16 February 2021

Resepi Ikan Kembung Portugis



السلام عليكم & Hi again...


Dah lama sebenarnye nak share dlm blog mak ni.. 
Simple cara mak la ye. Ni agak2 aje ikot berapa banyak ikan uols.
Versi BAKAR dalam oven ya.


Ikan Kembung 7-8 ekor
Daun limau purut di hiris
Daun kesom


Blend halus:

Cili kering anggaran 2 genggam
Bawang merah 2bj (mak guna bwg beso)
Bawang putih 5-6bj
Buah keras 3-4bj
Halia sikit
Lengkuas sikit 
Serai 2 btg


Untuk goreng bahan blend tadi, uols guna minyak gorengan bawang putih tau.
Agak2 bahan blend tadi dah separuh masak, perasakan garam, secukup rasa & 
sedikit sos ikan (cara mak) 

Sediakan aluminium foil ikot kesesuaian saiz ikan
lumurkan ikan dengan bahan tadi. Korang boleh add bendi ke, petai ke time ni.
Bungkus jangan kasi leaking ya. Masuk oven 160°c ~ 15minit 
(ikot jenis oven uols)




Selamat mencuba uols.

Related Posts by Categories



0 comments:

Post a Comment

Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy