السلام عليكم
D.A.Y 3
~Pulau Aman~
Merupakan sebuah pulau kecil terletak di Seberang Perai Selatan. Untuk ke sana perlu naik bot dari jetty di Bukit Tambun, ada pengkalan bot di situ. Pulau ni kan adalah pulau perkampungan nelayan. Ada tempat perkelahan, memancing & tempat tinggalan sejarah.
Sungguh me tak pernah dengar nama tempat tu sebelum ni.. Ni 1st time.. Naik bot balik kiteorang, hehehe
Bayaran bot sekepala RM6. Mamat di atas ni sahaja yg kena bayar. adik2 beliau tidak perlu.
Org tu cakap budak sekolah rendah shj kena bayar. Mmm x mesra langsung org tu.
Pakcik yg membawa kami ke seberang
Air laut tu menakutkan. Macam warna air di Sungai Perak :D
Perkampungan nelayan
Gambo2 dalam bot. Dalam 10min macam tu sampailah ke Pulau Aman dr pengkalan bot. Bayaran parking kete kat pengkalan sana RM2 sehari.
Posing dahulu adalah acara wajib :)
Heading to Restoran Terapung
Kiranya kami lunch di sini.
Welcome!!
Husband orderkan utk bini dia nak merasa. Udang ketaq-ketaq. (instead of udang lipan) xmau sebut lipan sebab me sedang menghayati udang.. hahaha
Husband mintak 7 ekor yeayy!!
Ketam itu beliau punye.. 5 ekor
Peraih baru tiba hantar ketam, udang2 & belangkas yg masih hidup semuanye. Semua sgt fresh u :)
Husband mencari2, boleh cakap dengan penjaga tu saiz ape yg anda mahu.
Ini belangkas, xsilap me dengar org tu kata sekor RM10.
Kiteorang x makan... Nehiiii
Lenggang kangkung bawak hasil tangkapan ke kedai makan tersebut.
Yang lain2 dah order Mee Kuah Udang.. Ya Allah sedap sungguh diorg masak.. Pakar sangat pakar. Makan sambil mengesat air edong.. huhuhu pedas..
Ya, ya kami sedang bersantap.
Jangan risau, tuan kedai akan kasi kite gunting untuk mengopek kulit ketam ataupun kulit udang ketaq2 tu.. No worries
Nampak tu... Ketam.. Nyummy.
Oh ya, klu uols sampai kat sana before 3pm kan, hanya steam / kukus jek yg dapat anda order.. Kami layan jek walaupun steam.. :)
Tengok si Kimie... Nak la tuh... Dia menjerit kepedasan sebab makbonda nye kasi mee pedas.. hakhakhak Kejam kau mak...
Nak tau?? Udang ketaq2 tu rasanye manis, kalah udang biasa2 tu... Sungguh.. Ni 1st time me makan, and...... me la yg habiskan 7 ekor udang ketaq2 seorang diri.. Diorang? sekadar merasa.. heheheh diorg xsuka..
So, me akan pikir nak makan steamboat dalam2 sebab masalah inilah, diorang x berapa gemar. Kot letak udang jek nak la diorg.. Udang yg bentuk aneh jek, diorg xminat.. :)
Perghhh layan fresh seafood tu best gila! Udang ketaq jer bkn ketaq2 kan hehehe... Telur belangkas tu sedap jgk sbnrnya.. Behave jer anak2 haza dok mkn tu ya...:-)
ReplyDeleteudang ketq2.hehehehe kelakar.akk buat sy terliur lah.ich,nt kena g ni,
ReplyDelete