10 May 2010

~Mom&BabyExpo'10~

♥Salam mommies εïз..


Semalam saya m'gagahkan diri sendiri ke ExpoMom&Baby kat midvalley.. Hehehe berani nak pg tu sebab  tempoh b'kurung sy tinggal bbrp hari.. Ini 1st experience sy ke sana, exited sgt.. Bestnye x t'kata.. Jln2 ngan mr Hubby, 3 org hero m'buatkn sy seperti di kelilingi oleh pahlawan..Bibik jugak ikut serta. Saya ke booth Mom's Little Ones.. Sempat sambar a few stuff~bekalan nk msk kerja semula nanti~ Milkmaid ni sy br nak try.. Ok ke ek? Mr Hubby lak menyambar khemah kanak2 kat booth tu jugak.. murah RM20.

 Saya bersama abg Arman (tdo dlm stroller), bibik

Manakala si tomato saya b'sama mr Hubby
...Abang Irfan time ni b'lari2...
(",)


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos




glitter-graphics.com

~Potty Train?~

♥Salam ibu2 εïз..

Hari ini saya tinggal dengan eizlan sahaja.. Anak2 yang lain dah start ke tadika hari ini setelah sebulan bercuti b'sama2 ibunyer ;D..

Asalnye mr Hubby kata abang arman x payah ke tadika dulu tapi awal2 lagi abg arman dah bangun. x nak ketinggalan ke tadika. Lepas mandi, bibik pakaikan pampers pada arman. Hah saya kata pada arman 'tadika kena pakai pampers?' Sebenarnye saya dan mr Hubby dah byk kali rasa nak pulas telinga potty train pada arman yang akan b'usia 3 tahun 14th June ni, tapi setiap kali ke toilet, he's refused to BO in bowl.. Aduh ada satu kali tu kesian cikgu arman kena cuci BO arman banyak kali kat kinder garden. Saya b'+ pening bila abg arman x nak ckp yg dia BO until kita t'cium wangian tu. huhuhu..Sometimes sampai bump turn redness.. Sakit betul.

Tips untuk semua diri sendiri agar si abang Arman ber 'potty train' dengan jayanyer. kehekehkeh....

Beli potty dengan bentuk menarik (ajak si abang arman time membelinya).

1st letakkan potty di bilik air. Kasi tau abg arman, dia yang akan memakai potty tu nanti.

Lakonkan cara menggunakannye, atau bacakan dia buku cerita tentang anak kecil yang belajar menggunakan potty @ tunjuk/cari gambar toddler sedang memakai potty pada majalah-majalah parenting.

 Untuk memudahkan pencucian potty, sebelum si kecil buang air, letak sedikit air pada potty nya.

Mungkin mummyHaza akan letak something b'bentuk mainan kat dalam toilet tu..?? mmm gambar2 yg lucu ke... Ajak menyanyi ke.. Bersembang ke..


mummyHaza...Fikir2 kan....



hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos








glitter-graphics.com

08 May 2010

~ohh ibu~

♥Salam mommies εïз..


Selamat Hari Ibu buat semua ibu di atas muka bumi Allah ini... x ternilai kasih sayang seorang ibu dengan wang ringgit.. Saya memahami bagaimana susahnye untuk menjadi ibu yang terbaik daripada yang baik... Wahai ibu2.. dengarla luahan hati juga seorang ibu.


Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..

Terima kasih ibu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos
glitter-graphics.com

05 May 2010

~Jaundis~



 ♥Salam mommies εïз.. 
Baby saya dah 1 bulan semalam... ;)

Hari ini saya ke DEMC untuk post natal appt wif Dr Mazita, my baby tomato saya pula follow up ngan Dr Roliza for immunization ..Kami di bawa oleh Mr Hubby. Alhamdulillah Dr Mazita check my uterus's size back to normal.. She advised me continue wif fully breast feeding.Katanye saya dah boleh start BP sekarang untuk bekalan bby semasa sy start keje nanti.. Byk sangat tip yang di beri oleh beliau, saya happy sangat.. sekurang2nye ade jugak orang support selain hubby saya.. Ok part saya dah settle.. Follow up PRN jer.. hehehe Oh ye.. b4 that Ms Misi2 tlh mengambil wt anak saya 4.2kg..Hehehe cayok2 BF..

Kami ke bilik Pediatrician Dr Roliza pulak.. Ape yang saya jangka betul belaka, Dr Roliza kata anak saya ade jaundis. Alamak... nampaknye rawatan jaundis baby tomato saya sebelum ni x berkesan..She took my tomato's blood for LFT, Renal profile n bilirubin count.. Sian sangat bby tomato menjerit sekuat hati sampai terberak di cucuk oleh Dr, she said will call us immediately once result ready (if worse) otherwise follow up  after 1 wk.. Alahai baby ibu, poor boy.. So, Dr Roliza kata ini adalah Breast Milk Jaundice dimana saya harus b'henti sebentar dlm pengambilan jamu pantang... huwaaaaa... TAPI for my baby.. ape saje ibu akan lakukan.. saya berdoa agar blood result baby tomato saya normal..

Ibu2... Di sini saya ade skt info about jaundice..

Apa itu jaundis?

Adalah warna kekuningan yang kelihatan pd kulit yang di sebabkn peningkatan kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.  


Apa itu bilirubin?


Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.




Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?


Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:


  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak merbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.


Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?


Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :


  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami G6PD defisiensi.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.



Apakah yang doktor akan lakukan?


Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.




Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?


Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:


  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).


Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.



Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

  1. Rawatan foto
  2. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

    ( pic dr google)



  3. Pertukaran darah.



Pencegahan jaundis


Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Haa info ni dr myHealthPortal ye..

 Okla.. Bertemu kembali nanti yer.. Saya nak beri baby tomato BF..



hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos

01 May 2010

~Tempe~

♥Salam mommies εïз..

 Hari ni sy nk share dengan mommies2, menu kegemaran sy..Dari zaman kolej2 dulu, especially during Ramadhan month my mom will tapaukan for me...hehehe sedap tau walaupun mkn dgn nasi panas jer..

 So, ni resepinye..Di ingatkn sekali lg, ini adalah cr sy,.. kot2 ade kwn2 diluar sn kata yang resepi sy ni salah atau aneh atau x complete... hehehe harap boleh share yek..


Tempe goreng Jawa



  • Tempe potong nipis  
  • ikan bilis goreng  
  • kacang tanah goring  
  • kacang panjang @ buncis dihiris serong  
  • soohon  
  • cili hijau muda dihiris serong  
  • 4-5 sudu besar cili giling  
  • 1/2 biji bawang besar - blend  
  • 2 ulas bwg putih - blend  
  • seinci belacan  
  • 1 sudu kecil air asam jawa  
  • garam  
  • gula putih @ melaka

Cara-caranya:



  • Tempe di goreng hingga garing. Dah masak ketepikan.  
  • Tumis cili giling, bawang dan belacan hingga betul2 masak cili tu.  
  • Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian masukkan garam n jugak  gula. Kacau sampai hampir kering.  
  • Kemudian boleh lah masukkan tempe,kacang tanah, ikan bilis goreng, soohon, kacang buncis n cili muda hijau. Kacau rata. Goreng sampai kering. (jgn lama sgt nnti hangus). Dah siap boleh lah dihidang dgn nasi panas.

Ok.. see next lembaran.. Daa..Selamat mencube..





hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos

30 April 2010

~Decoupage?~

♥Salam mommies εïз..

 Lately, saya minat dengan kerja kraf decoupage ni... Tetiba jer. Sy nyatakan hasrat hati ku ini kt hubby..
Alhamdulillah mr Husband allowed me to do this during my confinement leave.. Mr Husband jugak tolong sy bab mengecat & me'varnish' hasil kerja sy. Hehehe u know ayah..How much i luv u. 
(Arman kata "Besaaaaaaaaaar sangat") Hehehe (",)


1st project is deco plate.. I bought this @ KK. First memang English rose sticker ni ngelembong dibuat saya, hehehe xpe2..ni percubaan pertama hubby kata. Then saya on9 cr info2 about docoupage..Kerja deco ni bukan mudah ye bagi org yang baru seperti sy.. Kena ade guide tau, x kiralah cr on9 ke, buku ke, kelas ke..
 Project ke dua, tin biscuit jacob's jadi mangsa sy.. ini lah hasil kerja sy & hubby..


Selepas ni saya nak belajar buat Folkart pulak.. Cantik tau.. Ni contoh FA yg saya copy dr blog deco, 
credit untuk Ms Ida...

K..Bby tomato sy dah menangis nak susu.. Selamat mlm..



hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


29 April 2010

~Aktiviti weekend~

♥Salam mommies εïз..

Lama rasanye x update blog.. Saya bz.. Bz ngan anak2. Bby tomato saya kuat menyusu. Bangga rasanye bby dapat susu secukupnye dari mummy dia.. Kali ni, saya punye azam berpantang dengan kuat rapi,, sebab mase lahirkan abg arman saya kurang berpantang sebab saya bersalin operation.

Minggu lepas sy pulang ke kampung di Perak, pertama kali bawa bby tomato ke sana, opah hubby suruh cukur rambut eizlan, tapi x ade sape pulak yang berani nak cukurkan.. At last, hubby guna mesin je untuk pendekkan rambut eizlan... Anak ibu ni pandai, dia deep sleep je sepanjang proses 'mengetam' rambut, hehehe ;p


 Yg ni dah selesai mengetam rambut baby tomato saya..  Chumel anak ibu nih..!hehehe...


Cukup utk n3 kali ini. Saya nk sambung menyusukn tomato sy itu.. W'salam


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos





16 April 2010

~Did u know?~

♥Salam mommmiesss....


Today, i would like to present about care in breast feed... Ewah... Hehehe... ni ade sikit info untuk ibu2.. especially untuk mummyHaza yang sering lalai lupe..

♪♪   Make sure our baby is latching on to the full areola and not on the nipple, because bila baby sucks on the nipple it will get sore and hurt very fast,,, aduhh.. sakit kan...

♪♪  Apply wet & warm compresses 3-5min b4 breastfeeding to help the milk to flow..  

♪♪  Make sure baby can breathe properly while breastfeeding especially time mummy jugak nak lentok.. haa.. bahaya nih.. jgn t'tido ye ibu2.. Feeding baby kita dulu, k.

♪♪  Ideally you should alternate the breast each time you breastfeed; at the beginning of a feed your baby sucks stronger and your breast adapts the production of milk to the sucking of your baby...

♪♪  Always wash your hands b4 start to breastfeed our baby.. penting ye..

♪♪  Don't use alcohol @other products on your breast because they could lead to irritation..

♪♪  To avoid infection & sore nipples, rub some drops of your own milk around the nipple area after you breastfeed & let them dry... berkesan tau mommies..

♪♪   Don't bottle-feed your baby additionally because this would lead him to drink less breast milk & thus less milk will be produced....

Haa.. most common reason for sore nipples is wrong latching...

Ok untuk hari ini....Jumpe di lain lembaran..




hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos



glitter-graphics.com

14 April 2010

~EBF, cayoo..~

♥Salam mommies..

Alhamdulillah dlm dekat 2 minggu ni sy berupaya beri BF pada baby Eizlan.. Syukur sangat.. kesian tengok anak2 yang lain., mereka x lama dapat BF saya memandangkan time tu x berapa pandai sgt untuk memproduce susu badan dengan banyaknye.. Abang irfan hanye sempat menikmati BF selama 1 1/2 bulan sahaja.. sekali lagi 1 1/2 bulan je.. sedih betul bila kenang tu sumer.. time tu susu x ade, saya x tau kenapa boleh x banyak.. tapi lepas melahirkan abang arman, saya berjaya menyusukan badan buat arman selama 8 bulan..mengenangkan saya b'kerja shift time tu.. uhh


Kali ini saya b'azam untuk BF secara exclusive untuk baby eizlan.. Sebelum melahirkan baby kali ini, saya banyak on9 utk mencari lebih banyak tips EBF.. satu nye saya m'dpt tip ini dr link http://harlindahalim.blogspot.com/ . Macam2 ade...

Sebelum b'salin juga, saya banyak menghabiskan masa t'luang (ekk t'luang ker? =P) dengan b'tanye org2 yang b'pengalaman tentang EBF ni.. Kena banyak merelax kn diri,, katanye.. Salah satu resepi untuk m'banyak kn susu badan dengan meminum air red date.. mak saya pula kata kena banyak makan sayur sawi + lobak putih... Alhamdulillah lepas sy makan sayur2 itu dan air kurma merah tu, memang susu banyak t'hasil.. saya suka sangat..


hello kitty emoticon blush Pictures, Images and Photos


11 April 2010

~Di Pantang Ini~

♥Salam..


Hah... hari ni cukup 1 wk saya melahirkan si tomato... Little bit joundis laa.. Cik Sal ask me to give my tomato drink a 'Halwa Kundur' mixed wif plain H2o. Alhamdulillah her idea is not bad la... Kuning dah kurang.. Ni termasuk sekali wan menjemur tomato saya di bawah cahaya matahari. Menangis2 si tomato tidak selesa.. hehehe..

Terasa nak cepat habiskan confiment saya.. x tahan nak makan makanan yang sy x boleh amik dlm time ni... ohhh ice cube... sedapnye... Hari2 membalutkan diri dengan girdle, di sapu seluruh badan dengan ginger cream.. panasnyer.. stoking x lekang di kaki.. huwaa.. Tapi bila dah tengok muka anak2.. hilang sumer ni...


Petang tadi sahabat sekolah yang sudah <>10tahun x jumpa, datang melawat tomato saya... Thanks Niza... Hero jugak anak2nye.. Untie Niza bawak ole2 utk si tomato.. Taadaa.... cute sgt..

 



  


glitter-graphics.com

07 April 2010

~Alhamdulillah~

Salam...♥
 
...Alhamdulillah...

Saya selamat bersalin di DEMC 4th April lalu.. SVD..
Dear world,, i present u our 3rd heartiest.. Harith Eizlan Shah .. Weighing 2.9kg wif 50cm in length.

...Terima kasih banyak2 pada Dr Noorleen, ward 3 n labour ward...

Saya sekarang dah ada 3 anak... 



 




02 April 2010

~myHK~

♥Mommies...


Tadaa baru je sampai HK stuff yang mommy order dari http://www.kittystore.biz/ . Happy sangat... Thank Ms Mel... Lepas ni saya akan menyediakan sume yummy bntk HK. hehehehe... Anak2 happy... Tomato saya jugak akan happy 2..


Ok la... Nak sambung membelek stuff ni...

....Adios....




 


 

Copyright © mommyHaza Story. Designed by Whitey Mommy