusat.

^ Memandangkan asid lemakj omega-3 x dpt dihasilkan tubuh, diet yang kaya dengan omega-3 adalah PENTING untuk memastikan proses tumbesaran & perkembangan yang baik. 






DHA also important for:

1. Breastfeeding kerana...
...penyusuan ibu berterusan akan memindahkan LCP ibu kepada bayi melalui susu ibu. Dengan itu, para ibu seharusnya mengekalkan pengambilan DHA semasa tempoh penyusuan.

2. Kehamilan yang kerap kerana...
...wanita yg kerap hamil m'punyai konsentrasi plasma DHA yg lebih rendah.
...tahap DHA pd bayi pertama biasanya lebih tinggi b'banding dgn adik beradik yg lain selepasnya.
...Jarak kehamilan yg rapat juga boleh menyebabkan bekalan LCP yg x mencukupi utk janin yang seterusnya.


Info dari Bio-Life (HealthCare as nature Intended)


  hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


 
glitter-graphics.com

19 July 2010

EBM saya

♥Salam mommies εïз..

Tadi balik dr tempat keje, saya menyimpan EBM untuk hari ni ke dalam freezer kat umah..
Saya susun EBM bulan 7 ke dalam bakul besar.. Total sume 64 botol/plastic x4-5oz..Huhuhu cukup ke ni? Next month dah nak Ramadhan..Untuk bulan 6, balance cuma tinggal 16 botol je lagi..


Kat kampung hari tu saya ke pasar tani yang dah pindah tempat baru.. Saya jumpa ini.. Munge Betik.. Rasa saya boleh menambahkan susu.. Agak pahit ye.. Saya tumis bunga ini dengan bawang merah + bawang putih + ikan bilis.. Nyumnyum..

Apa shj bahan yang boleh m'+ susu akan saya telan..=)

..okeh..


  hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos 



 

16 July 2010

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

♥Salam mommies εïз..


Info for u




  Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN 



  • memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
  • Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
  • Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
  • Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.





hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos












glitter-graphics.com

14 July 2010

oOoOoo kereta ibu

♥Salam mommies εïз..

Semalam saya, hubby ngan bby Eizlan pi service kete ibu kat Subang Perdana.. Mr hubby membebel kata saya bukan heran dengan kereta saya itu.. Saya akui dah 6 tahun bawak kereta, x pernah sekali pun saya isi angin tayar kereta.. apatah lagi tukar minyak hitam ke, minyak gear ke, enjin karat ker..hehehe sumer mr hubby yang buat. Sungguh saya x pandai.. Pandai bawak je.. x dapat saya bayangkan kalau berjauhan dengan mr hubby ini. Saya boleh nangis tepi jalan..

Ok, time jejaka cina tu tukar minyak hitam kereta, hubby terperasan  tayar kereta saya dah pecah2 kat part tepi. x pasal2 kena tukar ke empat4 tayar kereta saya..huhuhu di bebel lagi..

kereta saya dah di tanggalkan 4 tayar

sementara tu,. babacak ngan eizlan dulu



..ok, siap..

Lepas kereta saya settle, hubby ajak pi nursery cari bunga. Saya dah lama cari bunga caphea.. ala bunge2 kecik tu..murah jek 1 pokok RM2.
Saya jugak beli 2 pokok kertas (senang nak hidup) ngan serumpun serai.. Projek belakang rumah.


kami beli kat cini, harga boleh runding ya.. =)




ini la caphea



ok..nak balik dah..




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos



 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy