30 April 2012
Selamat Pengantin Baru Nana
السلام عليكم
Selamat pengantin baru Nana & husband...
Ni cousin belah hubby...
sudi clicks?? :D
29 April 2012
my niece admitted
Salam semua..
My niece admitted Friday nite. Tapi alhamdulillah hari ni dah discharge.. Echa di serang asthma. Kesian budak kecik ni. Lps 2 hourly nebulizer, ok dah..
Ok, me nak ke Serdang pick up diorg... :)
Happy weekend semua
26 April 2012
Capacity baby stomach | Tips Pemakanan si Ibu menyusu
السلام عليكم
Hello... Hari ni masih bergelumang dengan case, cuma hari ni saya nak share2 dengan ibu2 di luar sana yek... Info ini saya share dari SINI..
TIPS PEMAKANAN SEIMBANG IBU MENYUSU
--------------------------
~Feel free to tag, share or like (^^) ~
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
• Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan.
• Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).
• Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
• Pakar-pakar mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.
• Pastikan anda minum banyak air – keperluan air setiap orang adalah berbeza mengikut berat badan. Setiap 25kg memerlukan 1L air.
• Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan yogurt drink. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
• Namun, sebaik-baiknya kurangkan pengambilan air manis dan lebihkan air masak.
• Sentiasa berwaspada dengan apa yang anda makan kerana apa yang anda makan akan ‘disampaikan’ kepada bayi anda melalui susu anda. Elakkan makanan yang terlalu pedas, panas atau ‘berangin’ untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada bayi anda.
• Penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
• Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi boleh mengurangkan bekalan susu anda.
sumber: webmd
Kompilasi Ibu, hebat kan.
sudi clicks?? :D
Bismillah....
Salam....
Jemput semua. Nasi lomak pepagi hari.
Minggu ni full dengan case... Haiihhhh 7.30am dah terpacak kat depan Alpha..
Korang sarapan ape pagi2 ni?
25 April 2012
Jom banyakkan susu badan ibu2.. :)
السلام عليكم
Ok, pagi ni sebenarnye saya tengah menunggu Gynae case masuk theatre.. Before that saya sempat nak buat 1 entry.. hehehe info nak share2 ngan para ibu di luar sana.. :)
Panduan Memperbanyakkan Susu Badan
* Hanya beri susu ibu walupun bayi dahaga, jangan campurkannye dengan air.
* Tidak menghadkan tempoh penyusuan, biarkan bayi melepaskannya sendiri.
* Amalkan pemakanan seimbang & banyakkan pengambilan sayuran hijau.
* Sayuran a.k.a ulaman - ulam kampung, pucuk pegaga & kacang merunggai dpt membantu banyakkan susu badan kerana kandungan zat besi yg tinggi.
* Susukan baby sekerap mungkin..
* Beri susu mengikut keperluan baby.
* Mengepam mengikut keperluan bila baby tiada di sisi.
* Jangan campurkan FM @ beri air kepada baby sepanjang tempoh penyusuan secara eksklusif.
* Pucuk pegaga terbukti kaya dalam zat besi dalam kajian MARDI yang boleh memperbanyakkan susu badan.
source info sihat dari Harian Metro hari ni :) Pakar Laktasi Che Aini Abdul Razak
sudi clicks?? :D
24 April 2012
welcome si comel
Salam....
Yayy... Ni bukan baby i tau. Ni anak biras me yg duk Kelumpang.. Kak Mai dah bersalin last week. Kami saing preggy... Cuma dia awal sebulan gitu :)
Tahniah ye Kak Mai utk bby baru... MUHAMMAD ARYAN FIRDAUS
my baby? Belum lagi... Masih berenang2 dalam tummy me... ;)
99 red ballons - Nena
السلام عليكم
Makin terkinja2 dengar lagu ni... agak retro, hehehehehe
http://www.youtube.com/watch?v=14IRDDnEPR4
sila jgn lupa utk pause lagu latar blog saya ni b4 click lagu cik Nena tu :)
sudi clicks?? :D
Selamat pagi
السلام عليكم
uols... saya masih di tempat keje.. Ramai tanye bila saya nak delivery?? hehehe saya masih tahap degil utk ke hospital.. Rasanye insyaAllah boleh control lagi... :) Doa2 kan yek...
sudi clicks?? :D
Nama yg kurang enak maksudnya. | wallahualam..
السلام عليكم
Tadi saya google2... tertengok senarai nama yg kurang elok di sini... mmmmm
Abkam | Tidak celik, buta |
Abiqah | Hamba yang lari dari tuannya |
Afinah | Yang bodoh |
Asyar | Paling jahat |
Asyirah | Yang tidak bersyukur atas nikmat |
Amah | Hamba suruhan perempuan |
Baghiah | Yang zalim, jahat |
Bahimah | Binatang |
Balidah | Yang bodoh, bebal |
Bakiah | Yang menangis, merengek |
Baqarah | Lembu Betina |
Batilah | Yang batil, tidak benar |
Dabbah | Binatang |
Dahriyah | Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya |
Dahisyah | Goncang, stress |
Darakah | Kedudukan yang rendah |
Daniyah | Yang lemah dan hina |
Dami’ah | Yang mengalir air matanya |
Fasidah | Yang rosak, yang binasa |
Fasiqah | Yang jahat, si fasik |
Fasyilah | Gagal, kalah |
Fajirah | Yang jahat, yang berdosa |
Faji’ah | Kecelakaan |
Ghafilah | Yang lalai, yang leka |
Ghailah | Kecelakaan, bencana |
Ghaibah | Hilang |
Ghasibah | Perampas, perompak |
Ghamitah | Yang tidak mensyukuri nikmat |
Ghawiah | Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu |
Haqidah | Yang dengki |
Hasidah | Yang hasad |
Hazinah | Yang sedih |
Huzn | Kesedihan |
Khabithah | Yang jahat, yang keji |
Khali’ah | Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu |
Khati’ah | Yang bersalah, yang berdosa |
Khasirah | Yang rugi |
Khamrah | Arak |
Jariah | Hamba suruhan perempuan |
Jafiah | Yang tidak suka berkawan |
Kaibah | Yang sedih |
Kafirah | Yang kafir, yang ingkar |
Kamidah | Yang hiba, yang sangat berduka |
Kazibah | Pendusta, pembohong |
Lahab | Bara api |
Laghiah | sia-sia, tidak berfaedah |
La’imah | Yang tercela |
Lainah | Yang terkutuk |
Lahifah | Yang sedih, menyesal dan dizalimi |
Maridah | Yang menderhaka |
Majinah | Yang bergurau senda tanpa perasaan malu |
Majusiah | Agama menyembah api atau matahari |
munafikah | Yang munafik |
Musibah | Celaka, bencana, kemalangan |
Nariah | Api |
Nasyizah | Yang menderhaka dan melawan suami |
Najisah | Yang najis dan kotor |
Qabihah | Yang buruk, hodoh |
Qatilah | Pembunuh |
Qasitah | Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran |
Qazurah | Kejahatan, perzinaan |
Rajimah | Yang direjam, yang dilaknat |
Razi’ah | Kecelakaan, musibah |
Razilah | Yang keji dan hina |
Sakitah | Yang jatuh, yang hina, yang jahat |
Safilah | Yang rendah dan hina |
Sahiah | Yang pelupa |
Sakirah | Pemabuk |
Syafihah | Yang bodoh |
Syaridah | Yang diusir |
Syaqiyah | Yang menderita |
Syarrul Bariyyah | Sejahat-jahat manusia |
Syani’ah | Yang buruk |
Syarisah | Yang buruk akhlak |
Syatimah | Maki hamun |
Syariqah | Pencuri |
Talifah | Yang rosak, yang binasa |
Tarbiyah | Yang papa kedana |
Tarikah | Anak dara tua |
Tafihah | Karut |
Talihah | Yang tidak baik |
Yaisah | Yang berputus asa |
Yabisah | Yang kering, yang sedikit kebaikannya |
Wahinah | Penakut |
Waqihah | Yang kurang sopan dan malu |
Wasikhah | Yang kotor |
Wasyiah | Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang |
Wahimah | Yang lemah |
Wahiah | Yang lemah, yang jatuh, yang buruk |
Wajilah | Penakut |
Wailah | Bencana, keburukan |
Waqi’ah | Pertempuran dalam peperangan, umpatan |
Zalijah | Kebinasaan |
Zalilah | Yang hina |
Zalimah | Yang zalim |
Zaniyah | Penzina, pelacur |
Zufafah | Racun pembunuh |
sudi clicks?? :D
23 April 2012
mumDreams
Salam.....
Tadi hubby pi berbelanja di mumDreams cawangan Shah Alam, sec 20 sana. Saya x pi sebab kerja. Hubby pi cari tungku traditional kat sana. Kami dah tertinggal batu tungku kat kg. Ni pun xtau bila boleh balik ke kg. Tu yg pi cari lain. Hubby beli Melilea Organic Soya Drinks sekampit & nursing tshirt 2 helai... TQ, tq, tq dear...
Ok la.. Saya nak pi sediakan dinner. Hari ni saya rajin sedikit masak ayam kicap, sup sayur ngan telor goreng hancur :B jemput makan semua... ngengenge
Sekali lagi, thanks ye hubby.
me dah penat
21 April 2012
Adam Lai Restoran ~ chinese muslim
Salam....
Malam tadi saya membeli sedikit barang di Zhulian sec 15 Shah Alam. Lepas membeli brg hubby singgah sini mkn.. Sedap jugak... Harga standard rasanye.. Owner sgt peramah. Dia gelarkan dirinye 'atuk' dengan anak2 saya ;)
Ok layanan bagus.. Makanan rasanye byk yg sama di kedai2 chinese muslim.
Thanks singgah sini yek..
Happy weekend semua
20 April 2012
Jumaat yg barakah ~ me won XIXILI promo August last year
Salam..
Alhamdulillah... Tengahari tadi posmen sampai depan umah.. Hehehe ade rezeki dari Blu Inc. Terima kasih...
Me suppose dapat vourcher Rm150 dr XIXILI Promotion August last year. Tapi diorg ade sedikit masalah kot so diorg replace another hamper... Xpela kn.. Hehehehe
Ok la... Terima kasih singgah sini..
Vaksin utk anak berbulu
Tea Ice
السلام عليكم
Selamat pagi semua...
Pagi2 teringin nak minum tea ice... :) uols dah sarapan? me dah.. makan nasi.. heheheh..
ok la... salam Jumaat yg penuh barakah buat semua...
sudi clicks?? :D
19 April 2012
Sew mommy sew | Lapik penuh tilam utk ibu
Oohhh Baby K
Salam..
Saya di KPJ Shah Alam pagi tadi. Ni baru jek sampai umah...
Sekarang dah appt seminggu sekali. Gara2 my bld pressure shoot up last wk. So tadi Dr Yeen ask me to do CTG. Nak check kekerapan contraction sekarang. Half hour jek check pun. Contraction yg bukanlah betul2 nak bersalin tu. Me agak la.
Resultnye bila graft dah ready, Im having contraction boleh di katakan every 10-12 min. So, she give me IM Dexa. 2 doses. Maknanye 11pm me kena berkejar ke KPJ balik. Me xnak admit. Sian anak2 kat umah.
Im Dexa 12mg tu utk get ready for bby klu2 kuar awal.. Utk matangkan paru2 baby. Ni 2nd time me dapat inj ni. 1st dulu masa preggy si Arman.
Me ade a bit problem time preggy. My gynae kata womb me ni sensitive jika ade isi.. Hehhee demi anak, me sanggup.. InsyaAllah...
Cukupla utk hari ni. Me celoteh manjang... Me dapat MC till end of this wk. Kena rehat..
Mode: happy dgr my biras dah bersalin bby boy semalam... Kami mmg di beri keistimewaan utk memproduce bby boy ajek hilhikhik
18 April 2012
Deroyan
Salam...
Dah la cuaca panas boleh pulak telan deroyan tu...
Sedap.. Beli kat Jusco Bukit Raja semalam.
Mode : Diam bukan bermaksud bersalah ya.
Thank u Blu Inc
17 April 2012
Dah 3 bulan dia pergi...
السلام عليكم
AWAL DAN AKHIR
1-
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
2-
Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
3-
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
4-
Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
5- Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam tanah setelah mati
6-
Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
7-
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.
8-
Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
Sharing is caring... :)
mode:..Al-Fatihah buat adikku....