13 December 2010

Asam Keping

Salam... ^_____^

Ini gambar en. google -
Asam keping a.k.a botaninya garcinia cambogia

TQ google

Nak cerita sikit, masa saya kecik2 dulu duk kat kg arwah opah Loan.. Opah saya ade pokok ni, arwah jugak akan menghiris buah asam ni untuk di keringkan, jugak sometimes klu dah byk sgt, arwah opah akan jual kat kedai...

Ni rupa pucuk buah asam tu...

Nak tau?? MummyHaza sukkaaaa sangat makan daun pucuk buah asam ni, sangat masam, sangat crunchy okeh!! Oh rindunye saat2 tu... Rindu kat arwah opah jugak... sob, sob, sob

Okey.. lap air mata ye mummyHaza..

Nak cerita mengenai asam keping ni.. mummyHaza x berapa praktik sangat asam ni dlm masakan.. x berapa gemar, tapi klu ade sesapa nak masak memasak kat umah mummy, asam keping ni ade banyak yek... cuma x guna jek..

Info about Asam Keping

Selain nama yg kat atas, asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.


Okey... info ni dari Utusan Malaysia yek.. Nak share ngan korang sumer.. ^__^

Related Posts by Categories



4 comments:

  1. bee suka guna asam nih..letak dalam masakkn sup...sardin..tomyam ker...sup ikan ker...uwahh

    ReplyDelete
  2. @honeyvsbee hehehe... nak x? kat kg akak banyak.. sekarang mak mertua pulak rajin proses asam keping ni.. Fresh from farm.. ^__^

    ReplyDelete
  3. akak suka asam keping nie...masa dlm pantang cuci cik bunga bg cepat jahitan tu elok:):)

    ReplyDelete

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy