08 December 2010

Be ALERT - pink ribbon


Salam mommies...



Hari ni saya nak share ngan sumer kaum wanita mengenai Breast Cancer.. Kaum lelaki pun boleh baca untuk menambah ilmu pengetahuan..

Ececeh..

Ok, Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Amat2 bahaya.. Saya sendiri pernah berhadapan dengan patient yang mengalami right breast cancer ini ye, di mana beliau 40's tidak berkahwin. Kesian ya..

Beliau admit di wad saya semasa saya berkhidmat dengan Assunta Hospital tempoh hari..
Sangat kesian tiada keluarga yang kasi sokongan penuh, maksud saya bukanla dia x diberi sokongan tapi x dek hubby @ anak yang dapat beri sokongan yg padu... hanya ade ibu & ayah yg sangat tua.. =(

Time tu luka di breast dia sangat bengkak, bernanah & berlubang juga berbau ya puan2..
Hari2 saya la yang jadi tukang dressing pada si pesakit ini.. Sangat kesian, she's on syrup morphine now.. OMG

Ok saya pun x tau 'perjalanan' hidup beliau hingga sekarang sebab saya dah tukar centre now, back to the point..

Apa itu breast cancer / kanser payudara??
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Tanda2 amaran buat wanita...
1. Terdapat benjolan di mana2 bahagian payudara.
2. Perubahan pd permukaan kulit payudara : dr segi warna & teksturnya yg berlekuk & berkedut (orange skin)
3. Pendarahan @ lelehan luar biasa daripada puting.
4. Puting tertarik ke dalam.
5. Perubahan luar biasa pada bentuk & saiz payudara.
6. Perubahan pada kedudukan puting.



Peringkat kanser payudara..
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Sangat2 merbahaya ye puan2.. Saya akan upload cara pemeriksaan sendiri payudara....
Hari ni saya kena cover sister yg telah bercuti seminggu.. huuhuhu sgt bz..

Related Posts by Categories



4 comments:

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy