28 June 2018

My little girl


28 June 18

Dah dekat seminggu Aisyah demam, flu & cough. Dah ke klinik sampai amik neb. Garlic balm, balm najlaa ke semua dah sapu, xdek kesan. Cepat2 sihat la Aisyah.



Kesayangan. Pantang la mak bangun nak ke toilet, menjerit dia mcm kena sebat, huhuhu


Aisyah turning 10 month soon.. dah start berdiri & meniti di kerusi. Merangkak dah ok walaupon perlahan2.
Delay cucuk imunisasi utk 9 month. Harap2 nxt wk dah boleh cucuk.


Berat Aisyah pon dah turun😥 Takot mak. Weekend ni pulak ada Family Day belah ayah @ Hulu Selangor. Cepat2 sihat please..!

27 June 2018

Subhanallah🌷


Lupa mak nak update.. rupanye mak ade blog😅

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Bz dengan kerenah anak2.. macam mana raya korang..
Saya macam biasa beraya kat kampung halaman ~ Tapah Road, Perak. Husband dapat cuti hari Khamis hingga Selasa depannya..


Penambahan ahli keluarga dlm photo raya tahun ni. Raya pertama Aisyah. Aisyah dah 9 bulan, alhamdulillah..


Tapi raya pertama hari tu Aisyah sesema. Moody aje kejenya..


My mom, brother & sis in law. Adik saya Aziah bersalin, so dia xbalik kg. Hanya kami 2 keluarga yg balik.


Mata mak pandang camera tang mane?? Hahaha. Anak sulung saya abang irfan dah tinggi. Form 1 ht 171cm. Apa ko makan bang??


Tahun ni Kakak Yasmin & Marissa masih beraya bersama saya. Tapi malam tu ayah diorg dah dtg amik. Xsempat ziarah kubur ibu diorg raya pertama tu..

Juadah pagi raya pertama my sis in law requested laksa. Nasi impit kuah kacang & rendang ayam. Xtahu mana pergi semangat nak beraya tahun ni. Semua untuk anak2 aje..

Baju tu sebenarnye blouse. Mak diy dada dengan flared. Tambah beads sikit. Kain kurung duyung mak jahit sendiri. Bukannye pandai sangat mak nak menjahit. Lama dah xpegang mesin jahit.

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy