30 June 2015

Cerita tentang minggu lepas



Assalam buat semua..

Minggu lepas sgt2 bizi buat saya.. Case OT boleh dikatakan hampir tiap hari. Penat lain sikit sebab bulan puasa kan.. Kalau bukan Ramadhan boleh je minum lepas satu case...

Sepanjang Ramadhan, masak memasak utk berbuka mmg saya yg sediakan,. Sampai je kat rumah, senteng lengan baju terus masak, tak dek duduk2 dulu. Husband pulak cuma singgah bazar utk beli air. Hah mcm tak dek air dah kat umah, kikiki..



Last week Sabtu saya merengek kat husband nak handbag raya.. Hahaha melampau2 permintaan wife. Merayau la kami ke KL ~ Sogo actually mencari sandal raye utk budak2. (me & husband sahaja yg pi) Last2 sandal semua settle, handbag xdek yg berkenan di hati pulak..



Ni gambar berbuka di DARC (Denai Alam Recreational & Riding Club) Jumaat lepas. Alhamdulillah, husband dapat 6 meja utk di penuhi malam tu.. So, rezeki adik me Azi sekeluarga, husband punye best friend si Pjo & keluarga & the rest office-mate husband. Ramadhan Buffet masih mcm last year, dewasa rm33, kanak2 rm15. Kalau uols nak try boleh tengok di web diorg ya.. SINI

Makanan for me best2.. Macam2 ade



Harta



Me & my sis (mama Azi)



Lepas berbuka, anak2 boleh riding house free ye..



Sabtu malam, kami sempat balik ke kg, MIL masakkan sambal petai untuk husband. Roti jala cicah kuah durian. Ikan terubok bakar.. Aduhai... Ahad lepas berbuka bergegas balik ke Shah Alam. Pukul 11.30pm macam tu sampai depan rumah. Alhamdulillah,,


Bz kan?







25 June 2015

Alhamdulillah




25th June
Terima kasih Ya Allah kerana masih beri peluang hambaNYA ini bernafas... Masih beri peluang kecap bahagia bila terpandang wajah2 kesayangan.. Semoga rezeki kite bersama berpanjangan.. InshaAllah

Tahun ni husband buat kejutan beli kek.. Hehehe rasa mcm dah lama sgt husband xbeli kek utk wife dia ni.. Malam tadi saya dah potong kek utk umur ke 34th.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...



Iftar (7th Ramadhan) semalam saya hanye goreng nasi. Tak tahu nak makan ape dah.. Last2 buat Nasi goreng kampung. Tabur ikan bilis garing. Telor dadar & sambal kering tempe sebagai menu tambahan. 



Sempat buat goreng pisang cheese. 1 portion goreng biase. Husband pulak balik dari keje, dah siap beli air tebu & durian.. Ni requested by Baby Kimie & abg Tomato.


Cheese dah nak habis..huhuhu Tabur chocolate rise jugak.



Durian masih lagi mahal harganye kat area sini.. Cepatla musim... T.T




24 June 2015

#Resepi Ayam Bungkus Kertas






Resepi yang amat simple

Bahan:
Ayam
Myk masak
Putih telor ~as glue ;) (tapi kite staplerkan jek)

Bahan perapan ayam:
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Sedikit myk bijan
Kicap pekat
Sos tiram
Cendawan Shitake di hiris
Garam & serbuk perasa

*Blend



Perap ayam 1-2jam

Cooking paper kite gunting petak (saiz agak2 la boleh muat ayam tu). Seal paper dengan elok ye supaya jus2 perapan xkan kuar mase menggoreng..



Goreng bungkusan ayam tadi lbh kurang 15-20 min @ hingga masak dgn api sederhana besar.

Makan tgh panas2 sedap 😘






23 June 2015

#Ramadan 6th




Alhamdulillah.. Masih bernafas.. Masih sihat.. Masih ade khudrat utk berterawih.. Alhamdulillah.. Harap member2 alam maya pon sihat sepanjang ibadah puasa ni.. Selamat menyambut Ramadan yg mulia ini ye.. Baru berkesempatan nak ucap & update blog.




Hari pertama sampai semalam anak2 kuat puasa. Alhamdulillah.. Bangun sahur xpernah miss lagi.. Hehehe 

Saya masih memasak juadah utk berbuka puasa. Simple je pon.. Ehehe janji diorang makan bertambah.



Juadah puasa pertama. Sup tulang. Saya rendam bihun jugak, anak2 la paling suka makan bihun sup ni. Mak apak makan nasik.. Hehehe


Perkena sikit sambal kicap.. 



Ayam goreng hot & spicy. Share resepi my fren (org Nogori) kat sini ya..
Cili api & bawang putih di tumbuk (jgn halus sgt)
Goreng ayam hingga garing. Angkat & ketepikan. Goreng bahan yg dah tumbuk hingga jadi coklat2 tambah garam & perasa then masukkan ayam yg digoreng tadi. Tutup api. 



Sayur kailan ikan masin. Fav uwan ni...



Xberapa nak menjadi. Apam labu ni rasa mcm 'berat' jek.. Lain kali buat lagi ya..



Ni gambar kami berbuka di Restoran Kambing Bakar Sahara Ahad lepas, my hubby nak makan sgt set nasi kambing bako tu.. Uwan dengan gugurl pi Bentong follow my sis.



Sampai sini dulu ya.. Ni tgh scrool FB tengok resepi utk berbuka nanti.. hehehe 

Ya Allah.. Terima kasih di atas rezeki ini.. 









17 June 2015

#Cooking




Dinner malam tadi. Still masak memasak.. Walaupon simple.. Alhamdulillah


Ikan kembong asam pedas. Mixed terung kecik balance masak hari tu.



Stim kerang dengan lemon.. Nahhh rajin ibu kopek sebijik2 tinggalkan sebelah kulit utk senangkan budak2 makan..



Ulam & sambal goreng..


Simple sgt2.

Bento terakhir sblm puase esok. Coklat waffle & biskut oreo.





16 June 2015

Presentation & Majlis Sambut Ramadhan



السلام عليكم & Hi...


Hampir seminggu x update blog.. Bz sampai xdek mase nak jenguk pon..

Alhamdulillah.. Bz dek prepare slide.. Settle dah presentation saya yg last untuk tahun ni.. Boleh baharukan lesen tanpa ganggu Ramadhan Al-Mubarak lusa nanti...




Last presentation, Introduction & Handling Emergency Trolley
Maaf gambar kurang memuaskan... Guna projektor haruslah padam lampu kann, tapi kang bergambar guna flash henpon mcm belagak diva pulak, kikiki

Tadi lepas my presentation, settle majlis menyamput Ramadhan yg kami buat di koridor CSSD. Hikss Alhamdulillah.. Bercampor baur perasan nak menyambut bulan mulia ni...



PotLuck masing bawak amat menyelerakan. Geng OT (me) masak nasik ajek hari ni. Semalam kami dah siap2 buat Tiramesu.. 

Ade laksa Sarawak
Nasik lauk campor
Ulam2
Sambal Belacan
Spagetti
Sambal Pulut
Desert2
Kuih muih
Air sirap bandung + soda & cincau



Ni mek comel namanye Mira.. Mak nye buat bubur chacha + ubi2an sangat2 best.. Sedapnye...




Cak... OT's Tiramesu nyummy!!!

Sampai sini dulu.. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas salah silap dlm penulisan (sangat) blog saya ni... Yg lemah dari saya...


Salam Ramadhan




10 June 2015

Marathon




Di Hujung Ranting

Novel bertahun dulu.. Sebelum Ramadhan menjelma..




09 June 2015

Good Morning, i love u!




Hahaha ni bukan ngengada tau.. 
Itu moto Good Morning Global Sdn Bhd. Baru je kiteorg attend talk tentang V-plus 18 Bijirin diorg last week. Sedap!



Tentang piramid makanan. Kebanyakkan kite dah memterbalikkan piramid tu.. Hahhaa betul kan? 

V-Plus 18 = 18 jenis bijirin
Beras perang, jagung, kacang soya, beras merah, kacang merah, barli, kacang mung, kacang garbanzo, kacang coklat, almond, kacang hijau, biji teratai, kacang soya hitam, gandum putih, milet organik, bijan hitam, beras pulutorganik, biji flaxseed.


Meh citer sikit (sebelum lupa, ni bukan iklan berbayar ye, just sharing a good thing) terutama utk pesakit diabetik (my mom) nutritious drink ni sgt2 membantu menurunkan kadar gula dlm darah, selain menurunkan kolesterol, blood pressure & body weight (yg ini utk me?) good kan? 



Diorg kasi refreshment dengan Nutritious Drink ni. Aduhai terus melting dengan rasenye. Me lebih suka shake dengan air sejuk. Nyummy! Terus beli setin 1/2kg kau!




5 Ramuan Aktif Utama V-Plus 18 Grains

1. Akar Bit Merah / Red Beet Root ~ Kaya dgn antioksidan & zat besi (menambahkan sel darah merah, bantu badan detox & sihatkan hati)

2. Kalsium / Calcium ~ Bantu kuatkan gigi & tulang

3. Lesitin Soya / Soya Lecithin ~ Kekalkan kesihatan pembuluh darah & jantung, tingkatkan fungsi & perkembangan sel otak.

4. Fruktoogosakarida / FOS ~ Prebiotik bagi tingkatkan pertumbuhan bakteria baik dlm usus & jadikan pemanis selamat kpd pesakit kencing manis.

5. Serat Larut Air (Fibersol 2) / Water Soluble Fiber ~ Bantu menurunkan kolesterol yg tinggi, tekanan darah tinggi & gula yg tinggi dlm darah.


Ni pasang niat nak breakfast / sahur secara clean diet sepanjang Ramadhan. Ie bantu beri tenaga, inshaAllah. Doakan ye.. 


Ikhlas sharing dari misi Alpha S.C 😘


ps: Boleh dapatkan V-Plus 18 ni di mana2 pharmacy ye.. Tin half kilo tu RM48 ajek. 
2 scoop daily + 200mls air (suam @ panas) TAPI lebih sedap shake dengan air sejuk.. Trusted me.. So yummy!!!



Alhamdulillah..



Sabtu, 6.6.2015
Selesai sudah majlis sambutan Ramadhan, Tahlil & bacaan Yaasin tahun ni untuk mereka yg telah pergi. 15.5 yg lepas, cukup 4 tahun abah pergi, & tahun ke 4 Ramadhan kami tanpanye.. Arwah emy jugak... Allah rindunya.. Rindu sangat...



Me & ipar duai belah husband. Lupa lak gambo along yg tengah sarat tunggu bersalin tu.. Dia bz makan.. Hehehe next time ye along..



Simple. Makan tengahari.
Menu uwan yg pilih:
Sambal ayam
Kari daging
Ikan goreng
Pecal
Ulam & sambal belacan
Kuih muih, agar2 santan
Buah tembikai
Air sirap ais & teh o panas


Majlis bacaan doa tahlil & Yaasin di ketuai oleh my father in law macam biasa. Alhamdulillah terina kasih abah..


Terima kasih Wana (schoolmate) sbb sempat singgah ke rumah. Kebetulan Sabtu tu ramai yg buat kenduri kan... Kawen, tunang etc..



Kalau dah dekat kg, xkena 'tanda' mmg x sah kan.. Si tomato tersepit jari kaki bawah buaian besi arwah atok. Terkoyak sikit.. Menjerit dia lepas tengok darah kuar. Sebabkan majlis dah nak bermula, me just cuci dengan dettol, sapu sikit minyak & balut. Lepas tu dah tak berani pi dekat buaian tu hehehe..


Jumaat malam Yop ngan ipar duai buat BBQ. Ade ayam panggang, daging burger & otak2 dari Kempas yg my elder brother in law bawak dari JB. 

Terima kasih atas sweet moment ni.. Terima kasih atas rezeki ini...



08 June 2015

MAB





السلام عليكم & Hi... 


Sharing about Maajun Anggun Bistari again.. :) 
Kebaikkan sangat banyak, so saya ambil untuk ini :)

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) adalah produk berasaskan herba digunakan untuk family planning (merancang keluarga). Kelebihan MAB ialah produk muslim, suci lagi halal dan tiada sebarang unsur bahan kimia. Fungsi MAB bukan setakat untuk family planning malah untuk penjagaan kesihatan dalam luaran dan untuk kecantikan wanita secara semulajadi. Pengambilan MAB tiada kesan sampingan jangka panjang malah boleh diambil berterusan   hingga ke usia tua. Pengambilan MAB secara berterusan menjadikan anda lebih anggun dan awet muda dari usia sebenar.


1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan/family planning.


2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.



3. Mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.



4. Memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.



5. Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.



6. Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.



7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan jg mengembalikan darah haid yg terhenti selepas penyingkiran toksin atau darah-darah kotor.



8. Membuang/menyahkan darah-darah kotor dan toksin dalam badan.



9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari.



10. Mencantikkan kulit iaitu selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan.



11. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.



12. Merawat/memecah ketulan angin bagi yg mengalami masalah angin di dalam badan.



13. Melawaskan pembuangan air besar.



14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.



15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (segugut).



16. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.



17. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi.



18. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.



19. Merawat sakit-sakit sendi, sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.



20. Mengempiskan perut dan menegangkan kembali otot-otos perut terutama bg ibu yg lepas bersalin.



21. Kelihatan awet muda bg wanita yang mengamalkan secara berterusan.




Source: http://majunanggunbistari.blogspot.com/







Sebotol harganye murah je.. RM18 sahaja (21 biji) 
Kalau berminat SMS/WhattApp ye 
010-334 5154





 sudi clicks?? :D

07 June 2015

Bz Sunday



Bz

Hari ni hari mengemas rumah kg (post kenduri) then kemas2 nak balik Shah Alam.. Sebelum tu pi kenduri sambut puasa oleh jiran tetangga :)



Me & Wana (schoolmate)

03 June 2015

Bila Rindu




Hehehhee bukan me yg rindu.. Husband. Last night pi jengah lagi kedai ni.. 

#Kambing Bakar Set RM8.80

Entry kambing Bakar di link bawah:




02 June 2015

Maajun





السلام عليكم & Hi... 


Uols makan maajun tak?
Kite baru start makan Maajun Anggun Bistari (MAB) ni lepas di syorkan oleh member. Asalnye terpandangkan kesan pengambilan Yasmin (OCP) yg kite amik sejak bertahun dulu diviralkan... Huhuhu takut pulak saya.. Terus terang saya ambil MAB ni selain utk kesihatan dalaman, jugak as OCP :)

Kalau dulu arwah opah ngan mak memang amalkan makan maajun (x ingat ape brand tapi bekas putih pelekat kuning) dulu2 sendiri yg kena gentel sebelum telan. Selalulah saya ni curi2 makan maajun, jangan terkejut ye sbb saya (time tu budak) suka rasa & bau maajun tu hahaha...



Botol yg comel senang simpan dlm handbag.



So, yummy!!!


Ok, itu dulu2.. Meh nak share sekali kat sini...


Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:


1. Kacip Fatimah 
- Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir



2. Serapat
- Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh



3. Senduduk
- Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama



4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin



5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating



6. Manjakani
- Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan lelehan mukus
- Membantu menstabilkan hormon
- Melancarkan darah dan memberi tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat
- Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut



7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.



Sumber : http://melur.com/myherba.asp




Sebotol harganye murah ye.. RM18 sahaja (21 biji)
Kalau berminat SMS/WhattApp kite ye
010-334 5154



 sudi clicks?? :D

01 June 2015

Our Weekend



Welcome June..

ehsan Google

Assalammualaikum wbt...




Sabtu lepas kami balik ke Tapah. Uwan & anak2 akan bercuti di kg seminggu ie sampai majlis tahlil tu nnt. Alhamdulillah Kimie xbyk kerenah mase me & husband gerak balik ke Shah Alam. Ibu pulak yg beria... rindu mode is on, hukhukhuk



Dua hari kat Tapah, sempat jumpa member2 sekolah. Sempat chit chat kejap. Maklumlah Cuti sekolah & Ramadhan kan nak dekat so, dah start blk ke kg masing2 seblm puasa.



Paling happy dapat jumpa my best fren forever a.k.a my cousin... liza



Sempat main2 dengan new bulus baby, flat nose ni. Im still kitty lover, gitu :)

Sempat pi kenduri pertunangan adik biras, Asmida. Jugak sempat ke kenduri doa selamat jiran sebelah umah MIL.. Alhamdulillah..






Semalam, utk dinner me masakkan lemak pucuk paku dengan kerang, ikan gelama masin goreng bawang & ayam goreng macam biasa.. Anak2 memang suka nasi tu letak kuah lemak byk2..



Belajar nak mengenyit mata..
Rindu sangat anak2 especially my baby yg suka tdo atas lengan ibunye.. Rindu.. Tunggu Khamis malam ibu ngan ayah balik ye..



Benar Rindu;
Ibu


 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy