29 May 2015

Cooking, Baking, Bento-ing




Jumaat adalah untuk pembentangan 😜 bento sepanjang minggu persekolahan. Wahh gitu.. Muehehe

Saje je nak tempek2 kat sini..


Hari ni punye bento. 
Malam tadi saya sempat baking 'yam bun' & for kids chocolate bun. Diorg bawak roti tu ke sekolah ajek. Last day utk sessi / penggal pertama persekolahan tahun ni.. Jumpa bento mak lagi 2 minggu ye anak2...



Semalam diorg nak biscuit je. Senang keje mak.
Yg panjang2 tu, sea weed potato fries. Beli kat Pasar Tani. Cari bahagian budak2 jual biskut timbang tin petak tu. Macam ado. 



Hari sebelum nye tu mee goreng gitu2. Malam tu baking lagi roti. Chicken floss bun. Haaa yg ini diorg suke. Pedas pon ok.



Selalunye 1 adunan boleh dapat 2 loyang roti 14-15 bijik bun. Sederhana besar.



Hot & spicy.



Simple jugak mcm biase..
Sup cendawan
Ikan kembung goreng
Sambal bilis dengan kentang




Ayam masak lemak cili api
Ayamas goreng tepong
Unknown vege goreng (kikiki xtau ape nama sayur tu)
Paling win adalah ulam peria katak. Me & uwan's faveret.



Semalam balik dr keje, saya & husband ke Setia City Mall, cari barang bento di Daiso, terjumpa my Assunta's fren.. Rindu kat Ros sangat.. Dia sekarang dah jadi C.I (clinical Instructor) di Sime Darby.. 



Sampai sini dulu ye.. Hati saya ni tertinggal di rumah... Xtau kenapa hari ni sangat2 membosankan kat tempat keje.. xtenteram pulak rasanye..


Selamat berhujung minggu.. 







Green Tea



Salam Jumaat buat semua...

Sejak dua menjak ni, saya makin banyak makan.. Niat nak kurus. Walaupon tiap kali makan xberapa banyak kuantitinya, tapi rasanye banyak makanan saya bukanlah Clean Diet. Alahai bersalah kat badan sangat menebal.. Member suggest amik teh hijau. Jadikan amalan tiap pagi, minum tengah suam2 tu. Tambahnye lagi perahkan sikit jus lemon & jangan guna gula biasa kalau nak manis. Guna alternatif lain, Stevia ke macam tu..

Maka start Isnin lepas bermula la Teh Hijau sebagai minuman pagi saya. Nak tak nak telankan aje. Hihihi




Nak share dalam blog ni khasiat Teh Hijau... Antaranya:

Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori ~Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Pencegah kanser ~ Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan hayat ~ Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan berat badan~ Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolestrol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Mencegah penyakit gigi ~ Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu cegah gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Mencegah keracunan makanan ~ Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Menurunkan tekanan darah~  Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Banyakkan khasiat teh hijau.. Tapi jangan minum berlebihan sbb green tea ni ade ciri2 caffein jugak. Kang xleh tdo pulak..


Info : SINI, tq :)




Kadang2 xsempat minum pagi, me amik lepas lunch.



Sarapan pagi, terkulat2 telan teh hijau.. Huhuhu
"kuat"




Makan kat luar pon cari teh hijau, tapi versi ais :D huhuhu




Bukan selalu tea bag ni berkhidmat dgn baik, mesti ade terpecah sesekali, hahaha


27 May 2015

#MantraBand



Finally, my #MantraBand sampai jua.. Thanks seller..



I_choose_love, by the way :)
Im happy mommy!

25 May 2015

Myvi terbaru sgt cun




Hollaaaa.. 
Semalam kebetulan saya sefamili, my sis Azie sefamily & my mom ke Setia City Mall untuk picnic tepi padang tu.. Lepas Asar (5pm) kami gerak dari Alam Budiman. Ikot jln belakang sebab klu tgk dari belakang umah boleh nampak area SC tu. hehehe cuma yg memisahkan nye adalah bukit bukau, hutan, gitu. 

Sampai kat sana ramai sgt org rupanye ada Karnival Ulang Tahun ke 10 Myvi. Ade geng costum Boboiboy kat situ. Happy la anak2.

Teringat dekat myvi yg saya beli tahun 2005 (tahun myvi wujud) hehhee sekarang dah pass dekat my brother in law di sebabkan penambahan anak yg sgt produktif ;p Warna asal kete ni warna hitam.. 


Sebab adik lelaki, macam ni la rupa ex-myvi saya tu.. 



Cun tak? Hehhee Saya guna myvi ni lebih kurang 5 tahun je, lepas adik ipar pakai  sekarang dah bertukar wajah.

So, me share di sini Myvi terbaru edisi khas adalah edisi Komemoratif. Cun! Harga masih macam dulu RM62,226.54 onroad inc insurans.~Metro


Cantikkan... Kemasan merah dlm ruangan dalaman. Body kit myvi kali ni mmg nampak sporty sangat...



Gambar ni husband snap. Me dah landing atas tikar & melekat. So diorg jalan2 kat situ dengan ayah diorg je la. Hahaha mak diorg siap bawak sandwish dengan air2 kat situ.. Berkelah kan...



Diorg suka bab memanjat



Me, gugurl, uwan dengan my sis duk kat sebelah sini karnival.



Me & my mum. Baby Adam baru ok dari demam lepas cucuk imunisasi hari tu.



Best..


Kami balik dlm pukul 7pm. 2 jam tu dah cukup bahagia buat anak2, kannnn

Uols ke mana semalam...?





23 May 2015

Weekend Lepas ke Genting




Salam Sabtu buat semua..

Dah sarapan? Saya sudah. Roti bakar. Hari ni ade scope case. Dah settle semua.. Alhamdulillah

Ingat nak balik kg mggu ni tapi maybe next week. Nak kemas2 rumah sblm kenduri tu nnt.

Malam tadi punye dinner nak tempek kat sini hhehe as usual la kan.. Gile gambo makanan.


Sup suun dengan ayam. Bila dah siap rupanye saya tercampor mee sua. Muehehehe boleh xperasan pulak time mereneh.



Ikan kembung goreng garing fav husband dengan fried crab meat. Tggl banyak tu anak2 cilok atas meja. Haishhh



Ni fav saya kepah tumis air. Sedapppp banyak walau di rebus gitu jek.

Last week saya dengan husband n anak2 berhajat nak pi paso karat kat Kota Dsara (carboot sale) Bila dah sampai situ rupanye dah tukar tempat so husband belok kete terus drive ke Genting huhuhu, nampak tak makcik pakai baju pi beli ikan kat paso. Awatla x cakap awal2. Dengan susu, pampers si Kimie xbawak. Uwan dengan gugurl pulak follow my sis pi paso kat stadium sana.


Dengan anak2 teruna saya.


Dah sampai atas sana, terus wassap my fren yg keje kat situ, Ida.. Lama xbersua muka dengan Ida. Hilang rindu kejap.

Dlm perjalanan turun dr Genting kami singgah kejap dekat Mini Cameron tu beli sayur2 sikit. Si Eizlan nak makan strawberry celup coklat tu.. Hehehe itu kisah weekend kami yg lepas.


Sampai sini dulu ye






22 May 2015

Awal sebulan





Salam Jumaat nan indah...

Sharing

Alpha S.C
Masih di sini mencari rezeki.. Xboleh nak mengeluh, rezeki masing2 dah ditetapkan... Dah tertulis... Semoga hari ini dan seterusnye saya masih boleh mencari rezeki.. Cuma usaha lebih itu sangat diperlukan..

Kelmarin ade talk by our new matron, puan Salina about ECG Interpretation. Lepas tu kami celebrate June & July's Birthday serentak / awal sebab nak masuk fasting month dah kan.. Hehehe Matron kali ni sgt alert tentang ini semua ie birthday, refreshment, goodies etc. tak macam dulu la.. Hahaha

Ok, mari la me nak share gambo ptg tu..


Menu ptg tu:

Spagetti
Moist chocolate cake
Romantic Cake from Kings
Xdek dlm gambar teh tarik by me, kikiki



Total 8 org birthday girl & boy..  Termasuk matron.


Advanced bday utk kakak2 misi..


Lucky Draw yg comel lote.


Amacam... Penipuan sungguh, kikiki 18 tahun gitu.. Dah termuda dekat 15 tahun tu😝







21 May 2015

Perasaan Ini




Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar...
Perasaan ini bertandang kembali..
Pilu tiap kali teringatkan arwah abah...
Rindu yang tak boleh nak di tafsirkan...


Allah..... Rindu saya... Rindu seorang anak...




Semoga abah bahagia di sisi Allah s.w.t


InshaAllah 6hb June ni saya sekeluarga ingin menjemput sahabat maya blog mummyHaza ke majlis tahlil & bacaan Yassin di Kg Changkat Petai, Tapah Road, Perak... Majlis di adakan tengahari 11.30am-2pm macam tu...

20 May 2015

About Foods




Gitu, tajuk entry..
Hihihi Ahad 2 mggu lepas hari ibu kan.. Saya nak ucapkan selamat hari ibu.. Pengorbanan yg cukup besar.. Saya sendiri masih belajar mahu jadi seorang ibu yg terbaik.. InshaAllah..



Tak sangka Ahad tu kehadiran adik paling kecik kami. Semoga silaturrahim x terputus. Doa sentiase di titip... Mak paling happy saya nampak..




Kebetulan abang paling beso balik Shah Alam. Along dah 6 bulan preggy. Hahaha banyak2 adk beradik mokcikla paling mulat. Huhuhu entah bila nak kurus mcm diorg. I is jeles.


Macam biasa, saya tukang masak. Tapi ikut selera saya le, selalunye kena dengan selera diorg, hehhehe




Still simple... Udang getak tumis air, udang galah goreng (hubby ngan yop memancing malam tu), kepah goreng black pepper, pucuk paku goreng dengan ayam goreng utk anak2..

Untuk bento anak2 kesekolah pon masih simple mcm biase..


Mmg simple Ya Rabb, kikiki



Utk mak mcm tu je la. Mangkok tgkat free dapat mase isi form apply kad kredit. Hahahaa


Sampai sini dulu ye.. 






19 May 2015

Nurses Day 2015 Celebration



Hi, 2-3 hari terbabas blog hihihihi, minggu lepas mmg super duper hectic. Case kejar mengejar. Huhuhu mmg kalau ikut badan, rase xmau keje dah, Ehhh??? Hahhaa penat uols.



16/5/2015 akhirnye kami celebrate Nurses Day di Alpha S.C. Terima kasih sebb mengingati nurses ini. Kikiki pejam celik, pejam celik dah 11 tahun berkhidmat. Semoga ketabahan, kesabaran makin utuh. Auwwww!



Theme for this year ~ Nurses: A Force For Change: Care Effective, Cost Effective.
Utk Improving Health & Well Being gitu ;)



Tahun ni SR Laili incharge for makan. Dia amik pakej Sidah Catering Services dri Seksyen 7, Shah Alam.

Menu:
Bihun goreng
Laksa
Ayam goreng
Cendol 
Puding karamel
Popia
Sandwish
Etc



Ni before start ceremony. Our new matron, Puan Salina yg pakai baju meghah tu.



Ni yg saya makan



Macam tahun2 lepas, biase2 jek utk goodies bag.Kesian. Polka dots bag & pendrive sorang satu :) Bersyukur dari xdek kannn.




Akhir sekali, Charlie's Angel from OT. Muehehehe




 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy