14hb July 2018
Aisyah 10month
Sepatutnye appointment cucuk immunisasi masa Aisyah 9 bulan. Dek demam, sesema & batuk on&off delay appt dia sampai sebulan. Aisyah amik MMR inj di Klinik Dr Zaini, Bukit Jelutong Shah Alam.
Lepas inj sehari, Ahad malam badan Aisyah start dedar. Meleleh sesema balik pulak. Isnin pagi terus mata xleh bukak. Taik mata yg sgt sticky + banyak. Mak ingat panas dr dlm bdn Aisyah..
Cont. kasi syr paracetamol yg Dr Zaini bekalkan.
Aisyah meragam ajek. Sampai hari Rabu malam baru bawak ke klinik. Dr kata taik mata Aisyah bukan disebabkan panas dalam tapi kena jangkitan mata. Astagrafirullah.. khilaf me as ex nurse xperasan semua tu.
Adik Qarizh pon kakak ipar saya dah siap2 amik tgh malam tadi, takut berjangkit. Kesian pulak baby tu nnt. Oohh nnt saya cerita di entry lain, baby Qarizh tu anak susuan saya. Anak kesayangan mak jugak tu.
Pagi ni mandrem kan diri sendiri hihihi
Ikhtiar membanyakkan lagi susu badan. Semoga mak dapat menyusukan sepenuhnye kat Aisyah.
Semoga Aisyah cepat sembuh..
Mak sayang banyak💕