08 December 2010

BE~Step by Step.

Salam sumer ye... hehehe BE tu Breast Examination ya..
ok seperti di janjikan mummyHaza dengan rajin sekali menaip langkah2 untuk breast examination... hehehe boleh gitu??


Ok langkah 1
************************
(Tanggalkan baju anda & berdiri depan mane2 cermin, jgn cermin kete anda sudah, kuikuikui)

ok perhatikan payudara anda dgn:

1. Letakkan kedua2 tangan anda lurus disisi & perhatikan perubahan luar biasa seperti bentuk, warna, tekstur kulit, kedudukan puting & jika terdapat cecair @ darah drpd puting tersebut.

2. Anda juga boleh memeriksa dengan meletakkan tangan di pinggul. Tunduk sedikit ke hadapan sambil menarik bahu & siku kebelakang. Perhatikan apa2 tanda luar biasa payudara anda.

3. @ letakkan tangan di belakang kepala & tolak kepala anda ke hadapan. Anda akan berasa ketegangan otot dada & bentuk payudara akan jelas kelihatan.



Langkah 2
**********************
Pemeriksaan ketika berbaring.

1. Baring melentang dgn meletakkan sebiji bantal di bawah bahu kiri bagi membolehkan tisu payudara leper & melebar.

2. Letakkan tangan kiri di belakang kepala anda.

3. Rasa payudara anda dgn menggunakan 3 jari tengah tangan kanan anda. Gunakan bahagian yg rata utk memeriksa. Gerakkan jari dlm bentuk bulatan kecil (sebesar 20sen) Tekan dengan perlahan tetapi mantap di seluruh payudara.

4. Mulakan dr bahagian yg luar & gerakkan jari anda ke seluruh payudara sehingga ke puting.

5. Akhir sekali picit puting untuk memastikan x ade lelehan.

6. Ulang ape yg anda lakukan pada sebelah payudara kanan pula. Pastikan gerakan jari dilakukan ke seluruh kawasan payudara sehingga ke bahagian ketiak.


Ok selamat memeriksa payudara anda sendiri... Pesanan ini dibawa oleh mummyHaza untuk semua.. daaaa

Related Posts by Categories



4 comments:

  1. terima kasih mummy....kerana berkongsi tips yang memang sebagai wanita perlu n wajib tahu...

    ReplyDelete
  2. saya ada ambik package every year buat whole checkup tmsuk be nih.

    ada jg buat sndiri tp t.confident heheh

    ReplyDelete
  3. @So Shy Lady hehhe susah jugak be ni... tapi klu biase buat, ok jek...

    ReplyDelete

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy