18 February 2021

Lunch ape tu



Salam uols..

Lunch ape hari ni.. Saya sempat masak ni je. Bz mengait. 




🔅Kari telor (x santan)
🔅Ayam paprik
🔅Baby beans goreng telor
🔅Ulam peria
.
Jom #lunch

17 February 2021

Eizlan ibu


Salam..

Hari ni appoitment lagi Eizlan di Avisena.
Jumpa Datin Dr Nuraziah.

Setiap 2-3 minggu jumpa Dr Nuraziah. Sampai saat mak rase dah malas nak buat ape dah😂 

Eizlan ade multiallergic to food, environment tu eg bulu kucing, udara kotor akan menyebabkan eczema dia flare. Ahhh lebih kurang gitu le. Ni timbul pulak prurigo. Last 3 weeks dia kena injection di setiap prurigo dia. Bayangkan dia menangis meleleh air mata. Nak menangis kuat dia malu kot. 

Kalau cream tu.. mmm ntah bape banyak, berapa jenis dah. Bukan mak xnak monitor.. aduh pening kepala. 


Semoga cepat sembuh.. Selagi dia berpantang makan, dia ok cuma bintit2 kat tangan kaki tu yg nampak macam serius je. Sekali pandang macam budak berkudis jek😂 hahaha

Ehh macam xdek citer je dlm blog result utk allergic test buat hari tu.. nnt2 la kite citer la ye.. 






16 February 2021

Resepi Ikan Kembung Portugis



السلام عليكم & Hi again...


Dah lama sebenarnye nak share dlm blog mak ni.. 
Simple cara mak la ye. Ni agak2 aje ikot berapa banyak ikan uols.
Versi BAKAR dalam oven ya.


Ikan Kembung 7-8 ekor
Daun limau purut di hiris
Daun kesom


Blend halus:

Cili kering anggaran 2 genggam
Bawang merah 2bj (mak guna bwg beso)
Bawang putih 5-6bj
Buah keras 3-4bj
Halia sikit
Lengkuas sikit 
Serai 2 btg


Untuk goreng bahan blend tadi, uols guna minyak gorengan bawang putih tau.
Agak2 bahan blend tadi dah separuh masak, perasakan garam, secukup rasa & 
sedikit sos ikan (cara mak) 

Sediakan aluminium foil ikot kesesuaian saiz ikan
lumurkan ikan dengan bahan tadi. Korang boleh add bendi ke, petai ke time ni.
Bungkus jangan kasi leaking ya. Masuk oven 160°c ~ 15minit 
(ikot jenis oven uols)




Selamat mencuba uols.

01 January 2021

السلام عليكم & Hi...



HAPPY NEW YEAR


2021 Wishing for a better year with new opportunities and beautiful moments. Happy New Year, Let’s have a great year ahead.




17 November 2020

17 Nov 2020



17Nov2020 16year
.
Pssssttt psssttt org sebelah😙😙😘
.
Dear husband, thank u for always taking care of me and our family. We love you from the bottom of our heart! Happy #Anniversary my love!
.
Here’s to us, an awesome couple for annoying each other for 25 years!😂🤪
.
#1995
#myhighschoolsweetheart







01 November 2020

Kayu Pallet


Assalammualaikum

PKPB baru2 ni risau sangat2.
Semoga kite semua dilindungi olehNYA..

Husband sejak PKPB terbaru ni, start hobby baru. Asalnye saya mintak tolong buatkan rak dr kayu pallet pine untuk benang2 kait saya tu.. berselerak😂



Hasil tangan oleh husband.






Lepas tu start 1, 1 project dr kayu pallet oleh husband😂 Rak bunga, rak kasut. Multibox utk barang2 camping.. uihhh husband dah start bawak kami anak beranak pi camping. Termasukla bawak uwan sekali. Terbaru camping di Kuala Langat sblm PKPB ritu. InsyaAllah nnt saya share experience camping bawak anak2 yg ramai & kecik😁




Ni pon yarn box, utk current progress. Saya suka mengait kat depan tv @ luar rumah sambil tgk husband bertukang hahaha


1 Nov 2020
#palletwood
#palletproject
#yarnrack
#crocheting

19 August 2020

Bz



Dalam sebulan ni mesin jahit mak buat hal.
Mesin lama ni kena selalu belai😂

Dah 2x agen singer (walaupon mesin saya brand lain) dtg service mesin2 yg ade ni. Mesin jahit tepi ni problem benang melangkau jahitan. Adeh.. menyakitkan hati.. Lepas service, mesin jahit lurus pulak merajuk. Reverse motor buat benang bersimpul kat bahagian bawah. Fed-up betul. Lagi sekali dia dtg service. 




Sementara menunggu mesin jahit ok, sy mengait. Boleh release tension crochet ni..






Ada tempahan untuk casing car perfume. Dress kembang2. Alhamdulillah rezeki PKPP.
RM8/pcs sy jual.




W.I.P this week.
Unicorn baby blanket

14 August 2020

Bento Haza



Alhamdulillah.. 
Masih ade kesempatan utk sediakan bento/bekal utk anak2 ke sekolah.

Spagetti carbonara
Nasi goreng daging
Alhamdulillah mak & mertua berkorban tahun ni..


Bubur nasi & serunding daging kering

Mee goreng



Pasta cheese



Nasi lemak hijau
....

Semua nye simple2 bento ajek.
Ada jugak order dengan cikgu sehari sebelum kelas. Cikgu2 pon sgt ambil berat tentang makan anak2 murid. New norm anak2 xboleh berada di kantin waktu rehat. Semua kena makan dalam kelas..

24 July 2020

22.07.2020



Alhamdulillah..
Dah 3 hari sesi Sekolah Kebangsaan bermula dengan new norm. Saya pon dah start balik bento untuk anak2. Abang2 sekolah menengah pon start bawak bekal.

Saya masak tapi simple2 la.. bangun pon 5 minit sebelum 6am😂




Spegeti carbonara & kek pisang.




Macaroni sosej & ayam goreng.


Nasi goreng telor mata & pisang.

Alhamdulillah anak2 xbanyak kerenah. 
Semoga anak2 kite sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. 

16 July 2020

#hazacrocheting


Alhamdulillah.. masih boleh crochet.. 
dah lama tinggalkan crochet & yarn😂
PKP haritu lagi la saya rajin mengait sbb kurang ambil tempahan menjahit baju.

Antara hasil sepanjang musim PKP. Alhamdulillah masih ada rezeki😂



Pillow anak dara



Baby blanket utk Cik Aisyah Sayang💕
Throw Blanket


Ini pon beg uncang utk Aisyah. Tapi jadi sling bag utk dia.



Aisyah dengan abang sulung dia. Manja.


Newnorm sekarang face mask penting kan?
Saya amik tempahan face mask extender. Save ear la macam tu😂 Lebih 200pcs saya kait fme ni.. FME ni saya jual RM2.80 sekeping yg sz standard. alhamdulillah saya happy. 













Last week husband bawak kami bercuti di PD.
Lama anak2 duk berkurung dlm rumah. Happy diorg dapat mandi laut..


Baby hat yg saya kait untuk dia💕

Sampai sini dulu ya..



Current WIP. Baby blanket💚💕💙

15 July 2020

PKPP school start back


15July2020

Assalammualaikum..

Lama xjengah blog.. 
Hari ni anak2 dah kembali ke sekolah.
Bercampur baur perasaan. Takot ade.. semoga baik2 sahaja.. ikot SOP insyaAllah..


Anak sulung & ke2. Sekolah yg sama. Waktu belajar pon dah bertukar. Hati2 ke sekolah ye. 

10 April 2020

Extended till 28th April




Semoga cepat berakhir..

C&P

JEMAAH MENTERI 8 APRIL 2020
MEMBENARKAN PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR TAMBAHAN UNTUK BEROPERASI DALAM TEMPOH PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19

Senarai Sektor Pengilangan; Perkhidmatan yang Dibenarkan:

1. IndustriAeroangkasa

2. IndustriAutomotif
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan.

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air
bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan
bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja
seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
    1

(hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman;
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan
beroperasi sahaja; dan
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi(full service dan bukan layan diri)

09 April 2020

Tailor Kecil



Assalammualaikum..

RMO Day22

Apa khabar semua..? Semoga kite semua sentiasa berada dlm lindunganNYA..

Susah hati sangat keadaan sekarang ni kan.. 
Semoga virus covid ni cepat berakhir.. Semoga kite tenang menjalani ibadah puasa xlama lagi ni.. Allahuakbar..


~Baju kurung pesak Pahang~

Saya masih menjahit.. Ada tempahan sebelum terjadinya covid ni.. Memang dah xamik sejak kerajaan perintahkan RMO/PKP. Memang agak terbatas untuk menjahit.. Bahan2 jahitan bukanlah sentiasa ade je kat rumah ni.. Me tailor bilis...



Sempat amik gambar twinning dengan anak dara kat tepi rumah.. Sejak RMO Aisyah memang xpernah kuar😢


~baju kurung kedah~
kain selisih batik.. Bawah baju tu memang saya jahit guna jahitan sims. Untuk budak2 mcm comel je.. hehehe



Ok. Sampai sini dulu ye..






08 April 2020

Nisfu Syaaban




Hari ni masuk waktu maghrib maka bermulalah Malam Nifsu Syaaban. Jom sama2 kita manfaatkan mlm Nisfu Syaaban dgn baca Quran, zikir, mohon doa byk2 agar diri, keluarga, jiran, negara & dunia di rahmati & di lindungi Allah💕

06 April 2020

Eizlan is 10🎉


Simpan kat sini.. Anak ibu Eizlan Shah..





Born on April 4th, 2010 at 9:20AM (suppose EDD 3/5/2010). Weighing 2.9kg and 50cm in length.

Ibu kuar ke DEMC sesudah subuh sbb dah ade tanda2 bersalin 😂 35w6d dah nak masuk 36wk time tu.

Sampai DEMC Dr Mazita pulak on leave😂 Dr Norleen take over.. alhamdulillah keluarla anak ibu yg paling beso time tu 2.9kg😆









Eizlan.. Abg penyayang tapi cepat merajuk, tapi lebih rapat dgn ibu.. maybe sbb ibu duk jaga dia kat PPUM sampai ibu benti keje as a nurse kot🤣 





Di sebab kan sekarang RMO, ibu buat kek cekelat & topping cekelat yg beli kat Langkawi tu hari.. Happy 10th birthday anak ibu.. We love u more!💕

 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy