02 September 2010

Zakat

♥Salam mommies εïз..

Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima.


Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat.


Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.


Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan.
Ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua’fa (orang lemah). Mereka ialah fakir, orang miskin, amil yang menguruskan zakat, mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang dalam perjalanan.
Jelasnya, dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.


Zakat fitrah diwajibkan pada Ramadan kerana Allah memberi keistimewaan kepada Ramadan sebagai bulan toleransi dan perpaduan antara kaya dan miskin.


Orang kaya difardukan berpuasa bagi membolehkan mereka merasakan keperitan hidup orang miskin apabila menahan lapar dan dahaga kerana ketidakmampuan memenuhi hajat hidup.
Dengan itu, akan timbul kesedaran dan rasa simpati terhadap keperitan hidup orang miskin. Rasa simpati ini dibuktikan dengan kesediaan mereka membayar zakat fitrah.


Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat.


Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.


Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: “Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagai menyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan kerosakan untuk menjadi makanan pada orang miskin.”
Islam menetapkan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, muallaf yang dijinakkan hatinya dan hamba yang ingin membebaskan diri (diberi peluang menebus diri tetapi tidak mampu), orang berhutang.
“Orang yang berjuang di jalan Allah dan orang musafir (yang kehabisan bekalan) dalam perjalanan, sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 60).


Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri.
Perkara ini ada disebut Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud : “Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan k makanan bagi orang miskin.


“Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkanlah ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya.

 p.s: Alhamdulillah mrHubby dah pi menunaikan zakat untuk kami b'5, 2 malam lepas... (^.^)


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos



glitter-graphics.com

01 September 2010

Ramadhan ke 22

♥Salam mommies εïз..

Hehehe September menjelma.. InsyaAllah 8 hari lagi kiteakan sambut aidilfitri...


Apa ni?? hehehe ini diari EBM saya.. Waduh sampai ade diari?? Ya, saya nak tgk byk mana dlm 1 bulan saya boleh ngepam.. Happy betul..


Ingat lagi x bby tomato saya suka makan tangan sekarang..Hehehe.. dah sampai blanket teether utk tomato sy.. Sila dapatkan di LittleWhiz ade sale sampai 16Sept ni.. Suka betul baby saya sebab Teething Blanket ni macam kite ronyokkan plastik.. Bunyi ala2 gitu la.. ^_^

 Sampai bawak tdo okeh..

 Yg ni pulak soft teething beads.. Murah2..!






hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


glitter-graphics.com

31 August 2010

~Merdeka

♥Salam Merdeka mommies εïз..

 x da nak cerita ape.. Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke 53..Saya bangga jadi anak M'sia.. Jauh dari huru hara.. Mohon keamanan hingga akhir hayat.. ^^


p.s'mummyHaza masih dalam kesakitan tangan kiri.. Huhuhu.. esok dah kena keje ='(







hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos




glitter-graphics.com

29 August 2010

sedih, pedih

♥Salam mommies εïз..

 Semalam saya masak sup tulang untuk berbuka... Huhuhu akibat cuai sy dgn gumbira tanpa sedar bhy menanti sebaik shj sy bukak tutup periuk, sup ngan wap panas membuak keluar dan menyambar tgn kiri sy.. Sakit gila okeh... Tangan sy melecur.. Dapur sy banjir dgn sup tulang..Dekat setengah jam sy menanti konon2 skt akan kurang.. Rupe2nye x... Haaa sakit!! Sebelum tu hubby dah taruk byk2 myk gamat.. Takut sgt tangan jadi mengelembong.. Alhamdulillah x.. Sampai Klinik Mutiara kat TTDI, saya di beri inj.pain killer.. Dr kata don't feed your bby for today, tomorrow can... Huhuhu..ini adalah sebab side effect inj tu..


Sehingga hari ni masih sakit tangan saya.. cam ner nak drive car ke tmpt keje.. Ayah.. boleh tolong ibu??


Ini stock EBM untuk bulan 8, fridge dah sarat, bila la sy nak dptkan chest freezer. Ade sesapa nak jual? ^,^ ..Tinggal 2 hari lagi complete bulan August.. Selamat tinggal August, September akan menjelma..


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos










glitter-graphics.com

27 August 2010

Salam Pagi Jumaat


♥Salam mommies εïз..

Kite dah puasa 17hari kan... Alhamdulillah hari ni pun Nuzul Al-Quran.. Lebih kurang 2 minggu lagi rayaaa...yeehaaaa... ^.^


Malam tadi dengan rajinnye saya membaking cheese cake.. Ehh tak tak... x bake pun. Sudah 'pukul' masuk dalam fridge.. ngengenge.. Semalam anak2 jadi model untuk kek ni.. Sukanye abang irfan tapi hanye makan straberi jek..Sukanye abang arman tapi makan oreo base nye ajek.. Haaaiihhh saya dgn si abang je la mamam benda ni..


1

2


3

4

5

6 |Siap|

Before cut kan, masuk dalam peti ais dulu yek kasi sejuk. Baru sedap nak makan :)



!!yummy!!

Kelmarin puasa ke 15, EBM saya 14 1/2oz
Semalam pun 14 1/2oz.. Hari ni..?? Saya cuti, mohon2 dapatla pump walaupun 1x.. =)



 
hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos



 
glitter-graphics.com

24 August 2010

Semua utk nya...

♥Salam mommies εïз..

Selesai sahur hari ni, saya rajin nak update blog.. hehehe m dah pi jauh2. Saya mengemas CD2 yang dulunya milik abang Arman, sekarang dah tukar milik.. All for Eizlan. Kira2 sume dah ade dekat 50 kpg.. Huhuhu x payah pakai disposable pampers yek..Mula2 saya beli CD dengan kakNieza.. Masa tu teruja betul.. Adik saya pun guna CD ni utk kedua2 gurl dia. Jimat katanye..




Semalam EBM saya terpaksa di storage kan dlm bottle jus kecil nih. Akibat kelalaian saya sebab x check, sume milk storage saya (bottle n liner) rupanye dah habis guna.. Huwaa..rasa nak nangis. Saya sedang menunggu liner sampai...




Ini adalah supplement yg saya ambik sejak lepas confiment hari tu.. =)) 
Ok sampai sini dulu..Hari ni saya masih mc dan full time housewife. Tomorrow i'm back as a nurse..


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos
 



glitter-graphics.com

23 August 2010

Ahad yg penatt

♥Salam mommies εïз..

Saya n mr hubby dah lama plan nak ngecat umah... Lama sgt2, hari Ahad semalam jek baru free nak buat. Sebelum ni, kami upah satu mamat Indon ngecat warna krim masa mula2 masuk umah ni. Bila anak2 dah pandai melukis, maka habis dinding ade hasil kerja diaorg =))


Ini warna asal dinding rumah saya..Krim~


mrHubby n roller paint nye.. =))

Separuh yg dah taruk cat tu dining hall comel saya.. Saya yg cat~




Walaupun penat, i'm manage pump 1x. hehehe.. dapat la 5 1/2oz.. Syukran2..Bukan senang saya boleh pump hari Ahad.. Nasib baik anak2 x minat dengan kerja besar ni ngengenge..


p.s Puasa ke 13 hari ni saya dapat pam 9 1/2oz.. Saya mc 2 hari sebab itchiness n redness both eye.. huhuhu
 
hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos




 
glitter-graphics.com

22 August 2010

Sepetang di Jusco Bukit Raja

♥Salam mommies εïз..

Semalam saya berjimba di Jusco BR. Berbuka pun di sana. Pergi bersama keluarga comel saya.. Niat kat hati nak cari baju untuk si kecil, abang2 dah ade baju raya..Tapi lain pulak.. Nanti2 aje pergi tempat lain untuk beli bj raya.. Ibu pun masih tercari2. Ayah pulak nak guna baju melayu yang masih ade.. Jangan membazir katanye.. ^_^

Ini aktiviti wajib anak2 saya bila ternampak jek benda yang kena masuk syiling nih!




Happy biking..~


Kami berbuka di Nando's. Cuba try Peri-Ria Set.. ChocTruff dia sedap.. Yummy!




BBy Eizlan wearing  'kendong'


P.s: EBM puasa ke 9 hari = 17oz
puasa ke 10 = 11oz
hari puasa ke 11 = 8 1/2oz


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


 



 
glitter-graphics.com

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy