25 December 2010

Jering??



Salam yek...



Korang, nak tanye korang suka jering?? Ohh saya suka jering muda yek. Nyum2 sedap.. Crunchy2 gitu.. Ishhsh nape si mummyHaza citer pasal jering.?

By the way, saya ade kat kampung.. Hari ni cousin hubby bertunang. Esok pulak kami akan ke Kedah pulak utk meminang untuk si Is, adik ipar saya.. Lunch tadi kami makan nasi berulamkan jering.. sangat sedap di cicah dengan sambal belacan.. hehehe (p.s sambal belacan MIL saya sedap tau)


Ok nak bercerita pasal JERING hari ni.


Jering adalah tumbuhan yang berasal di Indonesia, Malaysia dan kawasan ASEAN. Daripada kajian yang telah dilakukan jering didapati mengandungi zat permakanan seperti berikut :-

  1. 3.5 peratus protein,
  2. 0.1 peratus lemak,
  3. 1.7 peratus karbohidrat,
  4. banyak mengandungi kalsium,
  5. banyak mengandungi fosforus,
  6. banyak mengandungi besi,
  7. vitamin A,
  8. vitamin B,
  9. vitamin C.

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino, yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure)". Keadaan ni biasanya menyerang lelaki, dan tidak ditentukan oleh cara penyediaan jering, dan merekayang memakannya banyak kali tanpa apa-apa kesan, mungkin mendapat kegagalan renal pada satu ketika lain.

Saurce dr SINI yek... gambar dr google

Hubby saya pulak peminat petai. Klu sambal petai lagi dia minat, sure nasi bertambah2.. Bab jering pulak hubby saya suka 'jering tanam'. Korang tau ke? Jering tanam tu, jering yang dah di buang kulit & di tanam kembali selama lebih kurang seminggu dua. Nanti ade cambah kuar, so uols boleh korek balik jering tu, cuci bersih2 then boleh makan... hehehe katanye more lemak.. ^___^

Related Posts by Categories



2 comments:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy