Salam ya.. Pepagi hari ni saya ade sedikit info pasal TIMUN. Suka jugak dengan timun ni tapi bukan la sayur utama bagi saya. Saya paling suka timun cameron ni.. Sedap & rangup..
Info::.
*Sayuran tempatan masih lagi terletak di tempat teratas.
*Mengandungi khasiat yang tinggi dan penting untuk keperluan aktiviti tubuh.
*Kategori ulam-ulaman sebenarnya bukan sahaja sebagai pembuka selera
*Penawar berkesan serta sumber makanan yang amat berkhasiat.
*Asalnya :dipercayai di kawasan banjaran Himalaya, di India.
*Kandungan: 0.65%, lemak 0.1%, dan karbohidrat 2.2%. Selain itu, timun juga turut mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2, C dan niasin.
*Bahagian timun yang mempunyai rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan sebatian kimia jenis terpen yang dikenali sebagai cucurbitasin manfaat sebagai antikanser, menurunkan kolesterol & meningkatkan daya tahan tubuh.
*Manakala biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.
*Timun yang masak pula jika dimakan mentah dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.
*Dalam rawatan perubatan tradisional, timun turut dipercayai berkesan untuk mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.
*90% timun memiliki efek diuretic yg mampu melancarkan pembuangan air kecil, meneutralkan toksin serta membantu singkirkan bakteria pd usus & saluran kencing.
*Selain itu timun mengandungi asam malonat yg dpt mencegah gula dlm darah drpd berubah menjadi lemak sehingga membantu menurunkan berat badan.
Baguskan timun ni... Serat dlm timun ni dpt menurunkan kadar lemak tubuh & kolesterol & kasi efek mengenyangkan... ^__^
0 comments:
Post a Comment
Thanks kerna sudi comment. Love uolss :)